MUSTAFA KAMAL ATATURK

[image error]
Harimau mati meninggalkan belang gajah mati meninggalkan tulang manusia mati meninggalkan nama dan jasa. Apatah lagi jika seorang pemimpin, pemergiannya akan dikenang generasi akan datang dengan apa yang telah dilakukannya ketika berkuasa...

Mustafa Kamal Ataturk pengasas Republik Turki dan Presiden Turki yang pertama. Beliau dikatakan tokoh yang memodenkan Turki dengan membawa pembaharuan yang menjadi sanjungan barat dan eropah. Tetapi bagi orang Islam beliau membawa keruntuhan terhadap Islam di Turki.

Antara tindakan beliau yang menjadi sejarah ialah wanita Turki tidak boleh memakai tudung tapi boleh memakai skirt, minum arak secara terbuka, Al-Quran dan azan ditukar ke dalam bahasa Turki. Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi negara, Menyerang Islam dan ulama secara terbuka, menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, banyak masjid dijadikan gereja, melarang sembahyang berjemaah, menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin, membatalkan undang-undang faraid dan mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Akibat tindakannya yang melampau itu dia menerima azab di dunia lagi. Mengidap penyakit kulit berasa gatal seluruh badan. Sakit jantung dan penyakit darah tinggi, berasa panas sepanjang masa sehingga pihak bomba menyiram rumahnya 24 jam. Ketulan-ketulan ais di letakkan dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Tetapi masih berasa panas, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritannya. Beliau dibawa ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan akan berasa sejuk. Namun panasnya masih ada. Beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas, apabila sedar beliau hilang ingatan. Kemudian beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam akhirnya meninggal dunia.

Tidak ada seorang pun yang mahu memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya terpaksa diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya meminta seorang ulama Turki memandi, mengkafan dan menyembahyangkannya. Bila mayatnya hendak ditanam jenazahnya tidak dapat dimasukkan ke liang lahad. Mayat itu diawet sekali lagi dan diletakkan di muzium selama 15 tahun. Ketika mayatnya hendak ditanam semula sekali lagi timbul masalah akhirnya mayat itu dibawa ke satu bukit lalu diletakkan di bawah timbunan batu marmar beratnya 44 tan.

Ulama-ulama pada masa itu mengatakan "Bukan bumi Turki saja, malah seluruh bumi Allah ini tidak menerima mayat Kamal Ataturk".

Kisah beliau akan dijadikan novel....


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2011 17:05
No comments have been added yet.


Abdul Latip Talib's Blog

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Abdul Latip Talib's blog with rss.