Setia Berdarah 3


Bab 3
SMS Suriani Suri sayang abang, percayalah cakap Suri, bang. Selama ni pun Suri tak pernah tipu abang. Suri dengan Nordin tak ada apa-apa hubungan. Aku Yang Suri merayu sangat ni kenapa? Suriani Kerana Suri takut abang marah. Aku Kita pun tak ada apa-apa hubungan, kan? Sekadar kawan biasa je kan? Suriani Jadi selama ni abang hanya anggap Suri ni kawan biasa je ke? Aku Kenapa sampai sekarang Suri asyik panggil saya ni ‘Abang’? Saya lagi muda dari awak, Suri. Suriani Usia hanya angka. Suri lebih menghormati abang.
Grrr…. Geram pulak aku duk baca mesej lalu dalam peti pesanan ni.  Tapi kenapa aku suka sangat undurkan masa silam? Semua dah berlalu, kenapa aku mesti biarkan rasa sedih membelah dadaku? Kenapa oh kenapa? Aku kan seorang lelaki, aku mesti kuat dan tak perlu aku hidup dalam kekecewaan seperti ini. Tapi bagi aku Suriani adalah segala-galanya. Perbezaan umur bukan halangan untuk kami bercinta. Tapi Nordin… badut tu selalu ganggu aku. Selalu ganggu hubungan aku bersama Suriani.“Kau dengan Suri ada apa-apa ke? Aku tengok sejak dua menjak ni kau dengan dia rapat semacam.” Tegur Fauzi ketika aku sedang jilat ais krim. Sedap pulak ais krim cokelat ni. Nyum nyum.Belum pun sempat jilatan kali kedua dan aku pun belum lagi menjawab pertanyaan tersebut, ais krim yang dipegang aku tu pun jatuh gara-gara ditolak. Aku tenung mamat yang berdiri d hadapan aku. Fauzi pun ikut sama melihat lelaki itu.“Berapa kali aku nak pesan, hah? Jangan ganggu Suri. Dia tu tunang aku! Faham tak?” Bentak Nordin sambil pegang kolar baju aku. Dia terus hanyun penumbuk. Debishhhh!!! Biadap!Sakitnya bukan kepalang. Aku rasa ada cecair yang mengalir pada bibirku. Cis! Berdarah. Berani dia tumbuk aku. Sewenang-wenang dia lukakan bibir aku. Aku tepis tangannya. Dia balas balik. Dia nak tumbuk muka aku lagi. Dia ingat muka aku ni alat latihan tinju ke? Celaka betul si Nordin ni. Sekiaranya aku terus menerus bersikap pengecut, takut pula nanti dia berterusan membuli diriku.Oleh kerana aku berbadan kecil, maka dengan mudah dia memperlekehkan diriku ini seolah-olah aku insan yang benar-benar lemah. Nordin berkerut dahi dan merenung aku sedalam-dalamnya. Renungan dia penuh dengan dendam dan benci. Dia mendengus geram. Tangannya digenggam kemas dan mahu menerkam ke arahku yang langsung tidak bersedia menghadapi situasi tegang ini.“Kenapa kau pukul aku?!” Sempat lagi aku bertanyakan soalan yang sudah aku ketahui jawapannya. Aku dituduh menganggu hubungan orang lain. Aku ganggu hubungan Nordin dengan Suriani! Itu tidak benar! Aku tolak dia tapi dia sedikit pun tidak berganjak. Pada kesempatan itu, dia melabuhkan tangannya lagi ke pipiku. Aduh! Sakitnya. Terasa sangat bisa pukulan daripada Nordin mengakibatkan rahang aku seperti mahu tercabut sahaja. Wajah Nordin ketat semacam. Ini betul-betul serius.Kemudian dia pandang pula ke arah Fauzi yang sudah tercegat macam tiang bendera. Wajah Fauzi cemas bercampur pucat. Sewaktu dia sedang leka memerhatikan Fauzi, aku pun tumbuk muka dia. Aku balas! Fauzi bergegas dan tolak badan Nordin. Aku pun ikut tolak sama. Nordin berhadapan dengan kami berdua. Aku lap lagi darah yang mengalir. Aku rasa macam gigi aku goyang nak patah. Argh!!! Aku gosok sikit je rupa-rupanya gigi aku dah patah.“Gie, gigi aku patah.”“Kau patahkan balik gigi dia.” Saran Fauzi menambahkan lagi rasa amarah aku terhadap lelagi bedebah di hadapan aku sekarang ini.“Ingat aku takut ke?” Nordin longgarkan tali lehernya. Dia terus hulurkan tangan gaya orang nak bertinju lagi. Aku ni malas nak cederakan orang. Alang-alang aku pun dah tercedera. Aku pun tengok belakang dia. Aku tak nampak apa-apa pun tapi aku sengaja tunjuk dengan jari telunjuk aku ni.