Penyakit-penyakit Hati Quotes

Rate this book
Clear rating
Penyakit-penyakit Hati Penyakit-penyakit Hati by Abu Hamid al-Ghazali
3 ratings, 5.00 average rating, 1 review
Penyakit-penyakit Hati Quotes Showing 1-7 of 7
“Siapa yang melakukan ma'siat bererti ia menghitamkan hatinya dan siapa yang menyusuli kejahatan dengan kebaikan tidak menggelapkan hatinya tetapi mengkaburkan cahayanya sama seperti cermin yang dihembuskan dengan nafas kemudian dilap, dihembuskan nafas dan dilap, maka ia tidak lagi sejernih seperti asal.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
“Semua sifat-sifat ini terhimpun di dalam hati, seolah-olah di dalam diri manusia itu ada binatang babi, anjing, syaitan dan pendita. Maksud babi ialah nafsu syahwat, sebab babi itu dikeji bukan kerana warna dan rupanya tetapi kerana kegelojohan, nafsu syahwat dan kerakusannya. Maksud anjing ialah nafsu marah kerana anjing itu bersifat garang dan bermusuh. Babi sentiasa mengajak supaya bersikap gelojoh melakukan keburukan dan kemungkaran, dan anjing pula mengajak supaya bersikap marah dengan melakukan kekejaman dan penganiyaan. Sementara syaitan pula sentiasa menyemarakkan nafsu syahwat babi dan nafsu marah anjing itu serta menggalakkan keduanya menyaingi satu sama lain. Maksud pendita ialah akal yang diperintahkan supaya mematahkan godaan syaitan dengan mendedahkan tipu helahnya melalui cahaya yang terang-benderang, melumpuhkan kerakusan dan syahwat babi itu dengan mengarahkan anjing supaya mengawalnya, kerana nafsu syahwat dapat dilumpuhkan dengan nafsu marah, dan mengawal kegarangan anjing dengan mengarahkan babi kepadanya, serta menjadikan anjing itu tunduk kepada perintahnya (akal). Jika akal dapat berbuat demikian nescaya segala-gala akan berjalan dengan lurus dan baik di dalam kerajaan jasmani. Jika gagal menundukkan nafsu syahwat dan nafsu marah, maka akal akan menajdi hamba kepada kedua-duanya, sebagaimana yang terdapat di kalangan kebanyakan orang yang menumpukan minat ke arah nafsu perut dan nafsu seks dan kepada usaha-usaha menyaingi hebat orang lain. Ini bererti akal tunduk di bawah telunjuk syaitan kerana syaitanlah yang mendorong nafsu syahwat dan nafsu marah supaya berkhidmat kepadanya. Dengan kata lain akal ketika itu adalah menyembah dan ber'abdi kepada syaitan.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
“Lintasan hati penggerak keinginan itu ada dua jenis; yang mengajak ke arah kejahatan atau yang membawa kepada akibat yang buruk, dan yang mengajak ke arah kebaikan atau yang mendatangkan manfa'at di akhirat kelak. Kedua-dua lintasan hati ini sangat berbeza di antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai namanya yang tersendiri. Lintasan hati yang baik dinamakan ilham, dan lintasan hati yang dikeji dinamakan waswas.

Lintasan-lintasan hati ini adaah berupaya kejadian dan setiap kejadian itu tentu ada yang menjadi dan menyebabkannya. Kejadian-kejadian yang berlainan menunjukkan sebab-sebab yang berlainan pula. Terangnya sesebuah rumah itu tentulah bukan berpunca dari sesuatu yang menyebabkannya menjadi gelap. Begitu juga dengan keadaan terang dan gelapnya hati yang mana sebab kedua-duanya adalah berbeza. Sebab lintasan yang mengajak ke arah keyakinan dinamakan malaikat, dan sebab lintasan hati yang mengajak ke arah kejahatan dinamakan syaitan. Keadaan yang dengannya hati bersedia untuk menerima ilham kebaikan dinamakan taufiq, dan keadaan yang dengannya hati bersedia untuk menerima waswas (bisikan) syaitan dinamakan khazlan (pengecewa).”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
“Hati itu sebenarnya adalah seperti tasik yang dialiri air dari beberapa batang sungai, atau seperti sasaran anak-anak panah yang datang dari beberapa penjuru atau seperti ruangan bulat di sekelilingnya terdapat pintu-pintu yang tertutup. Air dari sungai-sungai dan anak-anak panah serta pintu-pintu itu adalah sebagai pengaruh-pengaruh yang melanda hati, datangnya dari yang lahir seperti anggota-anggota pancaindera atau dari yang batin seperti nafsu syahwat, nafsu marah dan akhlak yang berpunca dari mizaj seseorang.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
tags: hati
“Akal adalah seperti penunggang kuda yang memburu. Syahwatnya adalah sebagai kuda. Nafsu marahnya sebagai anjing. Jika penunggang kuda itu bijak, kudanya menurut perintah dan anjingnya terlatih dengan baik nescaya ia berhak mendapat kejayaan. Sebaaliknya jika penungang kuda itu bodoh, kudanya meliar dan anjingnya tidak masur ajar, maka ia berhak pula ditimpa kebinasaan. Kebodohan penunggang kuda itu adalah diumpamakan sebagai kejahilan manusia, kurang kebijaksanaannya dan lemah daya pemikirannya. Keliaran kuda itu pula diumpamakan sebagai penguasaan nafsu syahwat khususnya nafsu syahwat perut dan seks. Anjing yang tidak masuk ajar itu diumpamakan sebagai penguasaan dan kemaharajelaan nafsu marah.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
“Sebagaimana yang dikatakan tadi pintu-pintu yang terbuka untuk dimasuki oleh syaitan ke dalam hati adalah sangat banyak. Tetapi pintu untuk dimasuki oleh malaikat hanyalah sebuah sahaja. Sungguhpun demikian manusia masih terus terkeliru bila bedepan dengan pintu-pintu tersebut. Ianaya adalah sepeti seorang musafir yang sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mempunyai banyak jalan yang berliku-liku di tengah-tengah malam yang gelap gelita. Ia hanya dapat mengesan jalannya melalui mata hati dan terbitan matahari dengan sinarannya yang terang-benderang. Mata hati di sini ialah hati yang putih bersih bersalut taqwa, dan matahari yang terang-benderang ialah ilmu pengetahuan yang banyak diperolehi dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang mana memberinya petunjuk dan memimpinnya ke arah jalan lurus yang patut diikutinya.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati
“Di sana masih terdapat pula setengah-setengah orang yang mahu berbincang mengenai zat syaitan itu sendiri. Adakah ianya jisim yang seni atau bukan jisim? Sekiranya ia jisim bagaimana ia boleh memasuki tubuh badan manusia?

Sebenarnya pertanyaan seperti ini adalah membuang masa dan tidak berfaedah sama sekali. Hal ini bolehlah diumpamakan seperti seorang yang dimasuki ular ke dalam pakaiannya dan ia mahu mengeluarkannya serta mencegah bahayanya, tetapi yang dicari ialah warna ular itu, rupanya, ukuran panjangnya dan ukuran lebarnya. Ini adalah suatu kebodohan yang tidak diperlukan.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati