Error Pop-Up - Close Button Must be signed in and friends with that member to view that page.

Komik: Benarkah C.I.N.T.A?

sayangku Rasulullah


 


Antara faedah berselawat adalah:


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda;


“Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat


nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu..”


[HR Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban]


 


dan lagi..


Dari Anas r.a bahawa Nabi s.a.w., bersabda;


“Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu


pada hari qiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah


orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia..”


[HR al-Baihaqi]


 


dan lagi..


Dari Ibn Mas’ud r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda;


“Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah


orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.”


[HR Tirmizi]


 


dan banyak lagi!!


Tak ambil masa yang banyak pun untuk berselawat.

dimana2 tak kira masa..

sambil tunggu pensyarah datang, sambil duduk tunggu bas, sambil berehat.. pun boleh.


Ayuh! sama-sama; saya dan teman-teman semua..

untuk perbanyakkan selawat kita.

Salam maulidur rasul. Sollu ‘alan Nabiyy.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2013 08:19
No comments have been added yet.