Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 19

November 9, 2024

Cili Mengingatkan Saya Supaya Sentiasa Bersyukur

Berebut cili setiap kali lepas solat Jumaat. Itulah 'target' saya dan kawan-kawan masa di Penjara Sg Buloh.

Saya tak pernah menghargai cili hidup sebelum tu.

Cili?

Cili tu kan makanan biasa. Harganya pun sangat murah. Tanam sendiri pun boleh.

Jadi apalah sangat cili tu kan? 

[…]

The post Cili Mengingatkan Saya Supaya Sentiasa Bersyukur appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2024 20:25

November 8, 2024

Untung Sikit-sikit, Untung Sama-sama. Kita Semua Akan Berjaya!

"Untung sikit-sikit, untung sama-sama, untung lama-lama.

Kita semua akan berjaya...

"Itulah prinsip yang selalu disebut-sebut oleh Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng

[…]

The post Untung Sikit-sikit, Untung Sama-sama. Kita Semua Akan Berjaya! appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2024 14:36

November 6, 2024

Tunggu Harga Terbaik, Kesilapan Biasa Penyimpan Emas

"Harga emas mahal sekarang. Sesuai lagi ke beli emas?"

"Harga emas cecah harga tertinggi sekarang. Saya nak tunggu harga emas turun baru saya beli..."

"Harga emas turun sekarang, kalau beli sekarang saya takut harga turun lagi. Saya nak tunggu harga turun lagi baru saya beli..."  

[…]

The post Tunggu Harga Terbaik, Kesilapan Biasa Penyimpan Emas appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2024 01:03

November 5, 2024

Perkara Lebih Bernilai Di Sebalik Aktiviti Saya Turun Menyelam

Bukan sekadar diving sebenarnya...

Diving ni aktiviti rekreasi yang mahal.

Saya tak ajak murid-murid saya (team #PGG100Network dan #5GAssociates) join diving dengan saya kecuali kewangan mereka dah kukuh.

Ada passive income at least RM10,000 sebulan, dan ada time freedom.

Dengan kata lain, tak kerja pun ada duit. Bahasa kewangannya #FinancialFreedom.

Sukan menyelam ni kosnya mahal. 

Lebih mahal dari sukan golf

Setiap kali dive trip, kami belanja sekurang-kurangnya RM1,000 - RM1,200 setiap orang (termasuk penginapan dan transport).

Bahkan boleh cecah RM3,000 seorang kalau menyelam di Sipadan. Ia lebih mahal dari sukan golf.

Alatan menyelam pun mahal.

Kalau sewa, kosnya dalam RM70 sehari.

Kalau beli, kosnya ribuan ringgit! 

Kos alatan menyelam BCD (jacket penyelam) sekitar RM2k - RM5kRegulator (alat pernafasan) sekitar RM2k - RM5k Mask sekitar RM400 - RM800 Fin (kaki itik) sekitar RM500 - RM1,000 Dive computer (jam jaga nyawa) sekitar RM1.7k - RM5k Torch light menyelam sekitar RM200 - RM500

Kalau tersalah beli, tambah lagi kos nak beli yang baru...

Kosnya tak murah. 

Jangan sampai 'lemas'

Dan saya remind juga murid-murid saya, kena ukur baju badan sendiri kalau nak ikut saya turun menyelam.

Jangan sampai aktiviti menyelam ni mengganggu keutamaan kewangan mereka.

Saya tak ada masalah, InsyaAllah.

Income saya besar, dan saya tak berbelanja mewah dan mahal untuk hal-hal lain, kecuali gajet saya untuk bekerja, dan kedua pergi menyelam (hobi baru)!

Saya tak ada hobi lain selain bekerja dan menyelam.

Saya tak minat barang branded. Saya tak minat kereta mewah. Dan saya tak beli rumah mahal (untuk duduk sendiri).

Sampai #FounderPublicGold hairan duit saya dibelanjakan untuk apa? 

Sambil menyelam sambil berukhuwah

Jadi bila pergi menyelam, ia tak menjejaskan kewangan saya. InsyaAllah.

Menyelam dah jadi hobi saya sekarang. Saya nak menyelam lagi dan lagi...

Tapi saya bukan sekadar nak menyelam. Saya nak menyelam bersama murid-murid saya yang dah capai certain level kejayaan sahaja.

Sambil menyelam, saya berpeluang kenal mereka lebih dekat. Supaya mudah saya tune mereka untuk meningkat ke tahap seterusnya dalam bisnes dan kehidupan. InsyaAllah. 

Sambil menyelam, kami brainstorm dan bertukar-tukar idea bisnes.

