Minggu lepas saya memandu ke Pasar Seni dan Pudu. Satu ativiti yang memang selalu saya elakkan. Ya, saya memang tidak pernah memandu menuju ke kedua-dua destinasi tersebut. Tersesat pernah. Berkereta pun pernah, tapi dipandu orang lain. Tapi oleh kerana keperluan, saya redahkan saja.
Selepas menjemput tetamu di KL Sentral, saya pun membawa haluan ke Pasar Seni. Memasuki kesesakan di Jalan Hishamudin, Jalan Petaling dan yang sekitarnya itu membuka mata saya kepada beberapa perkara. Dalam sesak...
Published on September 25, 2013 05:27