Umum: Program-program Yang Telah Dilaksanakan LangitIlahi

859917_778476865520479_1376828055540361631_o


 


Alhamdulillah, dengan segala kasih sayang dan izin daripada Allah SWT, LangitIlahi telah berkembang jauh dari sekadar seorang pelajar sekolah menengah berblog. Bagi yang setia mengikuti LangitIlahi semenjak tahun 2008, pasti akan dapat menyaksikan bagaimana jenama LangitIlahi ini berkembang dari tahun demi tahun.


Kini antara apa yang LangitIlahi telah berjaya ceburi adalah penganjuran seminar-seminar.


Mungkin pada sebahagian orang, ianya sekadar ‘sebuah lagi bisnes Hilal Asyraf’. Ada juga yang memandangnya sebagai ‘buat duit dengan memperdagangkan ilmu’. Saya fikir, masing-masing ada pandangan dan sebab tersendiri untuk melontarkan tuduhan-tuduhan tersebut.


Manakala untuk diri saya, insyaAllah saya yakin bahawa apa yang sedang saya usahakan bersama LangitIlahi ini bukan bisnes peribadi, dan bukan sebuah perdagangan, walaupun atas hitam putihnya, berlaku transaksi jual beli dan ianya digerakkan di bawah syarikat perniagaan berdaftar milik saya sendiri.


Pada ruangan ini, saya ingin kongsikan apa yang telah LangitIlahi usahakan semenjak mula menceburi ruangan penganjuran program ini.



Permulaan


LangitIlahi mula menceburkan diri dalam bidang penganjuran program adalah pada Jun 2013, ketika pertama kali LangitIlahi menganjurkan program bernama Teen Awards, Convention & Exhibition(TeenACE) 2013. Itu pertama kali LangitIlahi menganjurkan program.


[image error]


TeenACE 2013, walaupun mempunyai banyak kelemahan, tetapi telah berjaya menarik 1000 orang peserta dari seluruh negara, bahkan ada peserta datang dari Brunei. Barisan penyampai juga tidak kurang hebatnya, dengan kami membawakan Amin Idris(Pengacara TV Al-Hijrah), Zul Fikri Zamir(TFTN), Fatih Seferagic, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Imam Muda Asyraf, Aisyah Syakirah, Anwar Hadi, Adibah Awang dan juga barisan penyampai dari LangitIlahi termasuk saya sendiri.


IMG_0393


Banyak pengalaman dan pengajaran yang kami perolehi ketika penganjuran program yang pertama itu. Namun sedikit sebanyak, penganjuran program tersebut memberikan impak yang besar, sekaligus mencorak target saya dalam perjalanan LangitIlahi ini.


Mula menggaji sahabat karib saya – Ameen Misran – sebagai pekerja tetap di LangitIlahi, kami berdua mula fokus untuk menganjurkan program-program sendiri.


 


Seminar Bagaimana Menyentuh Hati 2013


Selepas TeenACE 2013, kami menggerakkan pula Seminar Bagaimana Menyentuh Hati 2013. Seminar sederhana, dengan target seramai 500 orang peserta. Dilangsungkan di Auditorium KAED, UIA, Gombak. Program ini dilaksanakan dengan Journalism Club, UIA, Gombak.


6


Seminar ini berfokuskan uslub dakwah, dengan memberikan perhatian penting kepada seni-seni penawanan hati, yang hakikatnya banyak bermula dengan pembentukan diri sendiri.


Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik. Kami telah mendapat penyertaan yang penuh, 500 orang peserta, dengan satu bas datang daripada Johor untuk menyertai program ini.


4


Penyampai-penyampai yang kami bawakan untuk program ini ialah Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Pahrol Md Juoi, dan Cikgu Azmi Bahari, termasuk saya sendiri.


 


Seminar Untuk Kita Pendosa 2013


Kemudian, pada penghujung tahun 2013, kami menganjurkan Seminar Untuk Kita Pendosa. Seminar yang memberikan fokus kepada dosa dan taubat.  Kami mensasarkan peserta seramai 500 orang, namun alhamdulillah yang mendaftar adalah seramai 600 orang. Program ini berlangsung di Auditorium Utama, UIA, Gombak.


xxx


Peserta hadir dari sekitar KL juga dari luar KL. Ada yang datang daripada Perak, saya masih ingat kerana dia menyapa saya.


Barisan penyampai yang kami kemukakan pada program ini ialah Diana Amir, Ustaz Fawwaz Fadzil, Sir Rosdi Baharom, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan diri saya sendiri.


xxxx


Seminar Pengurusan Cinta 2014


Menjengah ke tahun 2014, kami menganjurkan Seminar Pengurusan Cinta. Fokus utamanya adalah membincangkan perihal cinta lelaki dan perempuan, ke arah pembinaan rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Program ini berlangsung di Auditorium KAED, UIA, Gombak.


IMG_0645


Program ini mensasarkan 500 orang peserta, namun yang hadir adalah seramai 600 orang peserta, dewan penuh hingga kami perlu menambah kerusi.


IMG_0708


Barisan penyampai yang diketengahkan ialah Ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya Dr Farhan Hadi, Ustaz Pahrol Md Juoi, Ustaz Nur Muhammad Jamil, Bro Syarief dan saya sendiri. Ameen Misran of LangitIlahi turut membuat penampilan istimewa apabila mempersembahkan kreativiti beliau dengan ‘spoken words’ bertajuk “Are We In Love?”



 


YouthACE 2014


Jika tahun 2013 kami bermula dengan TeenACE 2013, tahun 2014 menyaksikan yang program itu dijenamakan semula sebagai Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2014. Kami mengubahnya kerana kami berpendapat bahawa ‘Youth’ itu lebih menyeluruh kepada sasaran utama kami, yakni generasi belia. Bila disebut Youth, mereka yang berumur 25 ke atas pun akan terpanggil untuk hadir.


10 5


Tema YouthACE 2104 adalah “Pemuda & Perubahan”.


Program ini adalah program terbesar yang berjaya kami usahakan. Kehadiran seramai 1500 orang peserta, dan pesertanya ada yang datang dari Perlis, dari Johor, dari Sabah dan dari Sarawak. Bahkan ada juga peserta yang datang dari Brunei dan Singapura. Rata-rata peserta adalah belia yang berusia 20 tahun ke atas. Pun begitu, ada juga pelajar sekolah menengah yang hadir, tak terkecuali mereka yang bertaraf ibu bapa. Bahkan kami mendapat makluman bahawa ada peserta yang merupakan pensyarah di universiti. MasyaAllah.



 


 


7 8


Barisan penyampai yang kami utarakan ialah saya sendiri, Dr Baharuddin Suri, Ustaz Syaari Rahman, Dr Maszlee Malik, Dr Azizan Ahmad, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, Aiman Azlan dan Rusni Tajari. Membuat penampilan istimewa dengan vlog khas di YouthACE 2014 ialah Qawiem Khairi, Anwar Hadi, Aisyah Syakirah, dan Ulwan Mokhtar. Datang melaksanakan persembahan mantap bagi menghiburkan para peserta YouthACE 2014 pula ialah Kumpulan Mirwana dan Mr Bie.


1 3


Program ini mendapat respon yang sangat positif, dan telah trending selama 2 hari di  Twitter Malaysia.


Dengarkan respon daripada para peserta:



 


 


Apa Yang Akan LangitIlahi Usahakan Seterusnya?


Selain kepada meneruskan penganjuran seminar, terutama YouthACE yang kini kami putuskan bakal diadakan setahun sekali insyaAllah, kami juga akan mula melebarkan fokus terhadap perkara-perkara berikut:


-          Tim Volunteers LangitIlahi


Dengan kegencaran penganjuran seminar dan program, kami telah menubuhkan Tim Volunteers LangitIlahi. Tim ini sebenarnya telah bergerak secara tidak rasmi semenjak Seminar Untuk Kita Pendosa lagi, namun ditubuhkan secara rasmi selepas YouthACE 2014.


