Error Pop-Up - Close Button Sorry, you must be a member of the group to do that. Join this group.

Menghidupkan Panggilan Akhirat Dalam Jiwa Pemuda #YouthACE2015

34menemukan-semangat-yang-hilang


~pic by ummi-online.com


 


Yusuf a.s. pernah diuji Allah s.w.t. dengan pelbagai jenis cubaan, sehingga cubaan itu meresap masuk ke dalam setiap pintu kepemudaannya.


Apa saja yang dia tidak diuji?


Dia diuji dengan saudara-saudaranya sendiri. Diuji dengan dijadikan hamba. Diuji dengan wanita. Diuji dengan kehebatan tafsir mimpi sehingga dikenali sampai kepada raja. Diuji dengan takhta dan kedudukan.


Barangkali, di antara cubaan-cubaan itu, yang terberat juga antaranya adalah ujian wanita. Kalau bagi wanita, pastilah pula sebaliknya.


Ia barangkali menjadi sebab orang yang melepasinya kerana panggilan iman di dalam dirinya disebutkan Nabi s.a.w. sebagai  di antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Allah di hari yang tiada selain naungan-Nya.


 


Kekuatan Panggilan Kesedaran dan Kebangkitan


Dicatat dalam Al-Quran :


“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” [Yusuf : 24]


Dr Aidh Al-Qarni menukilkan beberapa pendapat dari ulama’ tafsir berkaitan petikan ayat “… dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.”


Apa bukti Tuhan yang dilihatnya?


“Apabila Yusuf bermaksud kepada wanita itu, baginda mendengar panggilan berkata kepadanya : Wahai Yusuf, sesungguhnya Aku telah menuliskan engkau termasuk dalam kumpulan para Nabi, janganlah engkau melakukan perbuatan orang-orang bodoh.” Demikian dikatakan dicatat dari Ibn Abbas.


 “Bukti Tuhannya yang dilihat olehnya itu,” kata Ibn Taimiyah dan sebahagian ahli ilmu, “ adalah pembangun kesedaran di dalam hati setiap mukmin. Pembangun kesedaran itu telah bergerak, malu kepada Allah, malu kepada yang Maha Hidup dan Jaga di dalam hati Yusuf, maka jauhilah maksiat dan kembalilah dengan sebenar-benar pengembalian kepada Allah.


‘Adapun sesiapa yang takut kepada Tuhannya dan menahan dirinya dari hawa. Maka syurga adalah tempat kembalinya.’ [ An-Naziat : 40-41], lalu Yusuf teringat untuk berhenti di bawah naungan Allah dan segera kembali.”


Sayyid Qutb pula membawa hujah tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat berkaitan ayat ini oleh para mufassir terdahulu seperti Yusuf terlihat wajah ayahnya, atau terpapar papan (lauh) di hadapannya tertulis ayat Al-Quran dan sebagainya. Beliau sendiri mencatatkan penjelasannya dengan mengatakan :


“Ini adalah pengakhiran kepada pendiriannya yang berterusan terhadap godaan terhadap dirinya, selepas ia menolak di kali pertama dan terselamat. Ia adalah gambar sebenar terhadap keadaan jiwa manusia yang soleh dalam keadaan rintangan dan lemah, kemudian ia meminta perlindungan dengan Allah di penghujungnya dan terselamat.”


Rupanya bukti itu adalah panggilan iman yang hidup di dalam jiwa Yusuf, memanggilnya dengan panggilan yang lebih kuat untuk berlindung dengan Allah s.w.t. dari kejahatan hawa dan bisikan syaitan.


Langsung terlihat bukti itu, lalu dia segera menahan dirinya, berlari meninggalkan tuannya meski dia harus dipenjara selepas itu walaupun bukan atas kesalahannya, kerana harga iman telah membebaskan jiwanya dari belenggu meski jasadnya akan dipenjarakan.


 


Siapa Yang Akan Menyahut Seruan Kesedaran?


Panggilan itu barangkali telah ada di dalam hati-hati kita. Tinggal lagi berlegar antara lemah dan kuat. Yang lemah panggilan iman di dalam dirinya, maka sahutannya terhadap panggilan itu pun lambat-lambat. Kadangkala, lebih membimbangkan apabila panggilan itu tak dapat didengari lagi, lalu kita terdorong lebih kuat untuk menyahut seruan hawa yang telah menewaskan panggilan iman itu.


Yang kuat panggilan imannya, seketika diuji demikian, sebagaimana tercatat dalam hadis, langsung jiwanya menjerit kuat, “inni akhafullah !” – sesungguhnya aku takut kepada Allah !.


Panggilan iman ini akhirnya membuatkan nafsu tewas tak dapat menguasai dan mengawal kepemudaan seorang pemuda.


Panggilan iman ini jugalah akhirnya membuatkan syaitan keputus asaan untuk cuba menyelinap ke dalam setiap raut buluh darah seorang pemuda untuk dapat merosakkan kepemudaannya.


