MAKAN MALAM DI JIMBARAN
Selepas menyaksikan Tarian Kecak dan Api,kami dibawa ke Pantai Jimbaran untuk menikmati hidangan makan malam di RestoranSeafood Sunset. Jimbaran adalah tempat masyarakat tempatan dan juga parapelancong yang datang bercuti ke Bali menikmati sensasi makan ikan bakar dipinggir Pantai Jimbaran. Tempat ini disebut Jimbaran Seafood kerana semuamakanan laut yang ada di sini adalah hasil tangkapan nelayan tempatan.Nelayan-nelayan inilah yang menyokong dan mengisi keperluan makanan laut untukrestoran yang ada di sepanjang Pantai Jimbaran.
Jimbaran terletak di sebuah teluk yangdisebut Jimbaran Bay, tepatnya di Kampung Kedonganan. Kedonganan adalah namasebuah kampung nelayan di mana mata pencarian mereka adalah menangkap ikan disekitar Teluk Jimbaran. Jimbaran Bay adalah sebahagian dari Kuta Selatan danjaraknya tidak jauh dari Pantai Kuta, sekitar 15-25 minit dari Pantai Kutamenggunakan kereta. Makanan laut hasil tangkapan nelayan setempat antara lainialah ikan, udang, ketam, lobster, sotong, clam, calamari, squid calamari,jumbo prawn, red snapper, garupa, white snapper, king fish, baronang, danlain-lain lagi.
Bermula sekitar 30 tahun lalu ketika parapelancong yang berjalan kaki menyusuri dan menikmati Pantai Jimbaran singgahdan berehat sejenak sembari membeli ikan untuk dibakar oleh para nelayansetempat kemudian seiring berkembangnya zaman, tempat ini menjadi ikon danperniagaan kulinari yang sangat terkenal di Bali. Jimbaran sekarang telahdisulap dan berubah wajah menjadi tempat perniagaan dengan restoran moden danterkenal di Bali. Ada puluhan restoran tradisional dan moden di sepanjangPantai Jimbaran yang sekarang disebut sebagai Jimbaran Seafood Dine.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
