Status Updates From Islam Tuhan Islam Manusia: ...
Islam Tuhan Islam Manusia: Agama dan Spiritualitas di Zaman Kacau by
Status Updates Showing 1-30 of 115
Benz
is on page 14 of 288
Kembali membaca buku ini untuk kali ketiga, tetapi Edisi Diperkaya kali pertama.. moga beroleh manfaat.
— Aug 02, 2022 02:59AM
Add a comment
Benz
is on page 14 of 288
Kembali membaca buku ini untuk kali ketiga, tetapi Edisi Diperkaya kali pertama.. moga beroleh manfaat.
— Aug 02, 2022 02:58AM
Add a comment
Benz
is on page 250 of 288
Haidar juga turut memetik sarjana Islam yang jarang dipetik kaum orthodoks, Khaled Abou El-Fadl dalam pandangannya seputar isu Jihad dan perbezaan dengan Qital.
— Oct 07, 2021 05:15AM
Add a comment
Benz
is on page 248 of 288
Nabi Musa ketika disuruh mengadap Firaun pun disuruh Allah untuk bercakap dengan lemah lembut
— Oct 07, 2021 04:43AM
Add a comment
Benz
is on page 233 of 288
Bukan sahaja Ibn Arabi yang heterodoks yang berfikiran bahawa syurga dan neraka itu tidak kekal, tetapi juga ada ulama' yang dari jalur keras seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim (muridnya) yang turut berfikiran begitu. Haidar ada menulis perihal ini dalam bab syurga neraka, pada buku tentang Ibn 'Arabi.
— Oct 07, 2021 02:07AM
Add a comment
Benz
is on page 229 of 288
Jadi selepas sekularisme yang membawa satu keadaan yang tak pasti, yang kemudiannya menetaskan fundamentalisme-radikalisme agama (yang disebut Karen Armstrong sebagai militant piety), ia juga kemudiannya menetaskan spiritualisme, dan tidak mesti spiritualisme itu datang bersekali dengan agama, ada kalanya spiritualisme itu datang tanpa agama. Dan kalau Islam, ia ada dimensi tasawuf, kata Haidar.
— Oct 07, 2021 01:54AM
Add a comment
Benz
is on page 227 of 288
Gejala kebangkitan agama telah menimbulkan penyakit baru yang disebutkan sebagai anak haram agama, iaitu fundamentalisme dan radikalisme beragama.
— Oct 06, 2021 05:56AM
Add a comment
Benz
is on page 226 of 288
Gilles Kepel juga yang dipetik Haidar menyebutkan sekularisme juga mempunyai masalahnya termasuk membuat institusi keluarga menjadi lemah, peningkatan jenayah dll lagi.
— Oct 05, 2021 05:35AM
Add a comment
Benz
is on page 225 of 288
Memetik seorang psikolog Barat, William James, yang mengatakan meskipun sains boleh melakukan apa sahaja, tetapi akhirnya orang akan tetap bersembahyang
— Oct 04, 2021 08:34AM
Add a comment
Benz
is on page 219 of 288
budaya lokal merupakan bagian dari tajalli Tuhan, jika menurut Haidar Bagir, bukan seperti yang difahami aliran Islam Eksklusif seperti yang dianut Taliban.
— Oct 04, 2021 08:24AM
Add a comment
Benz
is on page 217 of 288
Dikatakan juga bahawa selain Syeikh Siti Jenar, Walisongo termasuk Raniri dll juga dianggap dalam jalur Tauhid Wujudi, jika menurut kata Haidar Bagir.
— Oct 04, 2021 05:35AM
Add a comment
Benz
is on page 216 of 288
Kesejalanan Irfan dan Teologi Hindu sudah lama dibahaskan, lama sebelum Noor Deros lahir.
— Oct 04, 2021 05:09AM
Add a comment
Benz
is on page 214 of 288
Haidar Bagir juga yang banyak menulis (dan mengangkat) Ibn 'Arabi juga membicarakan tentang 'Irfan, Tuhan dipercayai sebagai Wujud Transenden yang pada saat yang sama, ber-tajalli (bermanifestasi, mengejawantah) dalam ciptaan-ciptaanNya. Dengan kata lain, setiap makhluk membawa dalam dirinya nama sifat/ayat (tanda) Allah Wwt. Sehingga dalam konteks ini, Tuhan memiliki 2 sifat-paradoksal iaitu tanzih dan tasybih.
— Oct 03, 2021 01:10AM
Add a comment
Benz
is on page 213 of 288
Seterusnya Haidar Bagir juga turut mengulas tentang isu Islam ekstremis-eksklusif di mana dimulakan dengan Taliban menghancurkan patung Buddha Bamiyan di Afghanistan, kemudian diikuti Al-Qaeda (jaringan Islam internasional ekstremis, dan diikuti oleh ISIS yang mulai mengganas) juga tentang wacana "Likulli Ummatir Rasul", yang diperkatakan bahawa ada sejumlah 124,000 Nabi telah diutuskan kepada umat manusia.
