PENCEMARAN AIR
SYEDMAHADZIR SYED IBRAHIM
AIRmerupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumbersemulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadisebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air danlebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusiamenggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman.
Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia dan mahluk hiduplainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung. Demikian juga dalamkehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai kegiatan didalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.
Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah,pendingin dan janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selaludicemar dengan kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut sertamengandungi mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupunmikroorganisme yang terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan,maka kualiti air akan terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untukkegunaan pelbagai keperluan samada untuk air minum, mandi, mencuci ataukeperluan lainya. Air yang terganggu kualiti ini dikatakan sebagai air yangtercemar.
Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedangberlaku terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkanterdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya.Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapanyang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisanberkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan airtersebut.
Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih dan inimenunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke dalamnya.Kita juga sering kali melihat air yang mengalir mempunyai lapisan kuning jinggaatau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan bahan pencemaroleh kilang ke dalam sungai.
Pencemaranair ialah pencemaran yang berlaku di sungai,tasik dan laut.Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutamadaripada aktiviti manusia.
Puncautama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahandi sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dannajis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalamsungai. Sungai Semenyih, sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladangbabi pada tahun 1980-an.
Kilangmemproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaranair di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalamlongkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udarake atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkanwarna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Petani diCameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskankualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidakmempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidakdirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan ditelevisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padanguntuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilangdari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam dikawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisaradioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelummembuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin.Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar lautterutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistempelupusan sampah. Oleh itu wujud ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidakdirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara aair kita.
Sungai
Sungai merupakan sejenis saluran air tabiiyang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik,mata air ataupun anak-anak sungai. Darisumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalirke laut atau takungan air yang besar sepertitasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanyadipanggil ulu.
Airsungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasarsungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahanhujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut.Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream)yang bergabung.
Antara sungai-sungai yang terkenal didunia ialah Sungai Nil (6,690 km), SungaiAmazon (6,452 km), SungaiYangtze (Chang Jiang)(6,380 km), Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km), SungaiYenisei-Angara (5,550 km), Sungai Ob-Irtysh (5,410 km), Sungai HuangHe (Kuning) (5,464 km), Sungai Amur (4,410 km), Sungai Congo (4,670 km), SungaiLena (4,260 km) dan lain-lain lagi. Manakala antarasungai-sungai yang terdapat diMalaysia ialah Sungai Kinabatangan, SungaiBatu Lima, Sungai Meliau, SungaiMusi, Sungai Kebun Cina, SungaiSibuga, Sungai Tahan, SungaiMelantai, Sungai Puteh,Sungai Pelenting, Sungai Teku,SungaiBaram, Sungai Rajang, SungaiMuar, Sungai Pahang, SungaiMelaka, Sungai Linggi, SungaiLangat, Sungai Kelang, SungaiSelangor, Sungai Perak, SungaiPahang dan lain-lain lagi.Tasik
Tasik ialah sejenis sifat rupabumi (atau sifatfizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan,yang lebih besar dan dalam berbanding kolam,airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dandisalurkan oleh sungai.
Tasik-tasiksemula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zonrengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain puladijumpai di lembanganendoreik atausepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyaksekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yanglalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, keranalambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yangmenakungnya.
TaburanTasik
Kebanyakantasik di Bumi berisi airtawar, dan terletak di kawasan latitud tinggi di HemisferaUtara. Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada kerana sistemsaliran berserabutyang mendominasi kawasan negara ini. Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik, (sebenarnyaterdapat 187,888 buah tasik Finland, 60,000 daripadanya adalah besar),sementara negeri Minnesota di AmerikaSyarikat pula bergelar Tanah Sepuluh Ribu Tasik.
Kebanyakantasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada jugatasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatanatau tirisan bawah tanah atau kedua-duanya sekali. Tasik-tasik sebeginimerupakan tasik endoreik.Banyak juga tasik buatan manusia yang dibina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik,tujuan rekreasi,kegunaan industri atau pertanian, ataupun bekalan air setempat.
Di luarbumi juga terbukti wujudnya tasik; bukti definitif wujudnya tasik-tasik berisi metanadiumumkan oleh NASA menurut pantauan Prob Cassini di bulan Titan yang mengorbit planet Zuhal.Di seluruh dunia, bilangan tasik jauh diatasi bilangan kolam: dari kira-kira304 juta kumpulan air pegun di seluruh dunia, 91% darinya berkeluasan1 hektar (2.5 ekar) ke bawah. Tasik kecil juga melebihi tasik besar darisegi jumlah: dari segi keluasan, satu pertiga kumpulan air pegun di duniamerupakan tasik dan kolam bersaiz 10 hektars (25 ekar) ke bawah.
Namunbegitu, tasik besar banyak sangat sumbangannya kepada keluasan air pegun, iaitu122 buah tasik besar seluas 1,000 kilometer persegi (390 batu persegi, 100,000 ha, 247,000 ekar)atau lebih yang menjadi 29% daripada jumlah air pegun daratan di Bumi.
KejadianTasik Semulajadi
Terdapatsebilangan proses semula jadi yang boleh membentuk tasik. Julangan tektonik terbaru di banjaran gunung bolehmenghasilkan lembangan yang boleh menngumpul air lalu membentuk tasik. Fenomenakemaraan dan pengunduran glasier boleh mengikis lekukan di permukaan di manaberkumpulnya air; tasik-tasik sedemikian sering didapati di Scandinavia, Patagonia,Siberia,dan Kanada.Contoh-contoh terbaik tasik sebegini adalah Tasik-tasik Besar di AmerikaUtara.
Tasikjuga boleh terbentuk akibat tanah runtuh atau sumbatan glasier. Satu contohtasik yang terbentuk akibat sumbatan glasier terjadi ketika Zaman Ais laludi kawasan yang kini ditakluki negeri Washington,Amerika Syarikat, di mana sebuah tasik gergasi terbentukdi sebalik aliran glasier; apabila ais berundur, hasilnya banjir besar yangmembentuk Air TerjunDry di SunLakes, Washington.
Tasik garam (atau tasik masin) boleh terjadiapabila tiadanya alur keluar semula jadi atau di mana air cepat menyejat danpermukaan saliran muka airtanah mengandungi lebih garam dari biasa. Contoh tasik garamtermasuk TasikGaram Besar, Laut Kaspia, Laut Aral,dan LautMati (tasik-tasiksebegini bergelar laut bersempena air masin di laut).
Jenis
1. Tasikperiglasier: Sebahagian pinggir tasik terbentuk dari lembar ais,litupan ais,atau glasier,dan ais itu menghalang saliran tanah semula jadi.
2. Tasiksubglasier: Tasik yang dilitupi ais secara berkekalan. Tasik-tasik initerjadi di bawah glasier, litupan ais, atau lembar ais. Tidak kurang tasiksebegini di dunia, dan yang terbesar adalah Tasik Vostok di Antartika.Tasik-tasik ini kekal cecair kerana litupan ais bertindak sebagai penebat haba yang menyimpan tenaga yang dimasukkandi sebelah bawah melalui geseran,oleh serapan air melalui kervas, oleh tekanan dari jisim lembar ais di atas, atau oleh pemanasangeoterma di bawah.
3. Tasikglasier: Tasik yang berasal dari glasier yang cair.
4. Tasik buatan: Tasik yang terhasildaripada proses pembanjiran tanahdi sebalik empangan yang dipanggil pembendungan atau takungan;melalui kerja penggalian oleh manusia; atau pembanjiran kejadian penggalian keoperasi mengekstrak bahan galian seperti lombongterbuka atau kuari.Sesetengah tasik terbesar di dunia merupakan takungan.
5. Tasik endoreik:Tasik tanpa aliran keluar yang besar, baik melalui sungai mahupun pembauranbawah tanah. Mana-mana air dalam lembangan endoreik hanya dapat keluar daritasik sebegini melalui penyejatan atau peresapan.Tasik-tasik sebegini, misalnya Tasik Eyre di tengah Australia atau Laut Aral di Asia Tengah, paling kerap dijumpaidi kawasan gurun.
6. Tasikmeromiktik: Tasik yang terdiri daripada lapisan-lapisan air yangtidak saling bercampur. Lapisan air terdalam dalam tasik sebegini tidakmengandungi apa-apa oksigen yang terlarut. Lapisan endapan didasar tasik meromiktik tenang airnya kerana tiadanya hidupan dalamnya yangboleh mengacaunya.
