Izza Aripin's Blog, page 3
June 27, 2013
Cinta Dorayaki Bab 4
Persembahan modul pertama kumpulan Durrah ditolak mentah-mentah oleh Datuk Singah dan panelnya Mr. Abraham yang Durrah gelar Hobbit Hitam. Terpaksalah Durrah dan anggota kumpulan barunya berhempas pulas memikirkan cara memudahkan penjelasan mengenai kedua-dua topik itu. Dengan masa yang sedikit, tekanan … Continuereading→
Published on June 27, 2013 23:41
Cinta Dorayaki Bab 1
“Kak Haniz!” panggil Durrah sambil mengetuk dinding kaca sebaik sahaja ternampak kelibat Haniz, Editor Bahasa Melayu Projek MySkool. Haniz yang baru keluar dari bilik unit pengurusan kewangan menoleh ke belakang, memandang ke arah Durrah yang terlompat-lompat sambil menunjukkan sekeping kertas. … Continuereading→
Published on June 27, 2013 01:37
June 18, 2013
Cinta Dorayaki~Izza Aripin (Alaf21)
Tajuk: Cinta DorayakiPenulis: Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Tahun: 2013 Harga: RM23.00 Sinopsis: “Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!” “Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu.” “Wei…penting. Nyawa aku tu.” Malangnya buku nota keramat … Continuereading→
Published on June 18, 2013 19:59
June 3, 2013
Cinta Dorayaki (Julai 2013)
Menghasilkan Cinta Si Dorayaki (tajuk asal) sebetulnya satu percubaan untuk memuatkannya dalam novel antologi Alaf21. Saya menggarapnya ketika dalam kesibukan mengejar dateline untuk Tolong Pikat Hatinya (Disember 2012). Konon-kononnya hendak menyahut cabaran penerbit untuk menyumbangkan sesuatu dalam novel antologi. Tetapi … Continuereading→
Published on June 03, 2013 18:40
April 9, 2013
CSD di tangan editor
Akhirnya, setelah berhempas pulas selama tiga minggu tanpa henti, CSD berjaya juga ditulis sehingga ke penamat. Sebelum ini, saya pernah menghantar versi pendek dalam 150 halaman untuk projek novel pendek kepada penerbit yang sama. Tapi editor menyarankan supaya saya memanjangkan … Continuereading→
Published on April 09, 2013 16:44
January 29, 2013
Jangan cemari novel cinta oleh Zainal Abdul Kadir
RENCANA tulisan Wahba yang disiarkan pada 13 Januari mendapat reaksi Rozais Al-Anamy pada 20 Januari, kedua-duanya dalam Mingguan Malaysia telah mencetuskan polemik yang menarik untuk diperbincangkan. Dari sudut materialistik, sesiapa pun pasti terdorong apabila royalti hasil penulisan buku mampu membeli … Continuereading→
Published on January 29, 2013 05:22
Isunya bukan novel cinta oleh Rozais Al-Anamy
DALAM Mingguan Malaysia 13 Januari lalu, Wahba telah menyarankan supaya penulis novel cinta diberi hadiah atau penghargaan sama seperti karya sastera lain di negara ini. Hujah Wahba, karya yang berupa novel cinta telah menghidupkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat apabila … Continuereading→
Published on January 29, 2013 05:16
Penghargaan pada novel cinta oleh WAHBA
SEJAK beberapa tahu tahun lalu, novel cinta yang diterbitkan oleh berbagai penerbitan mendapat pasaran hebat terutama daripada dalam kalangan remaja perempuan. Novel cinta yang laris kebanyakannya dihasilkan oleh penulis wanita yang berumur antara 20 hingga 35 tahun. Kebanyakan novel yang … Continuereading→
Published on January 29, 2013 05:05
January 28, 2013
Popular vs sastera
Saya lebih suka menggunakan istilah ‘popular’ daripada ‘picisan’. Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud ‘picisan’ sebagai tidak berharga, rendah mutunya. Tidak mahulah saya meletakkan karya saya dalam kategori ‘picisan’. Lebih baik popular sahaja. Definisi ‘popular’ menurut … Continuereading→
Published on January 28, 2013 22:13
January 21, 2013
Pengarang vs Penulis
Kita sering menggunakan perkataan ‘pengarang’ dan ‘penulis’ silih berganti. Sesungguhnya, kedua-dua perkataan ini adalah agak berbeza. Penulis ialah orang yang menulis sebuah buku, artikel, atau mana-mana bahagian sastera. Manakala seorang pengarang ialah orang yang mengilhamkan idea, plot, atau kandungan kerja … Continuereading→
Published on January 21, 2013 00:03


