Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit Quotes

Rate this book
Clear rating
Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit by Sahrunizam Abdul Talib
5 ratings, 4.00 average rating, 1 review
Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit Quotes Showing 1-8 of 8
“Hayat bahasa di akal bangsanya
ajal bahasa di keris bangsanya.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
“Aku sekeping peta yang terhukum
aku tanah, sungai, laut, langit, dan udara
sekumpulan penyangak menggunting tubuhku
hingga kurus dan tirus
di satu resolusi.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
“Pengalaman
membenarkan sangkaan
biarpun sangkaan
sering di kandang salah.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
tags: puisi
“Di negeriku
angka dikecilkan
oleh besar kepentingan
angka dibesarkan
oleh kecil keyakinan.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
tags: puisi
“Bahasa pujuk telah mati
bahasa rayu telah mati
bahasa rintih juga telah mati
yang tinggi kini hanyalah bahasa sepanduk
di simpang-siur penuh kemuliaan.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
“Pincang langkah pertama
barangkali kelemahan
pincang berulang
lambang kebebalan.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
tags: puisi
“Bahasa itu lembut yang sabar
sesekali pedas tersebar tetapi
tegas mengajar
tangannya memimpin jutaan
generasi baharu
dari bilik darjah satu
ke puncak menara ilmu.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
“Aku tidak lagi
mahu berdalih
untuk tidak memilih
kerana berdalih
adalah mati
sebelum kematian.”
Sahrunizam Abdul Talib, Kumpulan Puisi Suara Bukit kepada Langit
tags: puisi