7. Tasik fjord:Tasik di lembah yang dihakis glasier yang sudah terhakis ke bawah aras laut.
8. Tasik ladam:Tasik yang terbentuk apabila liku sungai yang luas terpisah dari sungai. Nama‘tasik ladam’ bersempena bentuk lengkung unik yang terhasil dari proses ini.
9. Tasikrengkahan: Tasik yang terbentuk kesan penenggelaman bumi sepanjangsesar geologi dalam plattektonik Bumi. Contoh: Tasik-tasikRift Valley di Afrika Timur dan Tasik Baikal di Siberia.
10. Tasikbawah tanah: Tasik yang terbentuk di bawah permukaan kerak Bumi.Tasik sebegini boleh dikaitkan dengan gua,akuifer,atau mata air.
11. Tasikkawah: Tasik yang terbentuk dalam kaldera atau kawah gunungberapi yang lamapendam. Air dalam tasik sebegini mungkin tawar ataukuat berasid dan mungkin mengandungi pelbagailarutan mineral. Ada tasik kawah yang mengalamiaktiviti geoterma,khususnya jika gunung berapi itu cuma pendam dan bukannya mati.
12. Tasik lahar:Lubuk lahar lebur yang ditakung dalam kawah gunungberapi atau mana-mana kejadian lekukan yang lain. Tasik lahar yang sudah pejaljuga dipanggil tasik lahar.
13. Bekastasik: Tasik yang sudah tidak wujud lagi. Jenis tasik ini termasuktasik prasejarah dan tasik yang kering sepenuhnyaakibat penyejatan atau campur tangan manusia. Tasik Owens di California,Amerika Syarikat, ialah satu contoh bekas tasik.
14. Tasik bermusim: Tasik yang hanya wujudsebagai takungan air pada satu jangka masa dalam setahun.
15. Tasiksusut: Berhubung rapat dengan bekas tasik, tasik jenis ini adalahtasik yang airnya berkurangan secara mendadak sepanjang masa geologi. TasikAgassiz yang pernahmeliputi banyak kawasan tengah Amerika Utara, merupakan contoh tasik susut.
16. Tasik eolik:Tasik yang terbentuk dalam lekukan yang terhasil daripada kegiatan angin.
Laut
Laut merupakan satu kawasan takungan besar air masin. Laut dan lautanmenutup hampir 70% permukaan bumi. Kadang-kadang, orang mencampur adukkan lautdengan lautan. Kebanyakan laut adalah bersambung dengan lautan, kecualibeberapa laut seperti LautMati yang dikelilingi daratan.Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam,gas dan bahan-bahan terlarut lain.
KedalamanLaut
Kedalamansesebuah laut dapat diukur dengan menggunakan ‘bunyi‘(sonar). Pemancar sonar di dalam kapal akan memancarkan gelombang bunyiberfrekuensi tinggi yang akan bergerak ke dasar laut dengan kelajuan 1.5 kmsesaat. Gema yang terpantul daripada dasar lautkemudiaannya ditangkap dengan sebuah alat khas. Jadi, kedalaman laut itu dapatditentukan dengan mengira selang masa antara pancaran bunyi dan gema diterima.
Sebelumpenciptaan alat sonar, kedalaman air dikira dengan mengikat pemberat padahujung suatu tali. Kemudian pada setiap depa di tali itu dibuat satu simpulatau tanda. Dengan cara mengira berapa simpul yang tenggelam apabila pemberattersebut menyentuh dasar, kedalaman air itu dapat diketahui. Namun, cara iniagak terhad dan tidak dapat mengukur laut yang dalam.
Definisi Pencemaran Air
Pencemaranair berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warnasehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlakusama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannyaberlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengajaatau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Menurut kajian, pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahankimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi. Pencemaran air menurutAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-apa perubahanlangsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atauradioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya danmenyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatandan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain sepertiburung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telahmembutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktoratau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusahamenjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalamsungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu, kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidakmengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkansama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yangpaling utama.
Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah barumenyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semulajadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai diseluruh negara turut tercemar.
Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungaioleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah keranatidak memerlukan kos pelupusan. Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilangseperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampungmengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang jugamembuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yangdigunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anaksungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaranair di negara kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dannajis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupatanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisantanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakanini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan jugamembantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yangdijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanahruntuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku.
Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapiakan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunyapencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun daripihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanyamementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akanberlaku akibat tindakan mereka itu.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
