Izza Aripin's Blog, page 4

January 16, 2013

Pindah 2013

BLOG INI SUDAH BERPINDAH KE LAMAN BAHARU
SILA KE
http://izzaaripin.wordpress.com/

Jumpa di sana ya
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2013 07:15

December 30, 2012

Review Srikandi vs Arjuna (2011)

Review ini terpapar di laman Group Review Novel di FB.
https://www.facebook.com/photo.php?fb...


Nazira Wahab Review Novel
Novel : Srikandi VS Arjuna
Novelis : Izza Aripin
Penerbit : Alaf 21

Komen saya tentang buku ini mengisahkan kejadian sebenar yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Perjalanan cerita dalam novel ini mungkin ilusi semata-mata direka oleh novelis, tetapi hakikat yang berlaku mungkin terjadi pada hari ini. Perwatakan gadis tomboy yang bernama Zarida @ Ridd bersama-sama geng brutalnya sangat "famous" di UWB. Zaihan pula dikategorikan sebagai lelaki yang anti-perempuan disebabkan oleh sejarah yang menimpa dirinya. Siapa sangka, dalam menyimpan dendam terselit rasa cinta dan sayang. Lebih malang, Ridd adalah tunangan orang dan dia dijodohkan oleh calon pilihan ayahnya sendiri. Calon yang disangka tepat untuk dijadikan menantu rupanya adalah hantu. Setelah berkahwin, Sharein rupanya seorang yang suka melakukan "sex abusement" terhadap isterinya. Banyak pergolakan yang berlaku dan konflik di dalam rumahtangganya. Siapa sangka, Ridd dan Zaihan bertemu kembali. Zaihan yang banyak membantu Ridd. Kesudahan ceritanya..? Nak tahu kenalah baca sendiri ya..sangat "HAPPY ENDING".

Sinopsis :

Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.
Like ·  · Follow post · 14 October 2011
Farah Yohana Husain, Ridha Reewani and 3 others like this.

Farah Yohana Husain Saya dah baca novel ni. Perasaan bercampur baur masa baca novel Izza Aripin ni. Kejap geram. Kejap suka. Kejap marah. Pendek kata semua emosi adalah masa baca. Saya sangat terganggu dengan watak Sharein. Puas hatilah dengan nasib yang menimpa dia. heheh.. Srikandi vs Arjuna memang sebuah novel yang bagus.
14 October 2011 at 23:51 · Like

Nazira Wahab betul, saya setuju dgn pendapat saudari. seharusnya, hidup berumahtangga perlu ada kemanisan, bukan mendera isteri semata-mata untuk kepentingan nafsu serakah. sangat benci watak sharein dan simpati pada zaihan.
14 October 2011 at 23:53 · Like · 1




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2012 04:53

December 12, 2012

Sinar Harian 12.12.12

 Seksyen Kampus, halaman 3, sudut Gemilang Penulis
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2012 03:59

December 10, 2012

Terlaris (10 Disember 2012)

TERIMA KASIH



1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2012 06:15

December 1, 2012

Trailer Tolong Pikat Hatinya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 06:29

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya


Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 06:28

November 12, 2012

Peraduan Mengarang Buku Bergambar Kanak-kanak 2012


Siapa yang nak team up dengan saya? Hehehe....saya tulis cerita, anda lukis. Boleh?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2012 03:22

November 2, 2012

Tolong Pikat Hatinya

Tolong Pikat Hatinya~Izza Aripin
Penerbit: Alaf21
Tarikh Terbit: Disember 2012
Harga: RM19.90

Blurp:

Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka.

Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat.

Mampukah cinta menyatukan mereka?

"Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2012 01:08

October 19, 2012

Fragmen kesinambungan kisah Ryan


Berita baik untuk pembaca Kerana Dia Cinta (2007).

Kesinambungan kisah hidup Ryan sudah pun berada di tangan editor. Jika tiada aral melintang, novel ini akan menemui anda penghujung 2012 nanti.

Fragmen novel ini akan disiarkan dalam bentuk e-novel di laman blog Melarik Enigma dalam waktu yang terdekat ini. Tunggu ya :D


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 19, 2012 00:10

October 18, 2012

Komen pembaca tentang Kerana Dia Cinta





mijot  Post on 31-1-2012 08:43 PM
akhirnya jumpa novel izza aripin, kerana dia cinta...
lama sggh mencarinya...

mijot  Post on 14-2-2012 12:34 PM
kerana dia cinta - izza aripin
3.3 bintang

walaupun novel ni tak tebal sgt tapi best dan menarik...
citer mengenai kawen paksa...keluarga gia dan ryan setuju satukan gia dan ryan sbb bisnes..
ryan boleh terima sbb bg ryan ni akan menguatkan kedudukan dia dlm perniagaan, nak2 ryan bercita2 nak jadi seperti donald trump...bagi gia pula, dia perlukan cinta...jadi gia menyamar dan kerja disyrkt ryan untuk menyiasat keburukan ryan tapi malangnya tak ketemui...terpaksalah dia kawen dgn ryan...
selepas berkahwen, hidup gia terseksa, dia terpaksa mengikut arahan ryan...hidup gia terkongkong, semuanya perlu beritahu ryan...sampai satu tahap, gia sudah tak mampu bertahan, dia melarikan diri dr ryan dan keluarga...tapi gia dikejutkan dgn dia mengandung...ryan tahu gia mengandung dan mula berlembut dgn gia...di saat gia mula boleh terima ryan, gia dikejutkan dgn hubungan ryan dgn kawan baik yg tikam dia dr belakang iaitu dena...gia minta cerai, dan sbb keputusan gia, dia dibuang keluarga...
gia mengambil keputusan sambung belajar diluar negara dan kembali semula selepas beberapa tahun...akhirnya gia temui cinta yg dia inginkan...

Reply 1223# qimi08
mijot  Post on 14-2-2012 02:31 PM
memang harap ada sambungan sbb ending memang buat saya tertanya2...
lebih kurang mcm ni ayatnya 'ryan tidak tahu, hatinya bakal diketuk tal lama lagi'
nak tahu bagaimana ryan hidup dgn cinta, sbb bg ryan cinta tiada kamus hidup dia...

Reply 1226# mijot
qimi08
kisah hidup ryan seterusnya he he he nak tahu akak follow cerita ni kat blog penulis
tapi bila dah dijadikan novel akak x baca sbb akak sanggup tunggu sbgan cerita ni seterusnya

Pautan komen di http://mforum.cari.com.my/forum.php?m...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2012 20:46