Memoir Seorang Guru Quotes

Rate this book
Clear rating
Memoir Seorang Guru Memoir Seorang Guru by Azizi Abdullah
111 ratings, 4.46 average rating, 21 reviews
Memoir Seorang Guru Quotes Showing 1-5 of 5
“Yang membanggakan seorang guru apabila guru tak kenal murid-muridnya, tetapi murid-muridnya menegur guru. Guru lupa pengajarannya, tetapi murid mengingati dan mengamalkannya. Guru tidak pernah meminta balasan, tapi murid-muridnya tetap mengenang.”
Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru
“Sembahyang tidak seperti pelajaran lain. Sembahyang tidak boleh berhenti apabila lulus peperiksaan. Sembahyang bukan seperti belajar melukis, apabila dia menjadi akauntan, dia boleh berhenti menjadi pelukis.”
Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru
“Perjalanan dalam hidup memang panjang dan berbagai-bagai ranjau akan ditempuhi. Memang pun aku yakin sejak aku belajar agama dulu bahawa dunia ini ibarat pentas, dunia ini hanyalah pinjaman. Di pentas inilah pelbagai lakonan dipersembahkan melalui pelbagai skrip.

Dan, aku juga percaya hidup ini sebagai sebuah buku diari yang mencatat segala tindakan dan kelakuan. Akan tetapi, kematianlah yang menamatkan catatan itu. Ia sama sekali tidak boleh disambung dan diari itulah yang akan dibaca dan dinilai di akhirat nanti.”
Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru
“Apa yang kita lakukan, apabila untuk bertujuan kebaikan, ia adalah ibadah.”
Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru
“Memang pun hidup ini penuh olakan. Cuma yang berlainan ialah olakan itu kecil atau besar sahaja.”
Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru