PANTUN Program Ehsan Peduli Rakyat Batang lemuju tidak b...

 

PANTUN

 

Program Ehsan Peduli Rakyat

[image error]

 

Batang lemuju tidak bertulang,

Bongkah kulatdijarak-jarakkan;

Selangor maju terus menjulang,

Program rakyat tidakdilupakan.

 

Pokok keladi di naung bongor,

Ditanam Tok Batin sebatangkara;

Inisiatif peduli rakyat Selangor,

Kerajaan prihatin wargasejahtera.

 

Pokok berangan rumpun selasih,

Di tanah rata tumbuh bersilang;

Pakej rangsangan hulurankasih,

Buat derita rakyat menghilang.

 

Kasih yamtuan sepanjang hayat,

Ukiran tertera di batu nesan;

Pelbagai bantuan peduli rakyat,

Program budaya adat warisan.

 

Cantik rerama dipuja ratu,

Indah gemala istana cahaya;

Kerajaan bersama rakyatbersatu,

Semarakkan semua programbudaya.

 

Pujangga berkarya manisandijamu,

Kisah daeng kuat berzikir;

Warisan budaya penjana ilmu,

Megah bersaing era mutakhir.

 

Pohon pauh pinggiran paya,

Istana tegak tidak bertangga;

Pancangkan teguh pilar budaya,

Selangor penegak khazanahberharga.

 

Loket gangsa dijaga selia,

Untuk pengantin hiasan tiara;

Budaya bangsa di persadamulia,

Selangor prihatin rakyatsejahtera.

 

Dahan gedangsa melekatsialang,

Kayu bintangor disekat-sekat;

Pusaka bangsa takkanmenghilang,

Warga Selangor pancangkantekad.

 

Anak gahara bergurau senda,

Lelaki sasa menari randai;

Biar prahara datang melanda,

Budaya bangsa tidak digadai.

 

Jalar telangdi dahan markisa,

Tabur garam diatas papan;

Selangor menjulangpusaka bangsa,

Pelbagai programdi pentas kehidupan.

 

Masak dijulai buah bidara,

Batang bongordibuat acuan;

Khazanahbernilai milik negara,

Negeri Selangorwadah penyatuan.

 

Ubi kemaladi atas papan,

Dibuat gulaigadis bertiga;

Pelbagai budayadi pentas kehidupan,

Pusaka bernilaimilik warga.

 

GadisPangkor berkain satin,

Corak cemaramenjulang angkasa;

KerajaanSelangor amat prihatin,

Rakyatsejahtera warga sentosa.

 

Teduhan bongor pinggiran sawah,

Ikan haruan disayat-sayat;

Negeri Selangor penegakmaruah,

Pelbagai bantuan semarakrakyat.

 

Cecair gangsadi dalam cawan,

Buatantangan berhias tiara;

Budayabangsa katalis penyatuan,

Di bawahnaungan wawasan negara.

 

Jangan dimakanputik mengkudu,

Buahgedangsa gugur di taman;

Janganlenyapkan budaya Melayu,

Kejorabangsa zaman berzaman.

 

Bunga cendanahiasan nyonya,

Terunabersila riang bersenda;

Adat budaya tingginilainya,

Maruah bangsajangan dinoda.

 

Pohon papaya tepian halaman,

Teruna dara asyik bersembang;

Pancang budaya sejak berzaman,

Di bumi Selangor semarak berkembang.

 

Bungahiasan gerbak setanggi,

Diatap genting hinggap sang helang;

Adatwarisan martabatnya tinggi,

Asetterpenting Selangor gemilang.

 

Harum setanggi di atas palang,

Daun jarakdimakan rusa;            

Julang tinggi di mercugemilang,

Rancak semarak budaya bangsa.

 

Hinggap kelkatu di dahansenduduk,

Kemboja subur tepian pangkalan;

Adat budaya penyuluh hidup,

Laksana obor penerang jalan.

 

Akar raya dibuat tongkat,

Anak pelam di naung bintangor;

Warisan budaya kejora hikmat,

Citra keunggulan wargaSelangor.

 

Pohon bongor tumbuhberselerak,

Akar merayap tepian kolam;

Budaya Selangor biarbersemarak,

Melebar sayap seantero alam.

 

Pohon jambu tumbuh di paya,

Bunga tualang seharum setanggi;

Adat Melayu di persada mulia,

Maruah terjulang di puncaktinggi.

 

Burung gagak terbang bergaya,

Mentari jingga berbaur gangsa;

Budaya tonggak Selangor berjaya,

Penyatu warga sepanjang masa.

 

Cantik rerama dipuja ratu,

Bagai gemala hamba sahaya;

Mari bersama kita bersatu,

Julang semula adat budaya.

 

Pohon sena ditanah lanar,

Akar kedudukdisayat-sayat;

Adat laksanajamung bersinar,

Memandu hidupsepanjang hayat.

 

Dedaun layudi atas para,

Masak di kawah si gadis kaya;

Adat warisanbudaya bangsa,

Negeri Selangortanah berbudaya

 

Suburtualang di tanah rata,

Hinggapdi dahan burung pekaka;

Mantapcemerlang budaya kita,

Nadi keutuhan Selangor merdeka.

 

SMAHADZIR

Banting, Selangor


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2021 02:29
No comments have been added yet.


Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.