Goodreads Malaysia discussion

147 views
Arkib (Maraton Membaca 2015) > Bibliofilia 2015 : Lego, ergo sum. (I read, therefore I am).

Comments Showing 51-99 of 99 (99 new)    post a comment »
« previous 1 2 next »
dateUp arrow    newest »

message 54: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Perghh...sangat pantas. Pilihan buku pun sangat menarik.


message 56: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Shah wrote: "Perghh...sangat pantas. Pilihan buku pun sangat menarik."


Ada yang jauh lebih pantas, tuan. :)


message 60: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Memang dahsyat Azhaari ni. Banyak saya nak tanya waktu di TS4 tempoh hari, tapi tak sempat sebab terpaksa bergerak pulang awal.


message 61: by M. Azhaari Shah (last edited Feb 24, 2015 12:44AM) (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Biasa biasa je puan. cuma seorang pembaca buku tegar dalam kerumunan ramai kawan sebaya yang sudah menerbitkan buku sendiri dan ada yang sudah dituliskan memoir bagi mereka seperti Arwah Ahmad Ammar.

Inshaallah nanti boleh borak panjang dalam TS5. Saya rasa rugi sangat dalam TS4 cuma dapat hadir sekejap :)


message 63: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk-tajuk yang menarik dan penuh berisi.


message 64: by Aina (new)

Aina Hilmi | 1044 comments Ish..ish..tak terkejar saya. Pilihan buku sangat menarik :)


message 65: by M. Azhaari Shah (last edited Feb 25, 2015 09:38AM) (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Terima kasih atas pandangan saudari Aina dan saudari Wan Norjihan. Saya tidak pasti pilihan bacaan saya menarik atau tidak, tapi bagi saya suka pembacaan yang meluas, diverse. Baru lah saya tidak terlalu terikat pada satu sisi pandang dan subjek sahaja. Disamping kita mahu mengejar kepakaran dalam bidang kita, ilmu ilmu lain juga perlu dibangun bersekali.

Saya membaca pantas kerana memprihatinkan wang yang telah habis digunakan membeli buku yang banyak, akhirnya jadi perhiasan saja selama ini. Jadi saya mahu seberapa segera habiskan membaca koleksi yang lama terbiar dan tidak terusik.

Membaca buku bagi saya satu nikmat kerehatan, dari rutin dunia yang melelahkan.


message 66: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 25, 2015 04:50PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Itulah indahnya waktu muda, ketika belum berselirat dengan urusan keluarga.

Cabaran membaca & mencari ilmu bagi ibu Muslim bekerja sangat besar dan menghambat. Apapun, segala puji bagi Allah yang telah mengatur sebaik2 sesuatu.

Saya tunggu waktu tua pula kalau dipanjangkan umur untuk pulun membaca semula seperti waktu muda2 dulu :D


message 68: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najibah wrote: "Itulah indahnya waktu muda, ketika belum berselirat dengan urusan keluarga.

Cabaran membaca & mencari ilmu bagi ibu Muslim bekerja sangat besar dan menghambat. Apapun, segala puji bagi Allah yang ..."


Betul puan Najibah, tanggungjawab lebih banyak dari masa yang kita punya. Saya juga harap begitu, namun tugasan dan tanggungjawab sering menghambat masa untuk membaca. Hampir setiap hari pulang lewat malam. Hingga kerana ingin menyempatkan diri membaca, selalu kurang tidur. :)

Tapi puan sangat bertuah, hari hari dapat menelaah koleksi buku buku berharga di ISTAC. :)


message 69: by M. Azhaari Shah (last edited Mar 04, 2015 07:34AM) (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 70. The Red Pony by John Steinbeck The Red Pony by John Steinbeck

Dah mula dah musim kura kura. Harapan satu buku sehari terkubur seawal bulan 3. Haha


message 70: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ini seorang lagi yang tersangat laju. Tak mungkin kudrar tua saya boleh kejar. :)


message 71: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Bukan tua lah Abg Mudin, sibuk sangat tu. Dalam kesibukan luar biasa pun masih mampu membaca dan menulis, hebat tu.


message 72: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
M. Azhaari Shah wrote: "Bukan tua lah Abg Mudin, sibuk sangat tu. Dalam kesibukan luar biasa pun masih mampu membaca dan menulis, hebat tu."

tok mudin mmg dah tua. nama pun tok :)


message 73: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Kikiki :D


message 74: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Nazmi wrote: "M. Azhaari Shah wrote: "Bukan tua lah Abg Mudin, sibuk sangat tu. Dalam kesibukan luar biasa pun masih mampu membaca dan menulis, hebat tu."

tok mudin mmg dah tua. nama pun tok :)"


Nak apply Datokship barangkali. :)


message 78: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Bulan Mac ini temanya Puisi. :)


message 79: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
90 dah? Sebuah buku sehari? Hebat!


message 80: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Catch up dengan buku kumpulan puisi. Still fair play, kan? :) :) :)


message 81: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
M. Azhaari Shah wrote: "Catch up dengan buku kumpulan puisi. Still fair play, kan? :) :) :)"

sampai satu masa, akan rasa muak dengan puisi.

no offence ya najmuddin!


message 82: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Nazmi wrote: "M. Azhaari Shah wrote: "Catch up dengan buku kumpulan puisi. Still fair play, kan? :) :) :)"

sampai satu masa, akan rasa muak dengan puisi.

no offence ya najmuddin!"


