PANTUN 4 KERAT
PANTUN:Belia 1Malaysia Menjana WawasanSMAHADZIR
Bunga peria di atas sampan,Dahan gedangsa bersilang-silang;Di tangan belia terletak harapan,Membawa nusa ke mercu gemilang.
Cahaya suria menyinar biara,Tolang teguh pasak terbebat;Generasi belia harapan negara,Imannya kukuh mindanya hebat.
Kelopak dahlia berseri warna,
Penyeri hiasan puteri tempawan;
Generasi belia pengukuh wahana,Teras landasan agenda perpaduan.
Long Pasia jalan berbatu,Anak haruan tepian angsana;1Malaysia belia bersatu,Tugu perpaduan kukuh terbina.
Pohon mengkudu tinggi melampai,Bilah mengkawan dilanggar rusa;Belia sepadu wawasan dicapai,Menjana perpaduan pengukuh nusa.
Dahan melantur tersekah luruh,Jatuh di perdu menimpa batu;Biar guntur menghambur geruh,Semangat berpadu belia bersatu.
Gadis Pagoh berkebaya labuh,Duduk bersila di teduhan sena; Bersatu teguh bercerai roboh,1Malaysia gagasan dibina.
Tepian biara pohon pulasan,Kelopak dahlia di atas papan;Aspirasi negara mencapai wawasan,Di tangan belia terletak harapan.
Tali tangsi pengikat lada,Anak bersia terkena pukat;Nilai aspirasi kukuh di dada,1Malaysia pasti tercegat.
Bunga dahlia jangan dibuang,Buat tatapan puteri pangeran;Membina belia bersemangat juang, Sanggup berhadapan pelbagai cabaran.
PANTUN:Bangsa Berilmu Bangsa BerjayaSMAHADZIR
Pohon jambu tumbuh di paya,Bunga tualang seharum setanggi;Bangsa berilmu bangsa berjaya,Maruah terjulang di puncak tinggi.
Bawa jerami dengan pengandar, Biji cemara tersebar merata;Pendidikan difahami wasangka terhindar,Kukuhlah negara Malaysia tercinta.
Subur tualang di tanah rata,Hinggap di dahan burung pekaka;Mantap cemerlang pendidikan kita,Nadi keutuhan negara merdeka.
Burung gagak terbang bergaya,Mentari redup berona gangsa;Pendidikan tonggak negara berjaya,Penyuluh hidup sepanjang masa.
Bunga semambu semerbak mewangi,Di atas ranting melekat sialang;Warga berilmu martabatnya tinggi,Aset terpenting negara gemilang.
Menjaring ikan di Tasik Gedangsa,Melekat sialang di dahan delima;Dunia pendidikan membina bangsa,Peribadi cemerlang matlamat utama.
Hinggap kelkatu di dahan senduduk,Kemboja subur tepian pangkalan;Ilmu itu penyuluh hidup,Laksana obor penerang jalan.
Daun sugi dibuat jamu,Bunga tanjung di hujung laman;Tidak rugi orang berilmu,Dijulang dijunjung sepanjang zaman.
Burung kenari di rumah tetamu,Mencari makanan di dahan angsana;Bangsa dikenali kerana ilmu,Jadi cerminan seantero buana.
Pohon sena di tanah lanar,Akar keduduk disayat-sayat;Ilmu laksana jamung bersinar,Memandu hidup sepanjang hayat.
PANTUN 3Budi Bahasa Pusaka BerzamanSMAHADZIR
Besi kersani bersepuh gangsa,Tegak dipacak tidak dihalang;Nilai murni budaya bangsa,Maruah di puncak tinggi menjulang.
Gurindam dan pantun indah berseni,Bunga gedangsa di hujung halaman;Sopan dan santun amalan murni, Berbudi bahasa pusaka berzaman.
Pohon kuini subur di tanjung,Jerami padi berbelak-belak;Nilai murni amalan disanjung,Asas peribadi insan berakhlak.
Kain kasa disinar suria,Anak Serani membela angsa;Budi bahasa amalan mulia,Negara harmoni rakyat sentosa.
Buah tepus berpangsa-pangsa,Kelopak dahlia berwarna-warni;Jika tandus budi bahasa,Tanda manusia tiada madani.
Batang padi dimakan rusa,Pokok seruntun dibebat sendalu;Indah peribadi kerana bahasa,Sopan santun diamal selalu.
Mawar berduri tinggi menjulang,Burung balam sayap berbintik;Nilai murni landas gemilang,Kelak tersulam bangsa yang cantik.