Tanyalah pada diri kita, setiap pemuda masing-masingnya, dengan apakah diisi masa muda kita? Apakah yang paling banyak mendominasi masa muda kita? Masa-masa yang telah berlalu, apakah berlalu dalam keadaan taat kepada Allah atau sebaliknya?


Panggilan manakah yang terkuat di dalam diri kita, di antara dua?


Ia terlihat dengan apakah yang kita pilih untuk lakukan di dalam hidup kita. Sebermula hari saja, kita sudah teruji dengan dua panggilan tersebut, manakah yang lebih kuat menolak diri kita, untuk segera mengangkat lambung-lambung kita dari tempat tidur menyahut panggilan Subuhkah atau terus menarik selimut-selimut kita, membiarkan mata kita diberatkan oleh rantai syaitan.


Maka, yang diperlukan oleh para pemuda bukan sekadar untuk membangunkan akalnya sahaja, bukan juga untuk sekadar memberi fokus kepada pembinaan tubuhnya sahaja, tetapi terpenting juga adalah menekankan tentang bagaimana membangunkan semula iman di dalam jiwa, agar iman menjadi panggilan terkuat di dalam diri, menjadi bekal terhebat yang mendominasi ketika diuji, menjadi perisai dari kejahatan terkeji, menjadi kemanisan yang tiada tertanding oleh apa-apa nikmat duniawi.


 


Penutup : Panggilan Akhirat Buat Para Pemuda Perindu Tuhan


Panggilan akhirat adalah ubat kepada membangunkan kekuatan panggilan kesedaran iman dalam diri.


Ia bukanlah panggilan untuk kita lari dari masalah dunia, lalu kita hidup mengasingkan diri di satu alam yang jauh dari manusia dan bebas dari segala kekusutan dunia. Tidak demikian. Iman pun tidak mengajarkan kita sedemikian.


Ia adalah panggilan untuk kita memberi stamina semula kepada iman kita, supaya terlahir lebih ramai pemuda yang seimbang keislamannya, tinggi himmahnya, jelas cita-citanya, tidak mudah dilemahkan oleh dunia serta memiliki visi perjuangan yang  benar dalam dirinya untuk akhirnya semua itu dimanfaatkan semula untuk pembaikan ummah.


YouthACE adalah acara tahunan LangitIlahi, yang barangkali saya rasakan sedang berusaha ke arah itu.


Kita mahu menjadikan ia sebagai tempat perkumpulan para pemuda pemudi akhirat, untuk kita percikkan api kebangkitan kepada iman kita, kepada jiwa kita, para pemuda pemudi  supaya di situ, ia menggerakkan pula diri kita menjadi juzu’-juzu’ yang penting dalam ummat, bukan ada hanya sekadar untuk menambah bilangan populasi ummat, tetapi merawat luka-luka di batang tubuh ummat.


Ummat semakin membesar, semakin juga banyak lukanya bak kata Dr Majdi Al-Hilali, “Hari demi hari, luka-luka di tubuh ummat semakin bertambah, sedangkan luka-luka semalam belum menampakkan tanda akan sembuh.”


Semoga di antara juzu’-juzu’ pemuda itu, kita menjadi kalangan yang meneruskan proses islah terutama kepada diri, yang tidak berhenti berfikir dan bekerja untuk membaiki dan memahamkan ummat dengan cara hidup Islam, yang tidak kalah dengan panggilan hawa, yang kecintaanya untuk melihat ummat menjadi lebih baik tidak pernah berhenti berputik.


Sebagaimana kata Al-Banna, “Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik ummat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputus asaan.”


Mari bersama-sama kami di YouthACE.  Untuk Belia dan Masa Hadapan.


————————————-


Rujuk :


1) Syakhshiat Fil Quranil Karim, Dr Aidh Al-Qarni


2) Fathul Qadir, As-Syaukani


3) Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb


—————————————


11074614_944196465615184_8683200548109855164_o


BERITA BAIK! Yuran Promosi YouthACE 2015 dilanjutkan!


Alhamdulillah, setakat semalam, kami telah mendapat banyak pendaftaran untuk #YouthACE2015.


Ramai yang meminta agar kami perpanjangkan lagi tarikh tutup harga yuran promosi untuk program ini, kerana mereka berhajat hendak mendaftar lewat sedikit.


Maka kami akan panjangkan yuran promosi ke 20hb April 2015.


Yuran asal: RM90


Yuran promosi YouthACE 2015:

Daftar 1-2 orang: RM65(seorang)

Daftar 3 orang ke atas: RM55(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM50(seorang)


Jangan lepaskan peluang. Daftar segera!

Detail program & Pendaftaran di: http://youthace.langitilahi.com


The post Menghidupkan Panggilan Akhirat Dalam Jiwa Pemuda #YouthACE2015 appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2015 13:47
No comments have been added yet.