AYU MEMANG AYU
SMAHADZIR
AYU memang ayu. Fatah Amin, Fazura - kisah Cinderalelayang difitnah ibu tiri, Nelofa - pengacara genit Melodi di TV3 bersama pelawak Nabil, Maria Mercedes, Maria - cintayang hilang, Marimar, semua dia ikuti. Semua dia suka. Juga si manis JambatanAncol, janda kembang, bahkan Wiro Sableng. Siapa lagi ya? Ha... Shah Rukh Khan,Amir Khan, Pretty Zinta, Kajol dan ramai lagi. Lagi? Aktor dan aktressIndonesia melalui drama nusantara Astro. Lagi? Aktor dan aktress telenovela -Pobre Diable, Angie Capeda, Salvador Del Solar dan Arnoldo Andre. Ayu hafal -Rebeca kecewa dan tidak mahu menerima penjelasan Andres dan ini menyebabkanlelaki itu menyatakan bahawa dia mencintai Fiorella. Rebeca sakit hati danmembenci Fiorella kerana menganggap wanita itu perampas hak miliknya. Pinchonpula marah sebab Paula dan Joaquin akan berpindah dan dia mahu memberitahunyakepada Andres. Sebenarnya, banyak lagi yang Ayu ingat, hafal dalam kepalanya.
Ayu memang mempersonakan. Genit. Diamemang ayu. Rambutnya lurus sepunggung. Panjang, gaya rambutnya ParamithaRusady. Kulitnya bersih hitam manis. Bentuk wajahnya tidak lonjong seperti ErraFazira, Fauziah Latiff atau Maudy Kusnadi, tapi bulat seiras Siti Norhalizaatau Desy Ratnasari. Cuma nasibnya berbeza. Ayu tidak secantik Amira Rosli, AishwaryaRai, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Paramitha Rusady, Desy Ratnasari atauMaudy Kusnadi. Juga tentu tidak terkenal dan tidak juga kaya.
Bentuk matanya? Miripmata Nike Ardila. Sayu. Tapi, Ayu tidak bernasib malang seperti penyanyi genitIndonesia itu yang meninggal dunia pada usia sangat muda. Buktinya? Sampai kiniAyu masih hidup. Segar bugar, tidak pernah mengidap penyakit serius, tidakpernah sakit, tidak pernah berjaga semalam suntuk untuk berdansa-dansi di kelabmalam.
Tapi sayang, Ayuhanya seorang pembantu rumah. Pendidikan formal hanya sampai PMR. Lahir danbesar di kampung kecil di Utara Kedah. Anak kedua dari enam bersaudara, darikeluarga petani. Dan, hobinya itu tadi: menonton drama masyarakat ‘samarinda’di TV3.
Nampaknya Ghazalisalah pilih, begitu fikir isterinya. Tapi bagi Ghazali sendiri itu adalahpilihan yang tepat. Cari pembantu rumah pada masa sekarang tidak mudah. Ayutidak cerewet, masakannya sedap, soal cuci baju dan seterika beres, meskisering ditunda-tunda lantaran dia lebih mementingkan menonton televisyen atau dramaberbanding menyelesaikan pekerjaannya, tapi akhirnya beres juga. Bersih rumahjuga langsai. Lantai merelit dan harum. Kaca jendela bersih dari debu.
“Tapi bang, Ayu tucantik. Terliur juga kalau salah-salah pandang. Saya bimbang, jangan-janganabang dah terpikat pada dia,” protes isterinya pada suatu malam.
Ghazali hanya tersenyum kala itu. Dalamhati dia berkata, memang itulah yang kusuka. Itulah pembantu rumah idamanku.Yang memang aku cari-cari selama ini. Boleh buat sumber hiburan kala fikiransedang rusuh oleh tugas pejabat yang membeban. Buat dipandang-pandang okeylah.
Suatu hari bulan Julai, Ayu membaca akhbarHarian Metro, terbitan Berita Harian Sdn Bhd - dia paling suka baca akhbaritu, lantaran banyak maklumat tentang pelbagai kejadian pelek. Ketika ituisteri Ghazali, Puan Laila tiada di rumah, Ghazali pula sedang bekerja dipejabat, si kecil Hana dan Epit sedang tidur. Ayu tertarik pada satu maklumatdi dalam akhbar tersebut. Dia segera mencari sebatang pen dan secarik kertas,lalu mencatat.
Pada hari berikutnya,setelah dia menerima gaji yang tidak seberapa besar, Ayu pergi ke kedai gambardi hujung taman perumahan. Puan Laila kehairanan kerana cara berpakaian Ayubegitu cantik sekali. Bergincu, berbedak dan wanginya semerbak mengharum.Takkan nak pergi ke kedai hujung sana pun pakai macam tu? Mengalahkan artis nakbuat pertunjukkan pentas!
Ghazali terlalu sibukdengan pekerjaannya. Puan Laila pula sering merungut lantaran gelagat Ayu yangsemakin berubah. Jika ditanya, Ayu hanya menjawab: “Niaga sambilan! Cari wanglebih!”
Niaga?
“Ayu, kerja kamu dahselesai?” tanya Puan Laila yang kini sudah berusia 44 tahun.
“Sudah, puan!” Ayumengangguk.
“Cuci pakaian?”
“Sudah semuanya.Seterika juga sudah. Masak sudah,” jawab Ayu.
“Habis kamu mahu kemana tu?” soal Puan Laila.
“Niaga,” jawab Ayutanpa sebarang ekspresi.
“Niaga apa, Yu?” PuanLaila gesit melotot hairan. “Kamu di sini digaji sebagai pembantu rumah. Nakberniaga buat apa lagi? Niaga apa sebenarnya kamu ni, Yu?” tambah wanitasedikit temban itu lagi.
“Laa, yang pentingkerja saya kan dah selesai. Hanya sebentar saja, puan! Jam lima nanti sayasudah sampai di rumah!” ujar Ayu.
“Saya tak kisah. Tapikalau ada apa-apa risiko, kamu tanggung sendiri.”
“Ini niaga baranganhalal, puan!”
Puan Laila tidakberkata apa-apa lagi.
Itulah mulanya. Dalamseminggu Ayu pergi ‘niaga’ tiga empat kali. Puan Laila kian kesal. Tapi Ayutetap bersahaja. Hairannya lagi Ayu sering dapat telefon dari seseorang yangmengaku bernama Azam. Wah, Ayu bercinta dengan Azam mungkin. Ini berbahaya,fikir Puan Laila. Kalau terjadi sesuatu, misalnya hamil, aku akan dipersalahkanoleh keluarganya.
Hingga pada suatuketika... terjadilah sebuah kejutan.
* * *
Jam dinding menunjukkan pukul tujuh lebih tiga puluhminit. Ghazali dan isterinya duduk-duduk santai di ruang tengah sambil membacamajalah. Hana dan Epit sedang bermain kereta mainan di lantai. Di layartelevisyen Norazlina Redzuan, gadis penyiar TV3 itu, selesai membacakan pelbagaiberita dalam Buletin Utama. Dan, Ayududuk di lantai, dekat anak-anak majikannya, sambil menantikan slot Akasia - sebuah drama baru yang akanditayangkan oleh TV3.
Lagu sound trackmengalun. Di layar televisyen muncul judul drama: Setia Ke Hujung Nyawa.Paduan animasi pengantar awal sebuah drama. Bintang-bintang utama tampil,satu-satu - Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema,Zila Bakarin. Lalu sekilas pelakon pembantu. Ayu berpeluh muka, walau ruang itudingin oleh pendingin udara. Sekilas wajahnya tampil. Hatinya berbunga-bunga.Senang, gembira, bangga, dan sebagainya. Ghazali dan Puan Laila tidakmempedulikannya.
Episod pertamadimulai. Ghazali dan Puan Laila meletakkan majalah di tangan masing-masing.Mereka mengalihkan perhatian ke televisyen, meski masih setengah-setengah.
Sebuah adegan: disebuah rumah mewah seorang lelaki berusia 40 tahun duduk di kerusi. Seorangpembantu warga Indonesia dengan genit memicit-micit bahu dan lengan lelaki itu.
“Neng, picit ini!Bahu ni! Nah, begitu,” kata lelaki itu.
“Saya ini pembantuserba boleh, lo! Mampu memasak juga mampu mengurut. Mahu dipicit yang mana,dong? Jempolnya atau kelingkingnya? Picit halus mampu, picit kasar mampu, picitsemua tempat juga mampu,” ujar pembantu rumah yang dilakonkan oleh Ayu itu.
