Izza Aripin's Blog, page 5
October 18, 2012
Komen pembaca tentang my sweet babies: Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu
Komen ni saya jumpa di laman web Cari.com. Baru kini ada kesempatan nak update di sini sebagai penghargaan saya kepada pembaca yang sudi baca dan reviews 'My Sweet Twins' :DEXLESSIA Post on 21-3-2012 02:18 PM
baru baca Kasih Pun Bersatu - izza aripin.
tp katanya ni dah sekuel.
yang 1st tajuk apa ek? KN jugak ke?
agak best la ceritanya
Reply 1256# EXLESSIA
qimi08 Post on 22-3-2012 11:56 AM
Terbitan KN juga
1) Dan mimpi pun bersatu -
kisah emaknya org biasa berkahwin dgn kerabat raja- penuh advanture.
2)Kasih pun bersatau....
Kisah anak pulak - puteri raja.. tentang cinta sejati , dendam ....
Saya suka kedua-dua novel ni x jemu membacanya...
Reply 1256# EXLESSIA
mijot Post on 22-3-2012 11:07 PM
tajuknya dan mimpi pun bersatu...
best sgt, citer pasal mak dia yg kawen dgn putera raja (bakal sultan)...
best sebab adventure dan ditulis oleh penulis wanita...
jarang ada penulis wanita yg menulis mengenai adventure ni...
EXLESSIA Post on 23-3-2012 08:05 AM
kena cari nampak gaya ni. yang sekuel pun aku pinjam je dari adik aku. minah tu tak beli yang awal2 rupanya.
yes.. aku setuju... adventure betul citer ni. pas tu... rasa cam ngan kita2 sekali masuk.
tp aku suke percintaan zarul ngan ayrin tu. 2-2 ego walopon 2-2 cinta. siap berlawan pedang tuh.
walopon sampai cedera2, tp naper aku rasa suwit ekk???
Reply 1260# EXLESSIA
qimi08 Post on 23-3-2012 12:09 PM
Part percintaan mak dia pun best juga tapi ada sedih sikitlah.......
perangai mak dgn anak sama aje ...cuma anaknya terlalu aktif dan kurang sabar
cuma novel pertama tu susah sikit nak cari sbb KN dan reprint lagi....
mungkin klu nak beli buat koleksi blh tanya terus pada penulis atau
tunggu waktu bf mungkin adalah ...
mijot Post on 23-3-2012 09:56 PM
dok sembang2 pasal novel izza aripin, telah membuatkan ku geledah rak cari balik untuk dibaca semula
Reply 1263# mijot
qimi08 Post on 23-3-2012 11:01 PM
Akak suka ulang baca mimpi pun bersatu & kasih pun bersatu....
mcm watak2 dlm novel ini wujud je
Pautan komen di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=271584&extra=page%3D1&page=51
Published on October 18, 2012 20:27
October 16, 2012
Tunggu kemunculan TPH Disember ini
Anda rindu pada Ryan? Usah gusar. Ryan akan kembali dengan kisah cinta baharu. Manuskrip yang saya gelar PRS atau tajuk yang telah dipilih, TPH, bakal menemui anda semua, Insya-Allah Disember 2012 jika tiada aral yang melintang.
Doakan segala-galanya berjalan lancar :D
Doakan segala-galanya berjalan lancar :D
Published on October 16, 2012 18:33
August 28, 2012
Segalanya Cinta...versi e-book (teaser)
Alhamdulillah...setelah lama terpendam hasrat ini, akhirnya novel kedua saya berjaya juga diterbitkan semula dalam bentuk e-book. Sebelum ini, novel Segalanya Cinta telah diterbitkan oleh NH Media pada tahun 2002.
Kini saya menerbitkannya semula dalam versi elektronik. Versi ini merupakan versi asal tanpa suntingan penerbit terdahulu. Cuma ada beberapa penambahbaikan dari segi ejaan dan isi.
Moga novel ini berjaya menghiburkan dan memberikan manfaat yang berguna.
Dapatkannya di http://www.e-sentral.com/search/byid/1666
Published on August 28, 2012 21:26
Segalanya Cinta...versi e-book (final cover)
Published on August 28, 2012 21:26
August 11, 2012
Segalanya Cinta versi e-book
Vampira sudah melalui penilaian penerbit. Malangnya dalam cuaca penerbitan masa kini tidak menggalakkan penerbitan novel fantasi sebegini, makanya manuskrip itu ditolak untuk diterbitkan. Alah bisa, tegal biasa. Saya tak patah semangat. Sebaliknya, perkara itu membuka satu peluang baharu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini; iaitu self-publish.
