PRASANGKA TERHADAP GUAN ENG SEMAKIN BURUK

hubungan dengan Lim Guan Eng (tengah) dan isterinya, Betty
Chew (kanan) yang didakwa menyebabkan dahinya 'berplaster" TERKINI: Ketidak hadhiran Ng Phaik Kheng yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam suatu majlis jamuan makan malam di Chung Ling High School Ahad lalu telah menimbulkan prasangka yang lebih mendalam di kalangan hadhirin.
Ini adalah oleh kerana majlis itu dihadhiri oleh Guan Eng dan isterinya Betty Chew. Ng dijangkakan akan menjadi sebagai juruacara pada malam itu tetapi digantikan oleh dua orang pelajar.
Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyeru Ng supaya tampil kehadapan untuk mendedahkan hal sebenar berhubung dengan tuduhan terhadap dirinya untuk menghilangkan keraguan ramai, demikian di laporkan oleh NST 10 Julai.
Sebelum ini di laporkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kebingungan kenapa beliau dan isterinya pula dikaitkan oleh Betty, isteri Guang Eng dengan kes skandal suaminya dengan Ng Phaik Kheng.
Beliau memberithau media pada 8 Julai selepas debatnya dengan Guan Eng ,"Cukup mudah bagi Guan Eng untuk membersihkan dirinya dengan hanya membuat penafian. Kenapa beliau tidak berbuat demikian."
Dr. Chua berkata" It has nothing to do with me and my wife.My advice is you solve your own problem with your wife and whoever concerned".Betty Chew Gek Cheng dalam menafikan hubungan sulit suaminya Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan seorang wanita bernama Ng Phaik Kheng, telah mengungkit skandal seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan meminta isterinya, Datin Seri Wong Sek Hin menasihatkan Soi Lek supaya memberhentikan kekejaman terhadap dirinya.
Sesiapapun yang membaca kenyataan ini dan melihat gambar Guan Eng di sebelah isterinya dalam suatu sidang akhbar, tidak dapat tidak, merasakan seolah-olah Betty memukul anak, sindir menantu.
Ia juga memberikan gambaran seolah-olah Betty memujuk dirinya sendiri, bahawa beliau bukan keseorangan dalam menerima nasib sedemikian, tetapi ada isteri orang lain juga yang senasib dengannya.
Kata Betty, isteri Soi Lek, Datin Seri Wong Sek Hin mungkin telah memaafkan suaminya, tetapi dia perlu nasihatkan suaminya bahawa, semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Soi Lek. Tidakkah ini merupakan campur tangan Betty dalam urusan rumah tangga orang lain?
Semua wanita Malaysia mesti ikut langkah Betty yang tidak mudah percaya cakap orang, sebaliknya memaafkan suaminya yang tidak bersalah. Dahi suaminya bertampal plaster bukan kerana dipukul olehnya seperti anggapan sesetengah orang, tetapi kesan digaru oleh suaminya sendiri. Barangkali Betty tak beritahu lebih dahulu suaminya,dia garu salah tempat.
Ini adalah suatu bukti yang cukup jelas, bahawa DAP bukan PAP dan Guan Eng pun tidak boleh mimpi mahu jadi macam Lee Kuan Yew.
Published on July 07, 2012 19:49
No comments have been added yet.
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