— Oct 03, 2021 12:01AM
Add a comment
Benz
is on page 210 of 288
Haidar di akhir persoalan ini mengatakan ada beza antara Truth Claim dan Salvation Claim. Kita boleh sahaja mendakwa kita di pihak yang benar (maka Haidar menolak mengatakan semua agama adalah sama), tetapi kita tidak boleh mengatakan yang memilih selain jalan kita pasti diazab ke neraka (Salvation Claim), boleh jadi mereka akan selamat.
— Oct 01, 2021 11:23AM
1 comment
Benz
is on page 208 of 288
Dalam bab "kafir", Haidar Bagir agak senada dengan Asghar Ali Engineer bahawa kekafiran itu bukanlah semata persoalan tidak mengucap dua kalimah, tetapi juga adalah tentang pengabaian terhadap kaum miskin-dhu'afa', dan berkumpulnya segala jenis kejahatan. Tetapi jika dakwah Islam itu tidak sampai kepadanya atau tidak kuat hujah (masih boleh dibalas) maka ia tidak mudah-mudah untuk dijatuhkan hukuman mandatori kafir
— Oct 01, 2021 09:17AM
Add a comment
Benz
is on page 204 of 288
Perbahasan tentang kafir juga menarik disebutkan dalam buku ini.
— Sep 30, 2021 03:55AM
Add a comment
Benz
is on page 202 of 288
Sementara itu para pembesar kafir Quraisy pulak menjadi kafir kerana mereka sememangnya sebelum kedatangan Nabi berharap akan kemunculan Nabi, tetapi sebaik sahaja Nabi hadir, mereka taknak mengikuti pula, kata Haidar, penolakan terhadap Nabi kerana vested interest -kepentingan peribadi-
— Sep 29, 2021 08:22AM
Add a comment
Benz
is on page 200 of 288
Iblis dan Firaun jika menurut tafsiran Haidar Bagir adalah kafir kerana mereka menyangkal dalam kesedaran, dengan aba wastakbara (enggan dan takbur).
— Sep 29, 2021 08:19AM
Add a comment
Benz
is on page 200 of 288
Yang tak percaya kepada kebenaran Islam, bukan kafir jika menurut Haidar Bagir. Sebab kafir itu adalah dari "ka-fa-ra", iaitu menutupi. Jika ia tidak percaya atau tidak yakin dengan kebenaran Islam, bagaimana ia boleh jadi kafir? Apa yang ia tutupi jika terima pun belum?
— Sep 24, 2021 06:31AM
Add a comment
Benz
is on page 199 of 288
Petani juga adalah "kuffar" dalam bahasan Haidar Bagir. Kritik terhadap konsep "kafir" ini juga berlangsung lama, Asghar Ali turut mengkritik konsep kafir yang telah diterima begitu sahaja oleh Muslim arus perdana, iaitu mereka yang bukan Islam. Sedangkan orang Islam yang korup begitu banyak, adakah mereka masuk syurga? Hal yang sama turut dikritik oleh Syazreen dalam bukunya Syahadah Kedua.
— Sep 24, 2021 01:10AM
Add a comment
Benz
is on page 197 of 288
George Sarton mengatakan, meskipun hari ni masih ramai yang begitu bangga dengan tamadun dan peradaban dari Amerika, tamadun Amerika itupun baru berusia 3 abad, sedangkan inspirasi masih banyak dari Timur.
— Sep 23, 2021 05:15AM
Add a comment
Benz
is on page 195 of 288
Haidar mencadangkan dialog peradaban dalam memecahkan kebuntuan yang dipacakkan oleh tamadun Barat yang menjadi berkuasa, mendominasi sekaligus mengeksploitasi seisi planet bumi selepas Revolusi Industri dan Revolusi Perancis. Dialog ini lebih awal dikemukakan oleh mantan Presiden Iran, Khatami.
— Sep 23, 2021 04:40AM
Add a comment
Benz
is on page 193 of 288
Disebutkan juga tentang Naipaul, penulis produktif terkenal dari India yang pro Barat yang mengatakan peradaban Barat adalah peradaban yang universal.
— Sep 22, 2021 09:39AM
Add a comment
Benz
is on page 191 of 288
Dicatatkan juga tentang ratusan sarjana Eropah tentang keterhutangan budi mereka kepada orang Arab yang mengajar mereka banyak benda dan telah menerjemahkan falsafah sebelum sampai kepada mereka. Jadi orang Arab bukanlah sebuah bangsa badwi yang tiada apa-apa jasa pada perubahan dunia.
— Sep 20, 2021 03:29AM
Add a comment
Benz
is on page 190 of 288
dikatakan juga Maimonides belajar dengan Ibn Rusyd
— Sep 18, 2021 07:57AM
Add a comment


