Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020
Adakah anda maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah memperkenalkan satu alternatif penabungan simpanan khusus untuk anak-anak jati negeri Sarawak yang dinamakan sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).
EFS merupakan satu simpanan khusus untuk anak yang lahir di negeri Sarawak yang berfokuskan untuk mendokong anak kelahiran Sarawak sebagai paersediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau boleh diguna pakai sebagai modal kecil perniagaan.
AMAUN BANTUAN EFSJumlah bantuan yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan.
SYARAT KELAYAKAN WAJIB EFSDibawah merupakan syarat kelayakan wajib untuk bantuan EFS:
Warganegara MalaysiaLahir di Sarawak atau di luar SarawakKedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.Kategori anak angkat:Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sahCARA MOHON BANTUAN EFSPermohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:
Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang Salinan sijil lahir bayiSalinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN
PERTANYAAN LANJUTMaklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