Bunga melati diseri rerama,Dahan meranti dipotong panjang;Saling menghormati tuntutan agama,Perpaduan terpatri nusa terjulang.
Batang jermal disayat-sayat,Tumbuh melata perdu mempelas;Integriti diamal sepanjang hayat,Melakukan tugasan sepenuh ikhlas.
Buah bidara di anjung rumah,Buah berembang dijeruk cuka;Tutur bicara perlu berhemah,Agar tiada hati yang luka.
PANTUN:Puisi Tradisi Warisan BangsaSMAHADZIR
Pohon terasi di hujung desa,Dedaun nangka jatuh ke laman;Puisi tradisi warisan bangsa,Menjadi pusaka zaman berzaman.
Dedaun nangka jatuh ke laman, Tersekah dahan di tanah rata;Menjadi pusaka zaman berzaman,Lambang kemegahan budaya kita.
Tersekah dahan di tanah rata,Sarang kelicap tepian taman;Lambang kemegahan budaya kita,Jangan lenyap ditelan zaman.
Sarang kelicap tepian taman,Lebah tualang di dahan markisa;Jangan lenyap ditelan zaman,Lestari terjulang maruah bangsa.
Dengung lelawi terbang di kuala,Masak di julai buah bidara;Puisi tradisi perkasakan semula,Khazanah bernilai milik negara.
Masak di julai buah bidara,Batu kawi dibuat acuan;Khazanah bernilai milik negara,Puisi tradisi wadah perpaduan.
Batu kawi dibuat acuan,Buatan tangan hiasan istana;Puisi tradisi wadah perpaduan,Di bawah naungan wawasan perdana.
Buatan tangan hiasan istana,Pucuk cemara menjulang angkasa;Di bawah naungan wawasan perdana,Negara sejahtera rakyat sentosa.
Pucuk cemara menjulang angkasa,Sayur sawi dicampur lada;Negara sejahtera rakyat sentosa,Puisi tradisi megah di persada.
Kain diberus di sisi kananCantik dasi bercorak rerama;Media harus mainkan perananSemua organisasi turut bersama
PANTUN:Nilai Murni Pengukuh NusaSMAHADZIR
Mawar berduri pinggiran kubur,Anak kancil mengejar angsa;Nilai murni dipupuk subur,Dari kecil hingga dewasa.
Perdu lada dimakan rusa, Dibungkus kasa di atas para;Kalau tiada budi bahasa,Pincanglah bangsa rosaklah negara.
Pelbagai jenis spesies kelisa,Subur menghiasi hujung biara;Senyuman manis ukirlah sentiasa,Agar harmoni seluruh negara.
Pokok duku di sudut halaman,Asam jawa berdahan rendah;Sabar menunggu untuk layanan,Tanda jiwa redha dan pasrah.
Berbaju kebaya cantik bergaya,Gadis srikandi berhati tabah;Bahasa dibudaya, gagasan diperkaya,Nilai murni penjana muhibah.
Dahan kuini bersilang-silang,Daun pegaga di atas sampan;Nilai murni di mercu gemilang,Di tangan warga terletak harapan.
Senandung mega disalut madah,Tolang teguh pasak terbebat;Semua warga berakhlak indah,Iman kukuh berminda hebat.
Kelopak seroja berseri warna,
Penyeri hiasan puteri tempawan;
Generasi remaja pengukuh wahana,Teras landasan agenda perpaduan.
Long Pasia jalan berbatu,Anak haruan tepian angsana;1Malaysia rakyat bersatu,Tugu perpaduan kukuh terbina.
Pohon mengkudu tinggi melampai,Daun kuini dimakan rusa;Warga sepadu wawasan dicapai,Nilai murni pengukuh nusa.
PANTUN:1Malaysia Wahana PerpaduanSMAHADZIR
Gadis Pagoh berkebaya labuh,Duduk bersila di teduhan sena; Bersatu teguh bercerai roboh,1Malaysia nilai murni dibina.
Dahan melantur tersekah luruh,Jatuh di perdu menimpa batu;Biar guntur menghambur geruh,Semangat berpadu warga bersatu.
Bunga dahlia jangan dibuang,Buat tatapan puteri pangeran;Membina warga bersemangat juang, Sanggup berhadapan pelbagai cabaran.
Pohon selasih subur di tanjung,
Dicampur ramuan buah bidara;Bahasa dikasih budi dijunjung,
Mencanai ilmu membina negara.
Pukulan tabuh warisan pusaka,
Senandung senja gemersik suara;
Wawasan dilabuh pencorak etika,
Akhlak mulia harapan negara.
