Umum: Di Antara Menjadi Muslim, Mempertahankan Islam, dan Menjadi Ekstrimis

10293702_778476785520487_4090891042328503661_o

Kebelakangan ini, satu demi satu keganasan berlaku dan ianya dikaitkan dengan Islam. Bermula dengan ISIS atau IS, kemudian meleret hingga isu di Sydney dan Peshawar, seterusnya terkini 12 orang yang dibunuh di France.


Dunia kembali kuat mengecop Islam sebagai pengganas, dan suasana seperti kembali ke era pasca 11 September 2001.


Kita sendiri tidak tahu sejauh mana benarnya kes-kes tersebut terhasil oleh orang yang memahami Islam dengan sebenarnya, namun dunia tidak peduli dengan ‘pelaku-pelaku’nya. Dunia sedang menyalahkan ideologi Islam itu sendiri sebagai punca dan faktor ini semua berlaku.


Ideologi jihad dan beberapa ayat Al-Quran yang membicarakan perihal perang juga menyatakan pendirian keras serta tegas terhadap orang-orang kafir mula dikatakan sebagai sebab mengapa, mengikut penilaian mereka, kebanyakan ‘terroris’ adalah dari kalangan muslim.


Ini diburukkan lagi dengan komen-komen ramai yang seperti ‘suka & menyokong’ apa yang berlaku. “Padan muka orang kafir”, “Siapa suruh dia lukis kartun hina Nabi kita”, “Ini azab Allah ke atas musuh-musuhNya” dan pelbagai lagi komen yang dirasakan kononnya ‘sedang mempertahankan Islam’, juga mereka yang seperti menjustifikasikan kejadian-kejadian ini dengan berkata “Eleh, mereka bunuh lebih ramai orang kita,” membuatkan telahan dan anggapan global bahawa Islam memang agama menyuburkan keganasan seakan benar.


Bukan mahu menyatakan semua yang terlibat dengan keganasan atas nama Islam itu benar-benar Islam. Saya tidak menolak wujudnya kepelbagaian kemungkinan yang lain. Namun di tengah keributan ini, saya berteleku dan berfikir panjang berkenaan masa hadapan ummah ini.



Saya Seorang Muslim


Saya seorang muslim semenjak lahir. Ummi Abah saya muslim. Datuk nenek saya, keempat-empatnya Muslim. Ibu bapa kepada Abah adalah muslim, berasal dari Jawa. Bapa kepada Ummi pula orang arab Yaman, datang menetap di Malaysia sebagai peniaga manakala ibu kepada ummi pula adalah Muslim Bugis. Menjadikan Ummi dan Abah saya, Muslim Melayu, dan saya muslim semenjak lahir.


Saya dihantar ke Nurseri Islam, Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam dan apabila saya naik ke universiti, saya mengambil jurusan Usuluddin di Yarmouk University, Jordan(Tanah Arab). Pun bukanlah saya paling pakar berkenaan Islam, pastilah juga bukan ilmu saya paling tinggi di dalam hal ini.


Pun begitu, sepanjang kehidupan saya itu, saya berpeluang belajar berkenaan jihad, saya belajar berkenaan hudud. Tetapi pada masa yang sama, saya diajar akan keseluruhan Islam itu sendiri, yang bukan hanya terdiri dengan dua perkara tersebut. Saya tidak nafikan jika kita fokus kepada jihad sahaja contohnya, kita akan nampak Islam adalah agama barbaric. Namun Islam tidak boleh diambil secara juz’i-juz’i(separuh-separuh). Islam perlu dilihat secara menyeluruh. Pandanglah kepada seruan agar manusia menjauhi perkara memudaratkan, seruan untuk berakhlak mulia, seruan untuk menjadi seorang yang punya disiplin, seruan untuk menjadi yang berilmu dan sebagainya. Seruan jihad adalah salah satu, dan seterusnya di dalam jihad itu sendiri, segala nilai murni yang wujud di dalam Islam, tetap dibawa bersama ke medan perang. Jihad di dalam Islam ada etikanya.


 


Islam Itu Syumul


Kita hakikatnya sukar hendak menyimpulkan Islam dengan satu dua perkataan atau satu dua ayat, kerana Islam bukan sebuah agama yang terpisah dengan urusan hidup manusia. Ianya sendiri adalah sebuah cara hidup, mencakupi seluruh, saya ulang, seluruh kehidupan manusia itu sendiri. Islam ada di setiap fasa kehidupan – peribadi, keluarga, masyarakat, negara, menjadi panduan utama dalam setiap peringkat tersebut.