“Suri datang!” Kataku sambil tunjuk ke arah belakang Nordin. Ketika Nordin cuba menoleh, aku terus tendang! Aku tendang sekuat hati kat tempat tu! Padan muka kau sial! Maki aku dalam hatiku sekeras-kerasnya.“Sial!” Marah Nordin yang terus terjelepok ke lantai tempat aku dengan Fauzi selalu lepak ketika waktu rehat tengah hari.“Lari Man!” Arah Fauzi. Aku pun ikut langkah Fauzi.“Hoi budak hingusan!” Pekik Nordin dan aku buat tak layan.Pada kejadian itu Nordin semakin memusuhi aku. Kalau dia mandul sekalipun apa aku peduli? Gigi aku dah patah! Nasib baik dah patah! Aku pakai gigi palsu tau tak? Aku pakai gigi ni bertambah haru. Nak makan pun susah, nak kunyah benda keras pun payah. Sengsara tahu tak? Bukan sebatang tapi dua batang yang patah. Fauzi hanya bersimpati sahaja dan tak mampu buat gigi aku tumbuhkan kembali.Aku tarik nafas dalam-dalam. Semuanya datang semula menjarum di otak aku ni. Apa yang berlaku mencucuk tajam. Sakitnya kepala aku ketiak bayangangan hitam putih itu menjelma. Kisah di antara aku dan Suri belum berakhir. Nordin masih menganggu. Itulah yang berlegar di benakku.Akan aku kesali kalau memaksa diri tapi aku mesti singkirkan Nordin lalu aku mencari akal untuk bebaskan diri aku dari belenggu kekecauan jiwa. Nordin telah menjadi aku musuh ketatnya. Seorang lelaki berusia 30an memusuhi remaja berusia 23 tahun seperti aku. Suriani pula, gadis cantik berusia 25 tahun. Dia layak menjadi kakakku tetapi dia lebih memilih aku untuk jadi kekasihnya.
Kalau kita tersenyum, kita tersenyum kerana kita bahagiaKalau kita senyum kerana menyembunyikan duka,Sebenarnya senyuman kita itu mengundang derita…
“Benar ke abang?”“Ya benar la Suri.” Jawabku.“Tapi Suri mahu hidup dengan abang…” Suriani merayu lantas melentokkan kepalanya di bahuku. Aku dan dia bersama menikmati panorama matahari terbenam.Hidup bersama aku yang tiada apa-apa? Aku sebatang kara. Aku tiada keluarga. Aku hanya hidup menumpang bersama Fauzi. Sejak dahulu lagi aku dibesarkan oleh keluarga angkat. Aku tak tahu siapa orang tua aku. Keluarga angkat aku pula maut dalam kemalangan jalan raya. Jadi aku tiada tempat untuk berkongsi segala suka duka. Aku rasa Suriani tak mampu.“Kenapa Suri tidak kembali pada Nordin?” Saran aku. Hakikatnya kalau Suriani kembali pada Nordin, baragkali kulit yang halus mulus itu sering dilukai. Nordin panas baran. Nordin bertindak tanpa kewarasan. Itu akan membuatkan hidup Suriani dan aku tertekan.“Dia terlalu mendesak.” Beritahu Suriani.“Bagaimana dengan awak, Suri? Awak pun selalu mendesak saya. Kenapa harus saya?” Soalku bersedia untuk berdiri. Suriani pula angkat semula kepalanya. Pertanyaan aku telah membuatkan dia rasa serba salah.“Kenapa sampai sekarang abang masih mempertikaikan cinta Suri untuk abang? Kenapa abang?” Suriani bangun dan berdiri di sebelah aku. Aku menarik nafas dan dia juga begitu turut sama menarik nafas. Aku lepaskan perlahan-lahan tetapi Suriani mengeluh lepaskan laju-laju. Pertanyaan Suriani itu sukar untuk aku jawab. Tiba-tiba sahaja badan terasa panas semacam. Tambah lagi bila terbayangkan wajah Nordin yang telah buat aku sengsara. Gigi patah, luka sana sini. Sampai bila aku mesti bersabar. Motosikal aku pula selalu jadi mangsa keadaan. Memang tidak adil. Nordin tu bersikap mengalahkan budak-budak. Nama sahaja Nordin orang berpendidik tinggi tapi otak kecil lebih teruk dari otak udang!Aku pandang Suriani yang tertunduk. Aku kuis dagunya. Aku tatap wajahnya sedalam-dalamnya. Aku mahu dia ceritakan siapa dirinya yang sebenar. Suriani, siapa kau? Dari mana kau datang, dan bagaimana kisah cinta kau bersama Nordin bermula? Aku teringin tahu dan pertanyaan itu terbuku di hati.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2013 01:07
No comments have been added yet.


Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.