10272512_885862994763308_7029944788778551807_o


Tim ini ditubuhkan adalah untuk memberikan ruang kepada anak-anak muda untuk menggerakkan program-program LangitIlahi. Kami juga bakal memperkasakannya dengan menyusun perjumpaan bulanan, dan kursus-kursus, serta program-program silaturrahim seperti rehlah tarbawi.


Harapan kami ialah, agar Tim ini bakal dapat menggerakkan sendiri program dengan tangan mereka, dengan idea mereka.


-          Memperkasakan LangitIlahi Community.


Sebelum ini LangitIlahi Community telah ditubuhkan dan dilancarkan di TeenACE 2013. Namun selepas itu oleh kerana tidak dapat terlalu memberikan fokus, maka ianya agak terbengkalai. Tetapi LangitIlahi Community itu sendiri adalah sebuah cita-cita, justeru kami komited hendak merealisasikannya.


li comu


LangitIlahi ingin menghidupkan semula LangitIlahi Community dan memperkasakannya dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Keahlian akan diambil bermula daripada Tim LangitIlahi dan Tim Volunteers LangitIlahi itu sendiri. Kemudian insyaAllah kami akan membukanya kepada orang awam.


Antara hajat saya, LangitIlahi Community ini bukan sahaja dapat menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti kebajikan kepada masyarakat, tetapi juga dapat membuka kelas-kelas percuma untuk mereka yang dahagakan ilmu serta pada masa yang sama dapat membina hubungan erat sesama ahlinya sendiri.


-          Akademi LangitIlahi


LangitIlahi juga bakal menubuhkan LangitIlahi Academy, sebuah cabang yang memberi fokus kepada pembinaan potensi-potensi baru. Cadangannya awal-awal ini, kami akan fokus pada medan penulisan dan lukisan. Kami akan mengambil 10 pelajar pada setiap medan kebolehan. Cadangannya untuk bermula pada September 2014.


Mereka ini akan menjadi pelajar LangitIlahi Academy selama setahun, kemudian selepas menjalani sesi-sesi pembelajaran dan latihan secara online, mereka akan diminta menyiapkan manuskrip masing-masing untuk diterbitkan oleh syarikat penerbitan. Jika berjaya, mereka dikira sebagai pelajar cemerlang.


li academy


Paling tidak pun, jika tidak berjaya diterbitkan, sekurang-kurangnya setahun itu para pelajar sudah dilengkapkan dengan pengalaman dan latihan yang cukup untuk terus mengembangkan potensi masing-masing.


Itu adalah antara apa yang LangitIlahi akan usahakan ke hadapan ini insyaAllah. Selain itu, kami komited untuk terus menganjurkan seminar, dan sebolehnya kami berusaha untuk mengurangkan yuran seminar kami, memandangkan kehidupan sudah semakin mahal, agar masyarakat tidak merasa sukar dan sesak untuk menuntut ilmu.


 


LangitIlahi Akan Terus Berkembang


Mungkin ada orang yang melihat ini semua sekadar sebuah bisnes kewangan. Saya pula memang memandang ini semua sebagai bisnes. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa Dia ingin berbisnes dengan hamba-hambaNya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah As-Sof ayat 10-11.


Bila orang tanya apa bisnes LangitIlahi? Saya sentiasa akan menjawab, bahawa bisnes sebenar LangitIlahi ialah ‘mencetak manusia’. Dari kosong kepada sesuatu, daripada tak punya apa-apa kepada mempunyai sesuatu untuk memberikan manfaat kepada masyarakat. Itu fokus saya, itu fokus kami.


li logo


LangitIlahi ini akan terus berkembang insyaAllah.


Dengan doa dan sokongan anda semua, dengan izin dan rahmat daripada Allah, insyaAllah, LangitIlahi ini akan terus berkembang.


Mohon doa.


Mari Menjadi Hamba!


 


 


The post Umum: Program-program Yang Telah Dilaksanakan LangitIlahi appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2014 22:25
No comments have been added yet.