Islam itu pula tidak rigid, ianya fleksibel berdasarkan zaman, tempat, masa dan keadaan. Bukan juga agama robot – ianya agama perbincangan, agama yang menyemai diskusi, dialog serta bukan membenci kemajuan. Ianya agama rohani dan fizikal. Ianya agama ketika aman, juga agama ketika peperangan. Kerana itu jihad ada di dalamnya. Islam agama yang ada sisi lembutnya, dan ada sisi kerasnya. Namun Islam tidak akan sesekali menganjurkan penganutnya menjadi tidak waras dan ganas membabi buta.


Islam tidak semudah ‘itu halal, itu haram’ dan ianya bukan semata-mata perbahasan halal dan haram serta berkenaan ibadah khusus seperti solat dan masjid semata-mata. Ia bukan juga agama tahyul mahyul dan Islam melarang kewujudan kasta-kasta di dalamnya, serta Islam melarang hidup mementing diri sendiri. Islam membela orang miskin, dan menganjurkan sikap lengkap melengkapi. Islam tidak menggalakkan ummatnya terpenjara semata-mata di masjid, tetapi melihat seluruh kehidupan itu sebagai ibadah.


Secara ringkasnya, kita boleh simpulkan bahawa membicarakan Islam hakikatnya membicarakan kehidupan itu sendiri.


 


Memandang Islam sedemikian, akan membawa kita kepada kesederhanaan. Kita akan melihat bahawa menjadi Muslim itu, hakikatnya adalah untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan, baik peribadi, juga masyarakat. Merawat akhlak dan mempertingkat intelek. Menjadi manusia yang bertamadun dan berwawasan. Menggendong mesej – rahmatan lil alamin – rahmat buat sekalian alam, termasuk orang-orang non-muslim sebenarnya.


Itu yang saya faham, berdasarkan pengalaman dan ilmu saya sebagai seorang muslim semenjak lahir hingga ke hari ini.


 


Muslim Hari Ini

Namun hari ini Muslim kebanyakannya terkapai-kapai. Negara yang pemimpinnya beragama Islam, yang penduduknya majoriti Islam bukan satu-dua bilangannya, namun Palestin tetap tidak terbebas. Bahkan penindasan terhadap Islam merebak pula pada kebanyakan tempat. Peringkat kepimpinan – orang-orang di OIC contohnya – setelah bertahun-tahun seakan tidak membawa apa-apa kemajuan terhadap imej agama ini. Tempat saya belajar contohnya, Jordan, sangat kotor. Malaysia juga tidak terkenal sebagai negara yang amat bersih – boleh ziarah Sungai Klang contohnya. Ketika orang bukan Islam sudah punya pengkalan di angkasa, muslim sesama muslim sendiri masih tidak sedikit yang berpecah belah – kafir mengkafir, mewarisi perbalahan antara mazhab yang berusia ratusan tahun, gaduh hanya kerana berbeza parti atau jemaah, dan sibuk dengan perkara khilaf serta cabang.


Tidak ketinggalan wujudnya mereka yang ekstrim, hanya memandang satu-satu sisi sahaja di dalam Islam, dan berlebihan di dalamnya. Sebagai contoh: Isu jihad, isu hudud. Hingga mengenepikan pula pelbagai juzu’ dan isu yang utama seperti akhlak dan keadilan, yang menjadikan jihad dan hudud di dalam Islam itu cantik.


Belum kita kira yang jadi sekutu kuat Amerika sendiri – contohnya Arab Saudi – dan lihatlah tanah suci kita Makkah, tempat saban tahun jutaan Muslim melaksanakan haji. Duit dibazirkan pada kiswah Kaabah sahaja sudah berbelas juta, sedang negara Muslim kebanyakannya kotor dan rakyatnya miskin.


Dalam harian hidup, Muslim masih hidup bergantung banyak(atau boleh dikatakan hampir semuanya)dengan teknologi dan kemajuan yang dikembangkan oleh Non-Muslim. Komputer, kereta, pusat beli belah, pakaian, makanan, filem bertaraf antarabangsa, kebanyakannya dihasilkan oleh non-muslim dan merupakan milik mereka. Zaman Islam berdiri sebagai daulah dan antara kuasa besar dunia seperti tidak dapat dibangkitkan semula.


Nyatanya, Muslim sendiri majoritinya telah meninggalkan cara hidup Islam. Mereka telah tertidur lama, sebelum kejatuhan Khilafah pada 1924 lagi. Mereka tidur sangat lena hingga kejatuhan Khilafah tidak membangkitkan mereka, penakhlukan Palestin tidak membangunkan mereka, dan saban tragedi terhadap Muslim yang berlaku tahun demi tahun tidak menggerakkan mereka untuk benar-benar bangkit. Tidaklah semua begitu, namun majoritinya sedemikian.


