Sejak ini hangat diperkatakan mengenai seorang pelakon Nelydia Senrose dikatakan tidak konsisten memakai hijab selepas pulang mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu. ‘Doakan saya konsisten memakai hijab’
BACA:
Kalis Kecaman, Neelofa Elak Baca Perkara Negatif
Saya juga sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah,” katanya.
Sejak waktu itu, Nelydia dengan suaminya yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya menjadi insan yang lebih baik serta dapat memakai hijab dan menutup aurat sepenuhnya.
“Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” katanya.
Published on August 01, 2022 10:03