Kumpulan Puisi Quotes

Rate this book
Clear rating
Kumpulan Puisi: Aroma Kumpulan Puisi: Aroma by S.M. Zakir
14 ratings, 3.86 average rating, 3 reviews
Kumpulan Puisi Quotes Showing 1-6 of 6
“kau menjadi bakawali di hatiku
kembang pada malam saat bulan tersenyum
aku - di pasir memohon
untuk menjadi pantai kepada lautmu.”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
tags: cinta
“tuhan-tuhan liberal
turunkanlah nabi-nabi palsumu
membawa erti-erti yang hampa
tentang kebebasan yang kau
cipta daripada angan-angan
aku adalah musuh
yang akan membunuh
nabi-nabi palsumu”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
“kerana kita sering kali
ingin menjadi manusia baik
yang sopan kepada pendatang
tetapi pernahkah kita tahu
bahawa kita tidak pernah
menerima tangan untuk
memberi ucap kasih
atas segala kebaikan kita”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
“kau adalah warna yang dilukiskan ke dalam
kebahagiaanku; dan aku adalah warna yang dicatankan
ke dalam bingkai puisimu yang terindah”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
tags: cinta
“bukalah pintumu
untuk segumpal cinta
yang aku bawa
di taman jasminmu”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
tags: cinta
“bulan mencemburui kebahagiaan yang kita miliki
tidak mungkin membenahi kita dengan cahayanya
kerana cahaya yang bergemerlap di dada kita
telah membenahi seluruh cahaya bulan itu sendiri”
S.M. Zakir, Kumpulan Puisi: Aroma
tags: cinta