Nur dan Hisyam special post 2

pstt... Saya terharu, rupanya ramai yang menanti Nur dan Hisyam ini. terima kasih kerana sudi membacanya.... Jom kita baca kisah sweet muit mereka ni... 

“Abang, esok kak Ayu, roommates Nur nak datang berbuka puasa bersama, boleh tak?” Tanya Nur. Sebenarnya dia serba salah, memang dirasakan tidak wajar mengundang tetamu ke teratak kecil mereka, tetapi perasaan kasihan mengatasinya. Kasihan dengan kak Ayu yang berbuka seorang diri tanpa keluarga di sisi. Nur boleh memahami perasaan kak Ayu itu. Jadi apabila kak Ayu menghubunginya untuk bertanya khabar dan bila mendengar lirih suaranya membuatkan Nur tanpa berfikir panjang mengajaknya berbuka bersama-sama.“Abang… Nur minta maaf sebab terlanjur ajak dia datang berbuka di rumah kita. Kasihan dia bang, berbuka puasa sorang-sorang. Kak Ayu tu anak yatim piatu,” sambung Nur lagi setelah melihat suaminya terdiam tanpa memberikan jawapan. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia meminta kebenaran daripada suaminya terlebih dahulu.Hisyam senyum sambil menarik Nur rapat kepadanya.“Boleh. Abang tak ada masalah jika dia datang berbuka bersama-sama kita. Tadi abang terfikir, elok juga abang ajak kawan abang datang berbuka sekali. Tentu lebih meriahkan?”“Betul ni? Elok juga. Boleh Nur kenal dengan kawan abang. Kawan abang dah kahwin kan?”“Iya sayang, takkanlah abang nak ajak kawan bujang pulak. Tak kena.” Nur tersenyum. Selesai masalah. Tapi…. Baru dia teringat. Wajahnya serta merta muram.“Eh kenapa pulak ni?”“Abang… Nur nak masak apa nanti? Bukannya Nur pandai masak pun. Kalau tak sedap buat malu abang je,” rintih Nur. Dia baru sahaja berjinak-jinak di dapur. Setakat buat sambal telur, sayur goreng dan masakan simple lainnya bolehlah. Tapi takkanlah hendak hidangkan menu tersebut. Tak istimewa langsung.Hisyam tersengih melihat wajah cemberut isterinya. “Esok abang yang jadi chef. Sayang jadi assistant abang je…”“Abang pandai masak ke?” Soal Nur terkejut. biar betul abang ni.Selama mereka berkahwin, tak pernah dia merasa air tangan suaminya. Setiap kali Hisyam ingin membantunya di dapur, dia melarang. Dapur adalah wilayahnya. Jadi suaminya tidak boleh masuk campur walaupun makanan yang di masak tidak sesedap masakan umi di kampung.Hisyam tersenyum-senyum. Ya sejak mereka berkahwin, dia tidak pernah memasak ketika isterinya berada di rumah. Tapi dia selalu memasak dan menghantarnya kepada Nur ketika isterinya berada di kolej.  Isterinya saja yang tidak tahu malah Nur tidak pernah bertanyanya. Jadi dia pun tidak pula terasa ingin memberitahu hal tersebut kepada permaisuri hatinya itu.“Sayang tak percaya abang boleh masak?” Soalnya ingin menguji. Nur mencebik. Tidak tahu hendak jawab apa. Lagipun memang selama ini tak pernah suaminya masak pun.“Tak tahu. Abang tak pernah masak pun selama ini.”“Ermmm… siapa yang tak kasi abang masuk dapur selama ni? Tak dapat abang nak tunjukkan terrornya abang masak.” Nur tersengih. “yelaa tu. Jadi abang nak masak apa esok?”Hisyam membalas senyuman Nur seraya menariknya rapat ke sisi. Ya Allah, aku sayang sangat kepada isteriku ini. Terima kasih allah di atas kurniaan ini. “Nasi arab.”Cerah mata Nur mendengarnya. Baru semalam dia termimpikan makan nasi arab apabila melihat rancangan chef Amar, memasak dengan hati memasak dengan iman itu. Nampak sedap dan menyelerakan. Apatah lagi dia belum pernah merasainya.“Sayang abang,” sebuah ciuman hinggap di pipi kanan Hisyam.“Abang tahu sayang memang sayangkan abang sejak dulu lagikan?” usik Hisyam nakal. “Tapi kenapa tiba-tiba mengaku sayang ni?” Sambung Hisyam lagi. Dia tahu isterinya jarang sangat menunjukkan rasa hatinya. Dia lebih suka memendam perasaan. Biasalah kaum hawa telah dijadikan oleh Allah s.w.t penuh dengan sifat pemalu. Kerana sikap pemalu ini menjadi benteng yang menahan diri mereka daripada melakukan sesuatu yang mengaibkan diri sendiri. Sebab itulah malu itu sebahagian daripada iman.“Sebab abang sentiasa tahu apa yang Nur nak…. Macam abang boleh baca hati Nur. Tak perlu cakap pun, abang macam tahu-tahu je” Akui Nur. Bukan sekali. Dulu dia agak kebetulan sahaja tapi apabila berkali-kali seperti ini, Nur akur, apa yang dia rasa turut sama dirasai oleh suaminya. Bagaikan jiwa mereka satu. Dapat merasai apa yang dirasai antara satu sama lain.Tanpa kata Hisyam menarik rapat Nur ke dadanya. Mana mungkin dia tidak dapat merasai apa yang dirasakan oleh isterinya yang manja ini. Rasa cinta ini telah lama wujud di hatinya. Cuma dulu dek ingin menambat perhatian, dia menjadi nakal sedikit. Namun tidak pernah sesekali hatinya terlupakan siapa Nur di hatinya.“Maksud Nur?” Tanya Hisyam inginkan kepastian. Nur diam seketika, disulam jemarinya dengan jemari kasar milik Hisyam. Malu pun ada hendak berterus terang ni. Yelaa dulu benci, sekarang ni dah sayang sangat. Tanpa suaminya di sisi, hidup terasa kosong tanpa cahaya.“Abang jangan gelak ya? Janji dulu?” Berkerut dahi Hisyam mendengar kata-kata isterinya itu.“Kenapa abang nak gelak pulak?” Tanya Hisyam hairan. Belum cakap lagi dah kena warning. Kelakar sangat ke apa yang hendak diberitahu ni?“Sebenarnya…. Semalam Nur mimpi makan nasi arab yang macam Cheff Amar masak tu. Tak sangka pulak esok abang nak masakkan,” jelas Nur perlahan. Dia tunduk. Malu menatap wajah suaminya. “Sebelum tu, Nur rasa rindu sangat kat umi dan abah. Esoknya abang terus minta Nur bersiap dan balik kampong walaupun masa tu cuti hujung minggu je. Dan selalu je apa yang Nur terlintas nak makan, mesti tidak petang atau pun esoknya abang dah bawakan untuk Nur biarpun Nur tak pernah minta. Macam, abang boleh tahu apa yang Nur nak. Tak perlu cakap,” terang Nur panjang lebar.Semakin Hisyam mengeratkan pelukannya.
“Itulah yang dinamakan chemistry sayang…. Alhamdulillah keserasian kita akan membawa bahagia hingga ke pintu syurga.” Bisik Hisyam. Tidak perlu dia berkata-kata lagi sebab apa yang dirasakan oleh Nur ketika ini turut dirasainya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2013 19:13
No comments have been added yet.