Setiap kali lepas menyelam, kami naik bot dan gelak sama-sama (pasal gelagat setiap orang masa menyelam)!

Ia juga tentang networking dan ukhuwah sesama team. 

Bukan sekadar menyelam.

Pulang dengan semangat baru

Lepas selesai setiap kali diving trip, kami kembali bekerja bantu lebih ramai lagi yang percaya kepada #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi dapat turun diving trip bersama kami! InsyaAllah...

Sampai sifu diving kami Tuan Faris Hamid fikir, nanti murid-murid dia akan lebih ramai dari kalangan dealer #PublicGold.

Dia kena get ready untuk servis jumlah peserta lebih ramai dari komuniti kami pada masa akan datang. InsyaAllah.

Kami baru balik dari menyelam di Pulau Tenggol semalam.

Hari ni tengah plan untuk next diving trip kami pulak... Tak sabar nak menyelam lagi... 

Zulkifli
Cyberjaya
24 Oktober 2024
20 Rabiul Akhir 1446H
Baca posting dan komen berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Nak Jadi Diver Tegar, Kena Ada Duit dan Ada Kebebasan Masa
Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu
Kejayaan Kita Pada Menjayakan Orang Lain - ARN 2024
Bina Team, Utamakan Bakat Dalaman Untuk Cipta Kejayaan Besar
Pentingnya Orang Muda Dalam Membina Team Yang Cekap
Semua Perkara Pun Susah Pada Permulaannya

The post Perkara Lebih Bernilai Di Sebalik Aktiviti Saya Turun Menyelam appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2024 02:04

November 4, 2024

Harga Emas Sekarang Mahal. Berbaloi Tak Beli Emas Sekarang?

Betul. Harga emas sekarang mahal.

Bahkan dari dulu lagi orang sentiasa cakap "harga emas sekarang mahal".

Tapi harga sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Apa yang penting, kena menabung secara KONSISTEN.

Bagi penyimpan emas Public Gold yang nak menabung secara konsisten, menabunglah melalui #AkaunEmasGAP ikut BAJET, bukan ikut gram.

Tetapkan bajet minimum RM100 atau RM200 menabung melalui GAP. Buat secara auto-debit lebih baik.

Supaya harga emas naik ataupun turun, kita terus menabung.

Walaupun tak laju, tabungan kita tetap makin bertambah.

Ingat, kura-kura menang bukan sebab laju, tapi konsisten.

Bila gram emas kita makin banyak, confirm kita lebih kaya, insyaAllah. 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
4 November 2024
2 Jamadil Awwal 1446H

Harga emas Public Gold cecah harga tertinggi dalam sejarah pada 31 Oktober 2024

Baca posting dan komen berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Harga Emas Tertinggi Dalam Sejarah, Apa Patut Kita Buat?
Tunggu Harga Terbaik, Kesilapan Biasa Penyimpan Emas
Teknik Berkesan Menabung Hingga Mencapai RM100,000!
Memupuk Tabiat Orang Kaya Dengan Emas
Belian Emas Secara EPP dan Akaun GAP, Mana Lebih Baik?
GAP Auto-Debit, Kaedah Terbaik Menabung Secara Konsisten

The post Harga Emas Sekarang Mahal. Berbaloi Tak Beli Emas Sekarang? appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2024 01:13

October 31, 2024

Nak Gaji Tinggi, Ini Yang Graduan Kena Faham dan Buat Persediaan

Majikan tak akan bayar gaji tinggi hanya sebab kita ada segulung ijazah.

Tapi adakah berbaloi nilai (hasil kerja) yang kita dapat bagi (kepada syarikat) berbanding kadar gaji yang kita harapkan? 

Itulah persoalan paling penting sebenarnya. 

[…]

The post Nak Gaji Tinggi, Ini Yang Graduan Kena Faham dan Buat Persediaan appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2024 20:24

Belian Emas Secara EPP dan Akaun GAP, Mana Lebih Baik?

Masing-masing ada kelebihan. Tapi untuk kebanyakan orang, saya sarankan beli melalui Akaun Emas GAP. 

Berita yang paling tak sedap saya dengar sebagai dealer Public Gold ialah bila dapat tahu penyimpan emas di bawah saya dikenakan caj penalti sebab tak mampu habiskan bayaran - pembelian secara EPP (Easy Payment Purchase).

Cajnya 10% dari jumlah order. Caj tu bukan sikit...

[…]

The post Belian Emas Secara EPP dan Akaun GAP, Mana Lebih Baik? appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2024 12:57

October 30, 2024

Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari

Mesti ada degree, dan duduk sendiri. Bukan duduk rumah mak!