Bilangan penganutnya yang melebihi 1.5 billion(statistik 2006) seakan tidak punya harga apa dari segi kekuatan.


Hinggalah ke hari ini.


 


Merungut Atau Melaksanakan Sesuatu?


Jika saya mahu panjang berdilema, mungkin saya akan mengatup pintu dan tidak memikirkan masa hadapan Islam di era ini. Itu mungkin lebih mudah buat saya. Kerana ini semua terlalu besar, terlalu kompleks buat Muslim perseorangan, lebih-lebih lagi yang bertaraf marhaen yang tidak punya kuasa seperti saya. Atau mungkin lebih mudah jika saya salahkan Amerika Syarikat, Israel, Illuminati, Freemason, pemimpin-pemimpin arab, pemimpin negara dan sebagainya.


Namun Islam tidak mendidik untuk saya atau mana-mana muslim mementingkan diri. Maka saya mengusahakan sesuatu.


Untuk diri saya sendiri, saya bina ‘Langit Ilahi’, dengan tujuan untuk mengkoreksi diri, sambil mengajak orang lain, khususnya golongan belia, dalam perjuangan ini. Ianya adalah sebuah organisasi anak muda, yang memberi ruang dan peluang kepada anak muda memanfaatkan bakat mereka. Di dalam Langit Ilahi ini ada yang menulis, ada yang melukis, ada yang menghasilkan game, ada yang buat short filem di YouTube, ada yang usaha bina apps dan sebagainya. Kemudian kami fokus kepada penganjuran seminar-seminar untuk menyuntik faham dan budaya ilmu dalam masyarakat, menarik lebih ramai lagi ke program yang bermanfaat sambil serius membina kekuatan untuk menambah baik keadaan ummah.


Jangka panjang, saya berharap dari Langit Ilahi, terhasil lah sebuah ‘daya’ untuk mengubah ‘cara hidup’ masyarakat hari ini khususnya di Malaysia ke arah yang lebih baik lagi. Apakah kami orang kaya? Tidak. Bahkan program kami didanai duit poket sendiri juga duit daripada para peserta program. Jika rugi(Contoh program batal atau peserta tak cukup), memang kami sakit. Namun itulah taruhannya. Dengan apa yang ada, walaupun kecil, kami usahakan. Sedikit demi sedikit.


Sebagai Muslim, saya berpendapat untuk keluar dari suasana hari ini, Muslim perlu fokus melaksanakan reformasi terhadap diri mereka. Kembali mengambil Islam secara syumul dan memahami letak duduk perkara di dalam Islam itu sendiri. Kefahaman yang benar akan menyemai kesatuan, sebab Islam adalah agama toleransi, agama yang menganjurkan akhlak. Kefahaman yang benar juga akan membawa kita kepada kemajuan kerana Islam menggalakkan budaya ilmu. Perbezaan mazhab dan pendapat serta kepelbagaian kumpulan tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan kerana Islam sangat meraikan perbezaan.


Oleh kerana Islam ini seluas kehidupan itu sendiri, tidak cukup sebenarnya satu-satu jemaah tertentu, satu-satu kumpulan tertentu untuk membawanya sendiri. Ia memerlukan seluruh ummah untuk memainkan peranan masing-masing, baik secara berkumpulan atau persendirian, serta menjalinkan kerjasama erat antara kita, untuk menghidupkan kembali mesej utama yang dibawa oleh Islam – rahmatan lil alamin – yakni menjadi rahmat buat sekalian alam.


Penutup: Mengubah Diri, Menjadi Muslim Sejati, Mengubah Suasana.


Di petang Jumaat ini( 9hb Januari 2015), saya mengarang ini semua dengan penuh harapan untuk melihat masa hadapan yang lebih cerah untuk Islam. Dan pastilah ianya tidak boleh dicapai dengan sekadar mengharap dan berdoa.


Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu bergerak, berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka.


Saya, bersama sebilangan rakan seperjuangan saya di Langit Ilahi, pastilah tidak akan mampu membawa perubahan secara drastik terhadap keadaan ummah hari ini. Tetapi kami berhajat ke arah itu. Dan kami harap impian ini dikongsi bersama oleh semua yang membaca tulisan saya hingga ke akhirnya.


Mungkin bila kita sama-sama bergerak mula hari ini, dengan bersungguh-sungguh dan efisyen, 10 tahun lagi, kita akan dapat melihat suasana yang jauh berbeza, yang jauh lebih baik dari hari ini. Namun jika kita bertangguh atau berlengah, pastilah suasana yang indah itu akan datang dengan lebih lambat lagi.


Saya sangat yakin kita tidak dicipta dengan sia-sia.

Setiap kita dicipta dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini.


Bermula dengan diri kita sendiri.