Betul, ustaz Nazmi. Kalau dibaca puisi saja lama lama akan menjemukan juga. Genre yang tidak pernah menjemukan saya adalah sejarah.


message 83: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Haha, tak terasa pun. Saya pun bukan baca puisi setiap hari. Sebenarnya saya senang pegang buku puisi bila saya bosan dengan yang lain-lain. Maknanya puisi bukan pilihan utama pembacaan.


message 85: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najmuddin wrote: "Haha, tak terasa pun. Saya pun bukan baca puisi setiap hari. Sebenarnya saya senang pegang buku puisi bila saya bosan dengan yang lain-lain. Maknanya puisi bukan pilihan utama pembacaan."

Sama lah kita. :) :)


Sejujurnya, penyajak adalah orang yang sabar menunggu buah ranum.


message 86: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najmuddin wrote: "Haha, tak terasa pun. Saya pun bukan baca puisi setiap hari. Sebenarnya saya senang pegang buku puisi bila saya bosan dengan yang lain-lain. Maknanya puisi bukan pilihan utama pembacaan."

aiseh, tersilap susun ayat. salah seorang moderator adalah penulis sajak tegar.

sebenarnya, maksud saya bila membaca kumpulan puisi terus-menerus, kiranya pemilihan judul dibuat ikut tangan mencapai, rasa bosan akan cepat hadir kerana ramai penulis yg beranggapan puisi hanya longgokan kata-kata yg sengaja dipatah-patahkan dan melepaskan perasaan secara melulu di atas longgokan kata2 itu.

puisi begini, seandainya kita bergabung dalam sebuah judul. dan kemudian kita membaca judul dgn penulis spesis yg sama, itulah rasa bosan akan cepat datang.

ia berbeza kalau umpamanya kita mulakan dengan mathnawi Jalaluddin Rumi, kemudian kita membaca pula Mantiqut-tayr oleh attar dan rubaiyat umar khayyam dan kemudian syair2 hamzah fansuri, perasaan bosan itu tidak akan muncul, sebaliknya mungkin kita akan berasa takjub tetapi ada ketika2 mungkin akan kepenatan kerana mereka bukan berpuisi tapi mengungkapkan perjalanan rohaniah yg dalam dan jauh lagi tinggi.


message 88: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
kenapa ya prof shaharir tak guna terus 'melayu'?


message 89: by M. Azhaari Shah (last edited Apr 07, 2015 08:04AM) (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Nazmi wrote: "kenapa ya prof shaharir tak guna terus 'melayu'?"


Saya juga tak pasti ustaz. Tetapi Prof Shahahir juga menyentuh tentang perjuangan dan penentangan tokoh tokoh Campa (Kemboja), Filipina, Patani, Singapura, dan Indonesia dalam menentang penjajahan. Mungkin kerana itu digunakan istilah Malayonesia yang merangkumi semua. Nanti kalau ketemu lagi, saya akan ajukan soalan ini kepada Prof Shaharir, inshaallah. :)


message 91: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Agaknya berapa lama diperlukan untuk menghabiskan My Name is Red? Teruja untuk membaca ulasan Azhari mengenainya.


message 92: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najmuddin wrote: "Agaknya berapa lama diperlukan untuk menghabiskan My Name is Red? Teruja untuk membaca ulasan Azhari mengenainya."

Lebih sebulan. Dibaca secara gradual. Huhu. Ia munasabah bagi sebuah karya yang berbentuk philosophical, historical dan mysterious pada masa sama. Ia sangat menarik. Menggunakan berbeza narator bagi setiap bab, menambahkan misteri tentang siapa sebenarnya yang membunuh Elegant Effendi.


message 93: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
:)


message 94: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najmuddin wrote: ":)"

Senyum ada makna ni. Rasa kena celebrate lah sebab berjaya habis baca My Name Is Red ni. :)

Sophie's World pun tak habis lagi. Huhu


message 95: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Sophie's World lebih mudah dibaca berbanding My Name is Red kot. :)


message 96: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Najmuddin wrote: "Sophie's World lebih mudah dibaca berbanding My Name is Red kot. :)"

Saya pun rasa begitu. Sophie's World flow nya lebih tenang.


message 97: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Tuan Azhaari,

Sophie's World yang flownya tenang pun berbulan nak dihabiskan, agaknya My Name is Red ni bertahun baru boleh habis. La..la..la..


message 98: by M. Azhaari Shah (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Haryati wrote: "Tuan Azhaari,

Sophie's World yang flownya tenang pun berbulan nak dihabiskan, agaknya My Name is Red ni bertahun baru boleh habis. La..la..la.."


Sebab buku pinjam. Kalau buku sendiri, rasa bertahun juga nak habiskan. Huhu


« previous 1 2 next »
back to top