“Ayu!” seru Ghazalidan Puan Laila sambil terpana. “Itu kamu, ya?”
“Iya,” jawab Ayutersipu-sipu.
“Kamu berlakon dramaya?” Puan Laila hampir tidak percaya.
“Iya, puan! Untuktambah pendapatan,” jawab Ayu.
“Jadi itu yang kamukatakan niaga itu?” ujar Puan Laila.
“Ya, puan!”
“Astagfirullah’azim, Ayu,” Ghazali menggeleng-geleng. “Saya taksangka kamu boleh berlakon. Sejak bila?”
“Baru lagi, encik!”
Mereka pun lalumenyaksikan drama di televisyen itu dengan penuh perhatian, sambil sesekaliberkomentar pendek tentang lakonan Ayu. Tentu berbagai macam perasaan berbaurdi hati Ayu, Ghazali, dan Puan Laila. Sampai akhirnya episod pertama selesai.Program di televisyen berganti dengan Nighline.
“Luar biasa. Tidaksangka kamu pandai berlakon. Macam mana mulanya, Yu?” tanya Ghazali masihdengan kehairanannya.
“Saya kirimpermohonan lengkap dengan gambar. Itu, yang di akhbar Harian Metro tu:diperlukan beberapa gadis untuk drama. Tidak tahunya saya dipanggil. Lalu diujibakat. Saya diterima jadi pelakon. Peranan pembantu rumah yang genit danmiang,” jelas Ayu bangga. “Kata pengarahnya, saya sesuai pegang peranan itu.”
Ghazali dan Puan Lailageleng-geleng kepala.
“Hari ini saya nakberitahu Encik Ghazali dan Puan Laila. Kerana saya asyik sibuk shooting,maka dengan terpaksa saya mahu mengundurkan diri sebagai pembantu di sini. Sayanak jadi pembantu rumah dalam drama saja,” ungkap Ayu.
Ghazali dan Puan Lailaberpandangan sesama sendiri.
“Maafkan saya, sayayakin nasib saya akan berubah. Mulai besok saya akan pindah dari sini. Sayaakan tinggal bersama beberapa orang rakan saya yang lain.”
“Ayu... Ayu, nasibkamu memang akan berubah,” ujar Ghazali. “Kamu cantik, manis, kulit kamubersih, rambut kamu panjang, wajah kamu bulat....”
“Hai, lebih-lebihpula dia,” cantas Puan Laila bagaikan kurang senang.
“Cemburu ke?” Ghazali tersengih.
“Tentulah!” si isterimencemek.
“Dengar dulu, inimungkin untuk yang terakhir saya menasihati Ayu,” kata Ghazali. Lalu dia pun meneruskan,“Tubuh kamu tinggi semampai. Kamu memang tidak layak jadi pembantu rumah. Kamulebih layak jadi artis. Watak tidak jadi soal. Lama-lama kamu mampu jadipelakon utama. Kami doakan, semoga kamu jadi artis terkenal suatu hari kelak.Tapi jangan lupa sama kami di sini. Sering-seringlah datang ke mari. Anggaplahini rumah kamu juga.”
“Apa? Kalau sudahterkenal, tak payahlah kamu ke mari sini lagi, Yu!” tegas Puan Laila.
“Lagi-lagi cemburu,”balas Ghazali. “Oh, iya, Yu, saya boleh datang ke tempat kamu, kan?”
“Makin miang, yaabang ni!!” Puan Laila kian jengkel.
Ayu pun mulaiberlakon. Dia berdiri dan menghampiri Ghazali. Dengan genit dia memicit-micitbahu Ghazali sambil berkata, “Saya pembantu yang serba boleh, lo! Bisa masak,bisa micit. Tuan kepingin saya picit apa ya? Jempol atau kelingkingnya?”
“Ayu!” bentak Puan Lailagerah. Dengan jengkel dia mencubit lengan Ayu. Ghazali tertawa terbahak-bahak.
Ya, pembantu rumahidamanku harus pergi dari rumah ini. Ah, Ayu memang ayu, bisik Ghazali dalamhati.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim's profile
- 9 followers