Tanggungjawab yang utama sekarang ialah membawa angin perubahan yang positif kepada keadaan ummat ini.


Mempertahankan Islam, dengan mereformasikan ummatnya. Bermula dengan diri kita.


Muhasabah. Terima kasih kepada yang sudi membaca hingga ke akhirnya.


 


—————————————-


10911397_907702122597952_4075118275169734570_o


[YouthACE 2015]

YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2015, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.


Tema tahun ini: Belia & Masa Depan.


Tempat: Akan dimaklumkan selewat-lewatnya akhir Januari ini.

Masa: 08.00AM – 11.00PM

Tarikh: 25hb April 2015


Yuran asal: RM120


Yuran Promosi: Valid hingga 28hb April 2014


Daftar 1-2 orang: RM80(seorang)

Daftar 3 orang ke atas: RM70(seorang)

Daftar minimum 30 orang: RM65(seorang) – mohon hubungi En Muhaimin Misran(0135041501) terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran minimum 30 orang ini.


Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/


Detail Program:


YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).


Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2014

==========

Convention:

==========


MC sepanjang hari: Saudara Aiman Azlan


08.00AM – Pendaftaran

09.00AM – Slot 1: Ucaptama Pengarah YouthACE 2015 – Hilal Asyraf – Belia & Masa Hadapan


09.30AM – Rehat

10.00AM – Slot 2: Belia & Survivalnya di Masa Depan – Zul Fikri Zamir


11.00AM – Slot 3: Pentas Belia – dirahsiakan penyampainya.

12.00AM – Tayangan Perdana Filem Qawiem Khairi


01.15PM – Rehat


02.00PM – Slot 4: Forum – Belia Penggerak Islah Masa Hadapan

Moderator: Hafizul Faiz

Panel 1: Saudara Muhammad bin Zahid

Panel 2: Ustazah Fatimah Syarhah

Panel 3: Saudari Amnani Akhili

Panel 4: Saudari Azila Aziz


04.00PM – Penyampaian Anugerah Belia YouthACE 2015

04.30PM – Rehat


05.00PM – Slot 5: Mencari Makna Diri Sebagai Belia – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


06.00PM – Persembahan Petang

*Persembahan pemenang-pemenang anugerah belia(Short filem, spoken poetry, nasyid)

*Persembahan Ameen Misran

*Persembahan Nasyid pelajar-pelajar Khalifah Model School


07.00PM – Rehat


8.00PM – Slot 6: Sesi LangitIlahi -

*Pembentangan “Langit Ilahi” oleh Hilal Asyraf(15 min)

*Pelancaran Apps oleh Ammar Amran dan Fitri Yasin(15 min)


8.30PM – Slot 7: Forum – Belia & Peranan Terhadap Negara

Moderator: Saudara Jufitri Joha

Panel 1 – Wan Ahmad Faysal

Panel 2 – Dr Maszlee Malik

Panel 3 – Ummi Rose

Panel 4 – Saudari Amani Salim


10.30PM – Persembahan penutup Daripada Mirwana

11.00PM – Kesimpulan MC dan bersurai


============

Awards yang dipertandingkan:

============


- InstaVlog – Hadiah: RM250 + Piala

- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala

- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala

- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala

- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala


*Peserta YouthACE 2015 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2015.

*pertandingan-pertandingan ini akan bermula selepas 15hb Februari 2015. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com/awards/


==============

Exhibition:

==============


Akan dipenuhi dengan pameran daripada NGO-NGO Kebajikan dan badan dakwah, yang bakal mempamerkan aktiviti mereka, serta membuka peluang untuk belia berkenal-kenal dan mencari peluang beraktiviti bersama mereka.


———————–


Jika berminat, daftarlah segera.


Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!


Kami harapkan sokongan padu anda.


Kami menganjurkan YouthACE ini dengan niat agar ianya berjaya menjadi alternatif kepada perkumpulan-perkumpulan belia yang ada di negara kita.


Kami berhajat menjadikan perkumpulan ini perkumpulan yang bermanfaat buat belia di negara kita, sekaligus menginspirasikan generasi muda kita untuk hidup sebagai manusia yang memberikan manfaat kepada semua, menggendong mesej Islam – Rahmatan Lil ‘Alamin.


Komen peserta YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=yw4ZKO48z-Y


Suasana YouthACE2014: https://www.youtube.com/watch?v=F-EnY8Ou6P4


Mari sertai kami. Jadikan ini sebuah realiti!


Belia & Masa Depan,

Mari Menjadi Hamba!


#YouthACE2015


The post Umum: Di Antara Menjadi Muslim, Mempertahankan Islam, dan Menjadi Ekstrimis appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2015 00:11
No comments have been added yet.