Status Updates From Che Untuk Pemula
Che Untuk Pemula by
Status Updates Showing 1-25 of 25
Benz
is on page 151 of 178
Profesor Filsafat dari Perancis, Regis Debray turut menyertai mereka.
— Oct 05, 2021 07:49AM
Add a comment
Benz
is on page 146 of 178
Maknanya Che ini jika dia dikatakan sebagai komunis, dia adalah komunis yang lain, beza dengan komunis di Cuba yang pro Soviet, Che tidak begitu.
— Oct 05, 2021 07:46AM
Add a comment
Benz
is on page 137 of 178
Dalam usaha nak melakukan indutrialisasi ini, nampaknya Mahathir dan pimpinan Malaysia (dari parti konservatif) seperti Tun Razak dan Tunku nampak lebih bijak berbanding Che yang tergesa-gesa nak mengindustrialisasikan Cuba. Bahkan nampaknya Stalin lebih bijak berbanding Che -walaupun lebih kejam-
— Oct 05, 2021 07:40AM
Add a comment
Benz
is on page 133 of 178
Che layaknya seperti Boestamam serta Tan Malaka (juga Tito) yang tidak mahu tunduk sewenang-wenangnya pada Komunis/Komintern, malahan mereka mempunyai idea pembebasan mereka sendiri.
— Oct 05, 2021 07:37AM
Add a comment
Benz
is on page 125 of 178
Krutschev mengatakan kepada Kennedy bahawa Castro itu bukan komunis, tetapi kamu yang mendorongnya menjadi komunis.
— Oct 05, 2021 07:25AM
Add a comment
Benz
is on page 117 of 178
Amerika Syarikat selain mengebom ladang tebu, juga mengancam untuk tidak membeli gula (industri utama di Cuba), dan akhirnya benar-benar melaksanakan itu. Tetapi ini segera tergantikan. Uni Soviet dan Chinalah yang seterusnya menjadi pelanggan gula Cuba, meskipun pola revolusi Cuba tidak mengikuti pola revolusi orthodoks ala Uni Soviet.
— Oct 05, 2021 07:16AM
Add a comment
Benz
is on page 116 of 178
Jean Paul Sartre dan Simone de Beauvoire juga pernah sampai ke Cuba dan mengiktiraf revolusi di Cuba, kerana menurut Jean Paul Sartre, ini adalah revolusi yang original.
— Oct 05, 2021 07:13AM
Add a comment
Benz
is on page 114 of 178
Barang-barang import mewah dikawal ketat ketika Che menjadi Menteri Bank Nasional Kuba. Juga diberikan cukai yang tinggi.
— Oct 05, 2021 07:10AM
Add a comment
Benz
is on page 110 of 178
Ada juga yang berbalik menentang Fidel seperti Hubert Matos.
— Oct 05, 2021 07:07AM
Add a comment
Benz
is on page 110 of 178
Rata-rata umur pemberontak pada masa itu berumur 33 tahun, ketika mereka melakukan revolusi, tidak percaya kepada Amerika-Eropah bahkan Uni Soviet, dan juga ketika melakukan projek industrialisasi dan nasionalisasi perusahaan-perusahaan penting negara mereka.
— Oct 05, 2021 06:54AM
Add a comment
Benz
is on page 108 of 178
Pendirian Che tentang tidak mahu bersekutu dengan Eropah dan Uni Soviet juga disebutkan dalam buku ini. Sebaliknya persekutuan adalah dengan negara-negara membangun, kerana itu Che banyak kemudiannya berkunjung ke negara-negara Asia.
— Oct 05, 2021 06:20AM
Add a comment
Benz
is on page 97 of 178
Sebenarnya revolusi yang dilakukan oleh kumpulan Fidel dan Che adalah pada mulanya hanyalah ingin menyingkirkan Batista dan ketidakadilan yang berlaku di tempat mereka (Cuba), pada waktu ini -menurut beberapa bacaan selain buku ini- mereka belum masuk ke Comintern (Tan Malaka, Semaoen, Musso bahkan lebih awal), dan tidak menyukai idea Lenin dan Soviet pada waktu itu.
— Oct 05, 2021 06:14AM
Add a comment
Benz
is on page 86 of 178
Mereka di dalam hutan juga selain menggunakan tektik hit n run dan frontal dengan pasukan penguasa diktator, mereka juga sebenarnya sangat "islami", iaitu tidak dibenarkan menjual loteri dan makanan serta minuman beralkohol. Ini yang jarang diberitahu kepada kita tentang gelagat dan karenah apakah kaum revolusi di dalam hutan.
— Oct 05, 2021 05:59AM
Add a comment
Benz
is on page 81 of 178
Kisah Che nampaknya lebih menarik dari cerita Nestor Paz yang lebih tragis. Che di dalam hutan bukan sahaja sebagai gerilawan, doktor dan guru, malahan beliau adalah editor kepada suratkhabar/media gerila yang dipertanggungjawabkan oleh Fidel, dan seterusnya di dalam hutan mereka membuat "industri" kecil, untuk para gerilawan boleh hidup.
— Oct 05, 2021 05:55AM
Add a comment
Benz
is on page 78 of 178
Che di dalam hutan bukan sahaja sebagai seorang gerilawan, tetapi juga adalah seorang doktor dan guru.
— Oct 05, 2021 05:52AM
Add a comment
Benz
is on page 70 of 178
moto gerilawan -seperti juga gerakan gerilawan Nestor Paz- sangat strict yakni ketat. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencuri di dalam hutan menganggu para petani dan isteri mereka. Mereka akan ditembak mati jika melakukan hal sedemikian kata Castro.
— Oct 05, 2021 05:08AM
Add a comment
Benz
is on page 58 of 178
1955 adalah tarikh penting kepada beberapa peristiwa. Winston Churchill mengundurkan diri dari jawatannya, kemudian Albert Einstein meninggal dunia.
— Oct 04, 2021 08:30AM
Add a comment
Benz
is on page 56 of 178
Gringo adalah nama ejekan yang diberikan kepada orang-orang Amerika.
— Oct 04, 2021 08:21AM
Add a comment
Benz
is on page 50 of 178
sedang membaca sejarah hidup Che Guevara. seorang anak muda yang dilanda asma ketika kecil, tetapi asmaranya pada revolusi lebih meninggi dari penyakit yang dihadapi. persis Tan Malaka ia, berkelana melihat seisi dunia yang ditindas nestapa, sehingga gugur syahid ia tak bernyawa
— Oct 04, 2021 05:33AM
Add a comment