Pada mulanya saya merancang mahu menerbitkan novel salinan keras. Tetapi setelah memikirkan risiko dan modal yang terpaksa dilaburkan, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara e-book. Kini Vampira hanya menunggu kulit luarnya siap. Setelah siap, saya akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya.
Sementara menunggu cover Vampira disiapkan, saya telah mula mereka letak novel kedua saya yang pernah diterbitkan dahulu iaitu Segalanya Cinta. Hanya menunggu kehadiran e-ISBN sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja e-ISBN diperoleh, saya akan muat naik e-book Segalanya Cinta ke laman web e-Sentral.com
E-book Segalanya Cinta akan menjadi penanda aras rancangan masa depan saya dalam melahirkan lebih banyak e-book. Jika segala-galanya berjalan lancar, e-book Sebenarnya Cinta dan Sofi bakal menyusul.
Segalanya Cinta versi e-book
Pada mulanya saya merancang mahu menerbitkan novel salinan keras. Tetapi setelah memikirkan risiko dan modal yang terpaksa dilaburkan, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara e-book. Kini Vampira hanya menunggu kulit luarnya siap. Setelah siap, saya akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya.
Sementara menunggu cover Vampira disiapkan, saya telah mula mereka letak novel kedua saya yang pernah diterbitkan dahulu iaitu Segalanya Cinta. Hanya menunggu kehadiran e-ISBN sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja e-ISBN diperoleh, saya akan muat naik e-book Segalanya Cinta ke laman web e-Sentral.com
E-book Segalanya Cinta akan menjadi penanda aras rancangan masa depan saya dalam melahirkan lebih banyak e-book. Jika segala-galanya berjalan lancar, e-book Sebenarnya Cinta dan Sofi bakal menyusul.
Segalanya Cinta versi e-book
Published on August 11, 2012 11:11
April 28, 2012
Vampira siap ditulis!
Beri laluan, beri laluan kepada manuskrip Vampira yang terlebih dahulu sudah siap saya tulis. Kononnya nak menyudahkan kesinambungan KDC. Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, saya dahulukan manuskrip Vampira atau V (sebab tajuknya bukan yang ni).Alkisah saya memang rancang nak hantar ke sebuah rumah penerbitan, bersama dengan 2 orang penulis lain yang menulis kisah yang serupa. Mulanya kami merancang hendak menerbitkannya sempena pesta buku tahun ini. Tetapi, kita sekadar mampu merancang. Disebabkan penulis yang terlibat sibuk, hajat kami tertunda. Terbaharu, kami diberitahu yang syarikat itu akan menghentikan sementara penerbitan novel bahasa Melayu.
Pada saat manuskrip V dah sampai 80% siap, ia merupakan tampaan hebat buat saya yang dah bersungguh-sungguh ni. Lantas dalam masa yang singkat, saya mengambil keputusan ingin menghantarnya ke sebuah rumah penerbitan yang lain. Tetapi sebelum saya berbuat demikian, saya terlebih dahulu perlu membincangkannya dengan penerbit saya.
Hasil perbincangan itu, saya mendapati ia lebih baik daripada apa yang saya jangka. Editor bersetuju untuk membuat penilaian manuskrip V. Jika bersesuaian, mereka akan menerbitkannya. Seandainya tidak, saya akan berbincang semula dan sama-sama mencari jalan penyelesaian supaya ia boleh juga diterima.
Selepas ini saya akan tumpukan pada kesinambungan KDC pula. terpulangkah kepada editor untuk menilai dan menentukannya. Jika editor mendahulukan V, saya tidak kisah. Jika editor mendahulukan kesinambungan ini, saya juga tidak kisah. Janji mereka sudi menilai dan menerbitkannya.
