“Perbetulkan Keadaan, Saya Tak Mahu Lihat Mereka Bercerai” – Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam meminta anaknya, Syamsul Yusof serta menantu, Puteri Sarah Liyana segera untuk menjernihkan kemelut melanda rumah tangga mereka sejak empat tahun yang lalu.

Malah, Yusof juga berkata dia terkilan dan sedih dengan perkara itu serta berharap ianya dapat diselesaikan dengan cara yang sangat baik.

 Yusof Haslam juga nasihat anaknya

BACA: Kalis Kecaman, Neelofa Elak Baca Perkara Negatif

“Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Itu adalah perkara yang amat menyedihkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ.

“Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka, anak-anak dan besan kami. Demi anak-anak dan nama baik keluarga, selesaikanlah dengan cara yang terbaik,” katanya.

Sejak waktu itu, Syamsul Yusof juga berharap kepada anak menantunya itu dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku kerana dia juga tidak mahu melihat mereka berpisah.

“Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul.

“Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercerai,” katanya.

Kemudian, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa sebagai isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2022 10:10
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.