Akar tolang panjang bersilang,
Gugus kuini diikat bergemal;
Warga cemerlang maruah terjulang,Nilai murni kukuh diamal.
Mekar menguntum molek hiasan,
Kering telaga malam purnama;
Idea dicantum teguhkan wawasan,
Nilai mulia asas utama.
Kantan dipagar tepian paya,
Julai panjang berbunga lesu;
Musuh berlegar meruntuh budaya,
Berani berjuang jangan membisu.
Tali tangsi pengikat lada,Anak bersia terkena pukat;Nilai murni kukuh di dada,1Malaysia pasti tercegat.
Tepian biara pohon pulasan,Daun pegaga di atas papan;Aspirasi negara mencapai wawasan,1Malaysia wahana perpaduan.
PANTUN:Permainan Tradisi Khazanah BerhargaSMAHADZIR
Pohon jejawi tumbuh berselerak,Akar merayap tepian biara;Permainan tradisi pernah bersemarak,Melebar sayap bumi Nusantara.
Dahan kuini dihinggap helang,Tanam sawi dijarak-jarakkan;Tetapi kini kian menghilang,Permainan tradisi sudah dilupakan.
Dahan bertindih pokok dedalu,Batu kawi berukir di tepi;Bagai pedih disayat sembilu,Permainan tradisi dipinggir sepi.
Cantik rerama dipuja ratu,Bagai gemala istana syurgawi;Mari bersama kita bersatu,Semarakkan semula permainan tradisi.
Pujangga merawi manisan dijamu,Kisah daeng kuat berzikir;Permainan tradisi permainan ilmu,Mampu bersaing di era mutakhir.
Pohon pauh pinggiran paya,Istana dewi tidak bertangga;Pancangkan teguh pilar budaya,Permainan tradisi khazanah berharga.
Ukiran kayu dijaga selia,Burung cecawi bersarang di bawah;Bangsa Melayu di persada mulia,Permainan tradisi penjana maruah.
Dahan gedangsa melekat sialang,Kandang kuda disekat-sekat;Pusaka bangsa jangan menghilang,Generasi muda pancangkan tekad.
Anak gahara bergurau senda,Lenggok berseni tarian randai;Biar prahara datang melanda,Permainan tradisi jangan digadai.
Emas ditawi serelong sawah,Hati sayu diamuk petaka;Permainan tradisi penegak maruah,Bangsa Melayu bentala merdeka.
PANTUN:Keris Melayu Penjulang MaruahSMAHADZIR
Jangan dimakan putik berangan,Buah gedangsa gugur di taman;Jangan lenyapkan keris di tangan,Pusaka bangsa zaman berzaman.
Bunga sendalu hiasan nyonya,Gadis bersila riang bersenda;Keris Melayu tinggi nilainya,Maruah bangsa jangan dinoda.
Harum setanggi di atas palang,Daun pala dimakan rusa; Julang tinggi di mercu gemilang,Tegakkan semula maruah bangsa.
Pohon papaya tepian halaman,Teruna dara asyik bersembang;Pancang budaya sejak berzaman,Seluruh Nusantara pernah berkembang.
Akar kayu dibuat tongkat,Daun mempelam ditiup bayu;Keris Melayu senjata hikmat,Citra keungggulan budaya Melayu.
Pohon kayu tumbuh berselerak,Akar merayap tepian biara;Keris Melayu pernah bersemarak,Melebar sayap bumi Nusantara.
Dahan kuini dihinggap helang,Pancang kayu dijarak-jarakkan;Tetapi kini kian menghilang,Keris Melayu sudah dilupakan.
Dahan bertindih pokok dedalu,Teras kayu berukir di tepi;Bagai pedih disayat sembilu,Keris Melayu dipinggir sepi.
Cantik rerama dipuja ratu,Bagai gemala istana syurgawi;Mari bersama kita bersatu,Julang semula keris Melayu.
Dedaun layu di atas para,Masak di kawah si gadis ayu;Keris Melayu khazanah negara,Penjulang maruah bangsa Melayu.
PANTUN:Lagu Asli Khazanah NegaraSMAHADZIR
Lebah tualang di dahan markisa,Biji barli di atas jemuran;Lestari terjulang pusaka bangsa,Lagu asli di pentas hiburan.
Biji barli di atas jemuran,Masak di julai buah bidara;Lagu asli di pentas hiburan,Khazanah bernilai milik negara.
Masak di julai buah bidara,Batu kawi dibuat acuan;Khazanah bernilai milik negara,Lagu asli wadah perpaduan.