Published on April 28, 2012 22:15
April 20, 2012
Kesinambungan KDC....akan datang
Gotta Tell You~Samantha MumbaYour love for me came as a waterfall
Flowing inside me like never before
Your love for me, something I didn't see
But baby, I know better now
When you walked in the room that very night
A special feeling just burst inside
THERE was only you, nobody else
But baby, I know better now
Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And now you're back inside my house again
I'm trying deeply to explain
'Cause baby, I wanna get it on
And baby, you're the one for me (woah, woah, woah)
And now that I have got you all alone
After all this talking on the phone
I should be strong
There's nothing wrong
I'll tell you this is where you belong (Where you belong)
Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Don't wanna love you if you don't love me (If you don't love me)
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
THERE was just something in your eyes
That made me realize
Now I hear voices deep inside
Telling me, telling me it's you and I
Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Don't wanna love you if you don't love me (If you don't love me)
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Published on April 20, 2012 19:25
March 30, 2012
me tumse pyar karte ho...aishiteru mo...
Saya sedang menghidupkan nafas cinta di jiwa.....Tahun 2011 telah membunuh rasa cinta di hati saya. Maka sebab itu saya gagal menghasilkan sebarang karya. Kesemua karya yang saya rancang (ada 3 kesemuanya) untuk diterbitkan pada tahun ini (2012) semuanya terbengkalai gara-gara kehilangan cinta di hati saya. Hati saya dipenuhi oleh perasaan benci yang tidak bertepi.
Saya gagal mengawal ledakan emosi yang begitu pahit sehingga meracuni hidup saya. Saya cuba bangkit namun tewas dek perasaan yang hitam. Berbulan saya merasa hempedu, menolak madu. Akhirnya saya nekad. Jika saya terus begini, nasib tidak akan berubah.
Mungkin Tuhan ada cara-Nya hendak mengajar saya erti ketabahan. Mungkin ini balasan-Nya kerana saya sering lalai mengingati-Nya. Pahit yang saya telan hampir setahun rupa-rupanya berbaloi kerana saya semakin menghampiri-Nya.
Kini saya meniti kembali jalan yang pernah saya lalui dulu. Saya sedang kutip satu-persatu ilai tawa yang tercicir, hati riang yang tertinggal, sisa ceria yang saya biarkan. Saya mahu kembali ceria seperti masa lalu. Mahu kembali bersemangat. Mahu kembali mempercayai.
Biarlah rahsia itu saya sendiri yang simpan. Biar tiada siapa yang tahu. Cukup Dia sahaja yang mengetahuinya. Sekiranya masih ada sisa keadilan buat saya, mungkin suatu hari nanti segala-galanya akan terlerai jua. Buat masa ini, saya mahu teruskan perjuangan hidup yang pincang selama beberapa ketika.
Saya mahu kembali mencari cinta yang hilang. Moga masih ada yang sudi menanti dan menerima kehadiran saya di sini....
Published on March 30, 2012 07:21
November 11, 2011
Ada apa dengan 11.11.11?
Ada apa dengan tarikh hari ini 11.11.11 ya? Tak ada apa-apa yang istimewa sebenarnya melainkan nombornya macam tersusun cantik 111111. Macam batang mancis kena susun. Tarikh ini hanya akan berulang seribu tahun lagi...betul ke? Entah.Walau apa pun, saya nak update status penulisan saya sebagai rekod diri sendiri :D. Sekarang ni tengah pulon menyiapkan Vampira. Deadline bulan Disember. Sama juga dengan deadline AG4 dan satu projek baharu yang saya usahakan. Sekali lagi, sama seperti tahun 2009, saya produce tiga novel serentak dalam tahun yang sama. Cuma novel-novel yang saya sedang usahakan ni, insya-Allah terbit tahun 2012. Hmmm....2012. Ada apa dengan 2012? Ehehe...sekali lagi untuk peminat numerologi, anda pasti teruja dengan nombor-nombor cantik ini. Apa-apa sajalah....
Published on November 11, 2011 01:14
October 15, 2011
Daripada novel ke enovel...Dan Mimpi Pun Bersatu
Saya bercadang hendak menyiarkan semula novel Dan Mimpi Pun Bersatu dalam bentuk enovel. Usaha ini dibuat bagi memberikan peluang kepada peminat novel mengenali novel pertama saya dengan Kaki Novel. Sudah tentu ia tidak disiarkan sepenuhnya. Mungkin 50% saja akan disiarkan semula dalam bentuk enovel yang kini kian popular dalam kalangan penggemar novel.Mungkin saya boleh mengambil kesempatan 'demam enovel' bagi mempromosi karya-karya lama saya.
P/S: apa pandangan anda mengenai cover versi enovel?
Published on October 15, 2011 09:09


