“Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan.” (HR Abu Qatadah)
Dalam tulisannya “Renungan di Tahun Baru”, Imam Hasan al-Banna mengingatkan kita akan ayat Allah:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (3:135–136)
Beliau juga mengingatkan akan hadis Nabi SAW:
“Semua anak Adam pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat.” (HR Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah, Hakim & Darimi)
Semoga setiap hari kita lebih baik daripada yang semalamnya, dan esok lebih baik daripada hari ini.
“Inilah hembusan angin penerimaan taubat yang dengan lemah lembut menerpa wajah tahun baru yang molek dan indah. Inilah cahaya hidayah yang memancar bersamaan dengan terbitnya bulan sabit yang cerah dan indah.” – Hasan al-Banna
Selamat Tahun Baru 1435H.
Published on November 04, 2013 16:45