Benjamin Mora Letak Jawatan!

Johor Darul Ta’zim. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Selepas pelbagai teka-teki, akhirnya ianya terjawab apabila Benjamin Mora dilepaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini telah disahkan sendiri oleh JDT menerusi kenyataan mereka.


Menurut JDT, mereka melepaskan Mora kerana beliau perlu terbang segera ke negara asalnya iaitu Mexico atas faktor peribadi.

Faktor yang dianggap sebagai “tidak dapat dielakkan” itu telah menjadi punca perpisahan antara JDT bersama Mora.

JDT kemudiannya menghormati situasi itu lalu memilih untuk menerima perpisahan ini dengan sentiasa menerima kehadiran Mora ke Stadium Sultan Ibrahim pada masa hadapan.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” ujar JDT dalam kenyataan mereka.

Mora menjadi jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah singkat kelab itu apabila berjaya empat Liga Super dan Piala Sumbangsih.

Selain itu beliau turut menghadiahkan Piala Malaysia sebanyak sekali serta membawa JDT cukup jauh dalam saingan kelab utama Asia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 27, 2022 22:13
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.