Iqbal Zulkefli Dapat Jam Rolex Bernilai RM100,000 Daripada Datin

Iqbal Zulkefli yang sememangnya terkenal kerana sering tampil dengan kontroversi yang panas malah sering menggeletek hati netizen namun tidak pernah berputus asa dalam menaikkan namanya sehingga kini.

Iqbal yang mengatakan dirinya sudah lali dengan dunia glamor , baru – baru muncul lagi dengan berkongsi di media sosial selepas menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian daripada seorang usahawan wanita yang bergelar Datin.

Dalam perkongsian video tersebut, Iqbal dilihat sangat teruja ketika mengambil sebuah bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari milik seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.

Iqbal juga seakan terkejut dan tidak percaya apabila dirinya menerima hadiah mewah tersebut daripada usahawan tersebut yang mana  dia sudah mengakui hubungan mereka sudah seperti adik dan kakak.

Malah  Iqbal tururt berkongsi bahawa dia sememangnya sudah berhasrat untuk membeli jam tersebut sejak dua tahun lalu namun tidak menyangka yang dia memiliki jam tersebut sebagai hadiah paling istimewa buatnya.

 

Iqbal yang mengakui dirinya tidak pernah saya terima hadiah mahal seperti itu ini dan sangat bersyukur serta gembira kerana sudah memilikinya.

Dia juga berkongsi pengalaman hidupnya sebelum bertemu dengan Datin Reen yang dikatakan banyak membantu dirinya sehingga berjaya dalam bisnes dan kerajayanya.

Menjengah ruangan komen , rata-rata netizen nampak sedikit teruja dengan hadiah yang diterima oleh Iqbal dan meminta dia berkongsi tip untuk mendapatkan hadiah mahal sepertinya.

 

Tidak kurang juga yang menuduh Iqbal engaja mahu menarik perhatian dan membuat marketing murahan hanya untuk menaikkan namanya kembali setelah lama diam menyepi selepas kesnya baru- baru ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2022 20:19
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.