Ini antara dua ciri penting diperhatikan oleh banyak majikan bila nak ambil pekerja muda. 

Pertama dia mesti belajar sampai bachelor degree, bukan sekadar diploma. 

[…]

The post Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2024 05:33

October 28, 2024

Bila Menabung, Kita Lebih Hargai Duit Hasil Titik Peluh Kita

RM200 tu rasa kecil bila berbelanja. Tapi rasa besar bila menabung.

Satu masa dulu saya tak tahu cari duit extra walaupun cuma RM10 sebulan. Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji setahun sekali sahaja...

Tapi bila belajar berbisnes, dapat extra income RM100 - RM200 sebulan pun saya rasa dah besar. 

[…]

The post Bila Menabung, Kita Lebih Hargai Duit Hasil Titik Peluh Kita appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2024 20:48

Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu

Kita adalah produk persekitaran kita. Dengan siapa kita berkawan, akan mencorakkan masa depan kita.

Dalam tak sedar, kawan-kawan rapat kita sebenarnya akan berikan pengaruh besar dalam hidup kita.

Satu masa dulu, saya tak minum kopi. Langsung tak minum... 

Dari tak minum jadi peminat kopi

Kalau saya cuba-cuba minum, saya mula rasa sakit kepala dan kerap masuk toilet (buang air kecil).

Tapi sejak berkawan rapat dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah (dari tahun 2016), saya mula mimum kopi dan suka minum kopi.

Kopi Tanpa Gula : Kawan Menentukan Siapa Kita Pada Masa Depan

Sampai saya pergi jumpa doktor gigi untuk buat scalling, doktor tanya saya banyak minum kopi ke?

Dia bagitahu celah-celah gigi saya ada kesan kopi yang susah nak tanggal. Kerja scalling tu ambil lebih masa.

Kawan rapat mengubah saya dari tak minum kopi kepada peminat kopi. 

Kedua, tak pernah terfikir dalam hidup saya nak join aktiviti menyelam.

Tak pernah terfikir jadi diver

Kali pertama sama ambil lesen diving (menyelam), saya fikir nak menyelam cuma setahun sekali. Sekadar nak hidupkan lesen sahaja. 

Tapi bila berkawan dengan diver (penyelam) tegar; Tuan Asmanizam Abdullah dan isterinya Dr Siti Hasifah, saya naik ketagih untuk turun diving lagi dan lagi.

Daripada sekadar menyewa alat selaman, sekarang saya dan isteri dah beli diving gear yang lengkap yang harga ribuan ringgit!

(Kononnya sebagai long term 'investment')

Daripada tak minat diving, sampailah saya berbelanja besar untuk beli alat diving.

Itulah set pakaian paling mahal dalam hidup saya!... 

Ubah circle, masa depan akan berubah

Balik sahaja diving minggu lepas di Pulau Tenggol (Dungun, Terengganu), sekarang kami dah plan untuk diving trip seterusnya bulan depan!...

Owh... Gara-gara berkawan dengan divers, akhirnya saya pun nampaknya akan jadi diver tegar juga walaupun sebelum ni tak pernah terfikir pun jadi diver...

Dari pengalaman hidup ni, saya sangat percaya, nak berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, kita kena berkawan dengan orang yang betul. 

Kalau nak kaya, kena join circle (lingkungan pergaulan) orang yang obses bina kekayaan; obses menabung, bebas hutang, tingkatkan pendapatan dan capai #FinancialFreedom.

Circle akan mengubah diri kita 

Walaupun nampak macam mustahil pada permulaannya, circle itu nanti akan mengubah diri kita.

Dan kita tak akan kaya kalau membiarkan diri berada dalam circle yang pandangan buruk dan memusuhi kekayaan.

Tukar circle. Nanti circle itu akan mengubah diri kita dan masa depan kita.

InsyaAllah... 

#MembangunDiri #MyDivingJourney 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Oktober 2024
25 Rabiul Akhir 1446H
Baca posting dan komen berkaitan di FACEBOOK Artikel berkaitan:Nak Ubah Masa Depan, Bermula Dengan Ubah Mindset
Siapa Kawan Kita, Itulah Masa Depan Kita
Ubah Mindset, Masa Depan Akan Berubah
3 Perkara Ini Bakal Menentukan Siapa Kita 5 Tahun Akan DatangBaca Satu Buku, Kita Jimat 10 Tahun!

The post Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu appeared first on MohdZulkifli.Com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 28, 2024 20:23

Mohd Zulkifli Shafie's Blog

Mohd Zulkifli Shafie
Mohd Zulkifli Shafie isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd Zulkifli Shafie's blog with rss.