Nur dan Hisyam special post 3
      2nd last ya... 
“Wah sedapnya bau, pandai ustaz masak,” tanpa malu Ayuni meluru ke dapur setelah pintu dibuka. Dia tahu Hisyam yang sedang memasak apabila melihat Nur di muka pintu. “Ustaz masak apa?” Ramah mulutnya bertanya.Hisyam tidak selesa dengan tindak tanduk Ayuni yang sengaja merapatkan dirinya. Walaupun berbaju kurung dan bertudung labuh, tidak menutupi sikap bersahaja tanpa malu itu. Nur terkesima melihat tingkah laku kak Ayu yang agak luar biasa itu. Biasanya kak Ayu seorang yang bersikap pemalu dan tidak banyak bercakap dengan lelaki ajnabi. Tetapi kenapa situasi di hadapannya bukan seperti yang selalu dilihat. Kak Ayu nampaknya teramatlah mesra dengan suaminya. Mereka berdua telah kenalkah? Ada persoalan menujah hatinya. Ada rasa ingin tahu membuak di dalam dadanya.“Sayang, tolong hulurkan rempah yang telah abang bancuhkan tu,” pinta Hisyam setelah melihat Nur tercengang di belakangnya.“Ohh yang ini ke ustaz?” cepat sahaja Ayuni mencapai semangkuk rempah di atas meja di belakangnya. Terhenti langkah Nur yang mahu menghampiri suaminya. Dapur yang tidak berapa luas ini terasa sempit. Dadanya sesak dan tubir matanya hangat. Badannya turut panas melihat kelakuan Kak Ayu yang luar biasa itu. Sakit yang bermula di hati terasa menjalar ke seluruh tubuhnya. Tidak pernah dirasakan kesakitan ini sebelum ini. Cepat – cepat dia mengucap, dipalingkan wajah dan mahu berlalu dari situ.“Nur, nak ke mana tu? Tolong abang kacau ni jap,” cepat-cepat Hisyam bersuara apabila perasan isterinya mahu berlalu dari situ. Wajahnya usah dicakap. Masam kelat. Ayuni yang sedang tersenyum pun tidak dibalas. Hisyam dapat merasakan isterinya tidak menyenangi situasi tersebut. Mujurlah Nur tidak cepat melatah walaupun di dalam hati ada api yang semakin marak.“Sabar, Abang sayang sangat isteri abang ni,” bisik Hisyam apabila mendekati isterinya yang sedang tercegat itu.Ayuni pura-pura tidak melihat Hisyam membisikkan sesuatu di telingan Nur. Api cemburunya menyala-nyala di dalam hati. Suatu hari nanti, dia juga akan merasai apa yang dirasai oleh Nur itu. Hisyam akan ditawannya dan akan menjadi milik mutlaknya. Tak lama lagi, biar padan muka perampas itu, bisik hati jahatnya.Hisyam tergesa-gesa meninggalkan dapur sambil jarinya mencari nama Azrul. Situasi di dapur amat tidak disenanginya. Keberanian Ayuni membuatkan dia sesak nafas dan beristiqfar panjang. Apa sudah jadi dengan gadis itu? Terlalu lepas bebas tingkah lakunya walaupun berpakaian sopan. Seriau dibuatnya. Nasib baik Nur tenang walaupun nampak sangat perubahan pada wajahnya. Dalam diam dia tersenyum bangga, Nur semakin matang dan tidak mudah melenting lagi. Dia nampaknya lebih sabar dan tabah.“Assalamualaikum, Azrul. Anta di mana sekarang?”“Waalaikumussalam. Dalam sepuluh minit lagi ana sampai, kenapa?”“Alhamdulillah.. bawa kereta baik-baik. Rumah ana ni terasa panas sikit sekarang ni. Ana harap anta cepat sampai,” Ujar Hisyam. Seketika kemudian dia memberi salam.“Ustaz, gulai atas dapur ni sudah boleh tutup ke?” Nyaring suara Ayuni bertanya dari dapur. Segera Hisyam menjenguknya. Mana Nur? Hanya terdapat Ayuni di situ dan Hisyam terus terhenti langkahnya. “Tunggu lima minit lagi, baru tutup apinya,” arah Hisyam dan ingin berlalu.“Sayur-sayur ni nak buat apa, Ustaz?” Ayuni ramah bertanya. Jika boleh dia ingin Hisyam berlama di situ bersamanya. Inilah yang diharapkan, seperti suami isteri bersama-sama menyediakan makanan untuk berbuka. Hisyam tidak menjawabnya, dihala langkah kakinya menuju ke bilik tidurnya. Dia yakin isterinya berada di situ. Ditolak pintu perlahan dan wajah Nur yang muram ditatapnya. Hisyam faham. Situasi di dapur amat tidak disenangi oleh isterinya. Bahkan dia juga tidak sanggup berlama-lama di situ. Namun kerana hormatkan tetamu mereka, didiamkan sahaja.“Sayang….” Diambil tempat di sebelah Nur di birai katil.Nur tunduk, jari-jemari menyeka air matanya sendiri.“Abang kenal kak Ayu tu? Siapa dia bang? Kekasih abang ke? Kenapa dia berperangai pelik macam tu?” Soal Nur bertalu-talu. Hisyam diam sambil jari-jari mengambil alih tugas menyapu air mata di pipi isterinya. “Abang kenal dia ketika belajar.Abang kenal dia pun sebab dia merupakan adik angkat isteri kawan abang. Hanya kenal nama dan pernah bersua ketika kawan abang menjemput abang ke rumahnya.” Tidak pula diberitahu perkara sebenarnya. Hisyam tahu sangat hati isterinya yang mudah tersentuh ini.Nur diam dan menunggu suaminya menyambung kata. Beberapa minit dia menunggu, namun Hisyam tidak juga bersuara. Jadi diangkat wajahnya untuk melihat wajah suaminya. Saat mereka bertentang mata Hisyam bersuara “ kekasih abang dulu dan kini ada di hadapan abang sekarang ni. Tiada yang lain. Dialah yang ke empat yang paling abang sayangi dan cintai selepas Allah, rasul-NYa dan kedua ibu bapa abang.” Nur terpegun di dalam renungan kasih suaminya. Kelu lidahnya. Air matanya telah berhenti mengalir. “Assalamualaikum…..” terdengar suara memberi salam.“Mari kawan abang dah sampai tu.”Nur yang terpegun itu, serta merta merah wajahnya. Lama dia hanyut di dalam renungan suaminya. Hisyam seringai…
“Abang keluar dulu…”
    
        Published on July 24, 2013 22:34
    
No comments have been added yet.