Batu kawi dibuat acuan,Buatan tangan hiasan gangsa;Lagu asli wahana hiburan,Di bawah naungan wawasan bangsa.
Buatan tangan hiasan gangsa,Pucuk cemara menjulang angkasa;Di bawah naungan wawasan bangsa,Negara sejahtera rakyat sentosa.
Pucuk cemara menjulang angkasa,Sayur sawi dicampur lada;Negara sejahtera rakyat sentosa,Lagu asli megah di persada.
Jangan dimakan putik jejawi,Buah gedangsa gugur di taman;Jangan lenyapkan lagu asli,Pusaka bangsa zaman berzaman.
Harum setanggi di atas palang,Daun pala dimakan rusa; Julang tinggi di mercu gemilang,Tegakkan semula maruah bangsa.
Pohon papaya tepian halaman,Teruna dara asyik bersembang;Pancang budaya sejak berzaman,Seluruh Nusantara pernah berkembang.
Dedaun sawi di atas para,Masak di kawah si gadis ayu;Lagu asli khazanah negara,Penjulang maruah bangsa Melayu.
PANTUN:Belia Harapan NegaraSMAHADZIR
Pohon selasih subur di tanjung,
Dicampur diramu buah bidara;Belia dikasih harapan dijunjung,
Mencanai ilmu membina negara.
Pukulan tabuh warisan pusaka,
Beduk bergema gemersik suara;
Wawasan dilabuh pencorak etika,
Belia karisma harapan negara.
Akar tolang panjang bersilang,
Pinggiran segara luas saujana;
Belia cemerlang maruah terjulang,Tonggak negara kukuh terbina.
Mekar menguntum molek hiasan,
Harum dahlia malam purnama;
Idea dicantum teguhkan wawasan,
Kepada belia sasaran utama.
Kantan dipagar tepian paya,
Julai peria berbunga lesu;
Musuh berlegar meruntuh budaya,
Berjuanglah belia jangan membisu.
Merah kesumba mentari pagi,
Indah menghiasi seluruh kawasan;Ilmu ditimba semarakkan teknologi,
Jana inovasi impian gagasan.
Tinggi darjat bunga jambangan,Corak berbelak batang gedangsa;Budaya bejat diambil jangan,Rosak akhlak terhina bangsa.
Indah hiasan karangan dahlia,
Gugur kelopak tepian permatang;
Cegatkan wawasan impian belia,
Ilmu secupak jadikan segantang.
Mawar berduri tepian sangkar,Bunga dahlia kelopak berseri;Jauhkan dari perbuatan mungkar,
Generasi belia tunjang pertiwi.
Pohon hijau di tanah rendah,
Anak angsa berjalan ke pura;
Semua ranjau perlu diredah,
Menabur jasa membangun negara.
PANTUN:Tulisan Jawi Semarakkan SemulaSMAHADZIR
Pohon jejawi di jihad tenggara,Bunga kemangi di atas para;Tulisan Jawi laksana lantera,Pernah menerangi pelosok Nusantara,
Air berbani nampak bersisik,Kayu pangkalan pancang di taman;Tulisan Jawi khazanah klasik,Jangan biarkan ditelan zaman.
Batu kawi dibuat acuan,Acuan seramik hiasan astaka;Tulisan Jawi wadah perpaduan,Pelbagai etnik bentala merdeka.
Senandung kediri berhati sayu,Orang merawi di hujung kuala;Mantapkan jatidiri tamadun Melayu,Tulisan Jawi semarakkan semula.
Biola berbunyi bertali tangsi,Manik di baju kuat jahitan;Tulisan Jawi amat berpontesi,Untuk dimaju dan dipopularkan.
Subur di taman bayam dan sawi,Anak teritip di tengah sawah;Galakkan penggunaan tulisan Jawi,Langkah positif martabatkan maruah.
Anak helang terbang tinggi,Tinggi menjulang nampak berbalam;Subur gemilang tulisan Jawi,Biar cemerlang serata alam.
Molek hiasan mahligai dewata,Kencana dewi penuh di dada; Lestarikan warisan bangsa tercinta,Tulisan Jawi di mercu persada.
Berjurai kawi ayam juara,Hamba sahaya duduk di bawah;Tulisan Jawi semarakkan semula,Lambang budaya bangsa bermaruah.
Lebah tualang di dahan markisa,Dengung lelawi terbang di kuala;Lestari terjulang maruah bangsa,
Tulisan Jawi perkasakan semula.
Published on July 19, 2013 15:35
No comments have been added yet.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
