Umum: Menjadi Kolumnis LangitIlahi.Com – Saringan 1
Assalamu’alaikum.
Dengan ini saya, Muhammad Hilal Asyraf, selaku pengasas dan pemilik kepada Website pembangunan minda dan rohani – LangitIlahi.Com mengumumkan bermulanya proses saringan pertama untuk memilih kolumnis baru di LangitIlahi.Com, menambah barisan kolumnis yang sedia ada.
Kami mencari:
Tiga orang penulis.
Tiga orang pelukis komik.
Dua orang pereka poster.
Seorang vlogger.
Seorang penasyid.
Terbuka kepada semua umur, juga kepada lelaki dan perempuan.
Sekiranya anda berminat, maka anda hendaklah melalui saringan pertama dengan memberikan kepada saya item-item berikut:
Item pertama: Biodata penuh -
- Gambar diri anda, high definition sebaiknya.
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- status diri
- Pengajian/Kelulusan/Pekerjaan
- Alamat terkini
- Nombor perhubungan
- Pencapaian: *jika ada
Item kedua: Contoh persembahan -
Requirement(setiap individu pilih satu sahaja).
- Penulis: Dua artikel/cerpen(minimum 3ms, maksimum 5ms, font callibri, size 11, single spacing)
- Pelukis: Dua komik(setiap satu komik,1ms)
- Vlog: Dua episod Vlog(tidak kurang dari 5min, tidak lebih dari 7min) yang diupload ke youtube secara berasingan – berikan link.
- Penasyid: Dua nasyid yang diupload ke Youtube secara berasingan – berikan link.
- Poster Designer: Empat Poster
Item ketiga: Jawab soalan berikut -
1 – Dari mana kenal LangitIlahi?
2 – Berapa lama mengenali LangitIlahi?
3 – Apa cita-cita anda di dalam hidup ini?
4 – Berapa karya Hilal Asyraf yang telah dibaca?
5 – Mengapa hendak menyertai kolumnis LangitIlahi?
6 – Sejauh mana anda mampu memberikan komitmen untuk menghantar karya ke LangitIlahi.Com? (berapa kali sebulan).
Hantar tiga item ini ke email hilalasyraf@langitilahi.com sebelum 25hb Oktober 2013.
Sekiranya anda berjaya melepasi saringan pertama ini, anda akan menerima reply daripada saya sendiri – Hilal Asyraf – pada 1hb November 2013, dan akan menerima arahan untuk saringan kedua pula. Saringan kedua hanya akan terbuka untuk mereka yang melalui saringan pertama sahaja. Harap maklum.
Selamat berjaya.
Mari Menjadi Hamba!
————————————–
Kepada yang berhajatkan gaji daripada tugasan menjadi Kolumnis LangitIlahi.Com ini, sila lupakan untuk memasuki saringan ini.
Peluang ini dibuka hanya untuk mereka yang ingin menyumbangkan bakat mereka kepada audiens yang lebih ramai, agar ianya dapat menumpahkan manfaat yang besar kepada ummah.
Kolumnis yang terpilih tidak dijanjikan apa-apa ganjaran berbentuk wang, selain kebersamaan dalam bekerja, saling lengkap melengkapi antara Team LangitIlahi, dan medan untuk meluahkan potensi yang ada.
Sekian, harap maklum.