Lahir untuk revolusi, Che mempelopori gerakan pembebasan di Amerika Latin. Che yakin akan hadir ‘manusia baru’ sebagai anak kandung revolusi. Anak-anak muda inilah yang akan bersama rakyat membawa perubahan besar: negara otonom yang mengusung keadilan untuk semua. Komik ini memuat perjalanan hidup Che, irisannya dengan tokoh-tokoh dunia, dan perjalanan pemikirannya.
saya suka apabila sejarah dijadikan komik. malahan, saya belajar sejarah melalui komik untuk spm enam tahun yang lepas. komik menghasilkan pengalaman yang tidak wujud dalam pembacaan teks per se -isi bukan sekadar disampaikan melalui kata-kata, tetapi juga gambar. Dan sebagai buku 'pemula', komik ialah wahana memang boleh jadi wahana yang cemerlang.
aku sudah lama meminati che, semenjak tonton filem biografinya yang dimuat-turun secara haram di internet beberapa tahun lalu (aku yakin mendiang che tidak akan murka). dia sosok penentangan yang ideal untuk abad lalu; kepercayaannya yang teguh akan sosialisme serta upaya-upaya yang menggoncang Amerika telah mengangkat che menjadi seperti seorang syahid di kalangan negara berkembang. lebih-lebihan yang masih berani berbeza pendapat daripada negara yankee itu.
komik ini tidak serius, atau boleh kata tidak seberat buku-buku biografi yang lazim kita temui di toko buku KL. ia diceritakan dengan sederhana, daripada zaman muda che sehinggalah kematiannya di tangan tentera-tentera bolivia. ia diceritakan menggunakan sudut realisme magis yang berbolak-balik dari awal ke akhir dan akhir ke awal serta ingatan-ingatan kolektif mengenai che dan apa erti yang dipancarkan oleh revolusioner yang menghidap asma itu.
untuk pemula, atau untuk budak yang mahu jadi komunis, aku sarankan baca ini. aku belinya di indonesia. tapi barangkali beberapa toko buku di malaysia ada menjualnya.
dari sekian banyak buku berilustrasi yang memperkenalkan tokoh-tokoh dunia, yang terus menjadi favorit saya adalah "Marx Untuk Pemula". Diterbitkan oleh Insist Press, tahun 2000. Mengapa? karena buku tersebut memiliki keseimbangan antara informasi mengenai Marz, dan juga "hiburan" melalui karikatur yang ada.
Sementara, buku "Che Untuk Pemula" ini, tidak bisa memberikan kedua hal itu secara bersamaan. Cerita tentang Che dalam buku ini tak ada yang bisa di-komplain, bahkan cukup komprehensif untuk para pembaca yang digolongkan sebagai "pemula". Tetapi, ilustrasi-nya memang tidak cukup menghibur sebagaimana ketika saya membaca Marx.
Boleh tahan, meskipun lukisannya tak cukup mengancam -kerana saya pernah membelek buku komik Che yang lebih menarik dari ini- tapi kritikan-kritikan dalam buku ini juga agak sinis, antaranya kepada Regis Debray seorang filosof Perancis yang pernah menjadi revolusioner-gerilawan menyertai Che, sepulangnya dari alam gerilawannya itu, ia menulis buku yang tidak jelas -kata dalam buku inilah-
Che, manusia yang mahukan otonomi sepenuhnya, tidak tunduk baik pada Amerika-Eropah, mahupun Uni Soviet ataupun China yang ketika itu berseteru dengan Soviet. Dia tidak mahu jadi alat kepada sesiapa. Dia yang asal dari Argentina ini mahukan Cuba menjadi sebuah republik sosialis yang baru, yang tidak mengikut model Soviet -meskipun Soviet banyak membantu Cuba, selain membekalkan senjata, turut membeli gula dari Cuba ketika Amerika menghentikan pembelian gula dari Cuba. Che juga kayaknya seperti Ahmad Boestamam (Malaysia), Tan Malaka (Indonesia), Tito (Yugoslavia) yang tidak menjadi komunis/radikal secara buta dan ikut-ikutan, sebaliknya mempunyai pendirian yang gagah berdiri dan tersendiri.
buku sejarah jika dicetak dalam bentuk komik sebegini lebih memudahkan aku untuk baca dan khatam.. sebuah penceritaan tentang sa-buah revolusioner yang dipelopori oleh Ernesto Guevara yang dikenali sebagai Che Guavara.. perjalanan cerita daripada awal kehidupan hingga ke akhirnya boleh dikatakan sebagai suatu autobiografi tentang Che Guevara yang diadaptasi/alih bahasa daripada tulisan Sergio Sinay, Che For Beginners..