Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 26
April 1, 2024
Bila Ekonomi Berubah, Bisnes Kita Kena Berubah atau Diubah!
"Berniaga puasa tahun ni strugge lah. Tak ada orang... Tak sama macam tahun lepas..."
Keluhan sama kita dengar saban tahun setiap kali masuk Ramadhan.
Walhal setiap kali Ramadhan, ada peniaga yang buat duit banyak, dan ada yang jualan mereka merosot.
[…]The post Bila Ekonomi Berubah, Bisnes Kita Kena Berubah atau Diubah! appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 31, 2024
Tetaplah Dengan Rutin Yang Betul, Jangan Sesekali Berhenti
Puasa pun terus exercise juga...
Kalau stop exercise bulan puasa ni, lepas raya nanti susah nak start balik. Selalunya berbulan-bulan lepas tu baru start balik.
Benda rutin, kalau stop, susah nak start balik.
Nak buat perkara betul sampai jadi rutin, susah. Kalau dah stop, nak rutinkan balik pun susah.
[…]The post Tetaplah Dengan Rutin Yang Betul, Jangan Sesekali Berhenti appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 30, 2024
Fokus Bisnes Dulu, Jangan Buang Masa Dengan Pelaburan
Dulu mereka datang kerja sebagai buruh. Lepas tu jadi pembantu bisnes. Lama-lama mereka berniaga sendiri sampai akhirnya mereka kaya raya dan menguasai sebahagian dari ekonomi di Malaysia!
Memang itulah sejarah orang asing datang ke Malaysia. Sejak zaman British sampailah sekarang.
Mereka akhirnya jadi kaya raya di tanah kita. Orang kita?
[…]The post Fokus Bisnes Dulu, Jangan Buang Masa Dengan Pelaburan appeared first on MohdZulkifli.Com.
Rahsia Bisnes Bertahan Ketika Ekonomi Kurang Baik
Bulan puasa ni jualan Ayam Gunting Hairi naik 3 - 5 kali ganda! Alhamdulillah...
Siapa masih ingat tentang kawan yang saya bantu bagi funding berniaga ayam gunting hari tu, bulan puasa ni jualan dia makin baik. Alhamdulillah.
Semalam hujan... 4 kali hujan dan sales kurang memberangsangkan katanya.
Bila saya tengok report, sales semalam RM1,093. Not bad. Alhamdulillah...
[…]The post Rahsia Bisnes Bertahan Ketika Ekonomi Kurang Baik appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 29, 2024
Nak Berjaya, Jangan Takut Buat Silap
Silap naik train! Aduh... Nasib baik perasan awal. Lepas 2 stesyen baru perasan kenapa stesyen berikutnya macam lain...
Saya terus keluar di stesyen berikutnya, dan naik train patah balik ke stesyen MRT TRX...
Dalam hidup ni, kita tak boleh elak dari buat silap. Sesiapa pun tak terlepas dari buat silap. Hatta Nabi s.a.w pun buat silap.
[…]The post Nak Berjaya, Jangan Takut Buat Silap appeared first on MohdZulkifli.Com.
Jangan Beli Sekarang, Harga Emas Tengah Mahal?
Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".
Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".
Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.
Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!
[…]The post Jangan Beli Sekarang, Harga Emas Tengah Mahal? appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 28, 2024
Miskin Usia Muda Itu Pengalaman, Bila Tua Itu Penjara Kehidupan
Motor baru pun tak boleh naik. Sakit punggung, sakit pinggang...
Itulah yang saya rasa semalam masa saya bawa balik motor baru untuk anak saya.
Sebelum bawa balik, saya ingatkan best naik motor baru ni. Saya ingat balik memori masa umur 20-an dulu. Rasa excited dan best sangat bila bawa motor baru.
[…]The post Miskin Usia Muda Itu Pengalaman, Bila Tua Itu Penjara Kehidupan appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 27, 2024
Buku Bestseller Yang Telah Mengubah Kewangan Rakyat Malaysia
Dua buku bestseller ni bukan ditulis oleh sifu kewangan. Tapi dari seorang yang pernah hidup sebagai miskin bandar.
Gaji kecil, isteri suri rumah yang tiada pendapatan, anak berderet - 8 orang. Income cuma satu, bekerja level eksekutif rendah, tapi tanggungannya ramai...
Jangan kata ada duit lebih nak menabung, setiap kali buat kira-kira, duit gaji dia tak pernah cukup untuk cover kos sara hidup sekeluarga bulan-bulan.
[…]The post Buku Bestseller Yang Telah Mengubah Kewangan Rakyat Malaysia appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 26, 2024
Perkataan Yang Dilazimi, Itulah Perkataan Akhir Saat Kita Mati
Perkataan akhir keluar dari mulut di akhir hayat nanti, perkataan yang biasa kita lazimi setiap hari. Kalau lazimi perkataan baik, perkataan terakhir pun akan baik. Kalau lazimi perkataan buruk, maka buruklah pengakhirannya...
Itu peringatan saya untuk anak-anak dalam tazkirah subuh pagi tu.
[…]The post Perkataan Yang Dilazimi, Itulah Perkataan Akhir Saat Kita Mati appeared first on MohdZulkifli.Com.
March 25, 2024
Anak Muda, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah Duduk Sendiri
Anak-anak muda... Jangan kelam-kabut beli rumah duduk sendiri. Fokus penuhkan tabungan, tingkat pendapatan, bina harta dulu.
Duduk menyewa dulu pun tak apa. Yang penting kumpul banyak-banyak rumah sewa.
Bila jumlah harta dah cukup untuk jana passive income yang cukup nanti, boleh duduk di rumah sendiri free sahaja. Tak payah sentuh duit gaji pun. Biar orang lain tolong 'bayarkan'. InsyaAllah.
[…]The post Anak Muda, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah Duduk Sendiri appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

