Bekalan Ayam Segar Kian Berkurang

Kebelakangan ini, kecoh tentang bekalan ayam habis.

Peniaga ayam di Pasar Besar Jerantut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumkan stok ayam tidak mencukupi.

Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata bekalan ayam segar mula sukar didapati sejak Selasa dan Rabu minggu lalu, peniaga mendapat sedikit bekalan, tetapi tidak cukup untuk pembeli malah saiz ayam yang dibekalkan juga kecil.

Baca juga:Fungsi Terbaharu Maybank Pengeluaran Tanpa KadKadar Pengangguran Di Malaysia MenurunTidak Menerima Bekalan Ayam Segar:

Seorang peniaga ayam segar yang enggan namanya disiarkan berkata, semalam dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan pada hari ini, tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.

“Selalunya saya terima bekalan kira-kira 500 ekor tetapi hari ini hanya terima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.

“Di pasar ini ada tujuh pintu gerai dan bagi mengelakkan perebutan antara pembeli, kami terpaksa menutup gerai dan menghantar kepada pelanggan tetap sahaja, terutama kedai makan,” katanya.

Peniaga Merayu Isu Diatasi Segera:

Katanya, biasanya peniaga menerima purata 500 ekor setiap hari tetapi sekarang tidak sampai separuh bekalan diterima dan ada gerai langsung tidak menerimanya.

“Saya turut menghubungi rakan penjual ayam di daerah lain seperti Lipis dan Bentong dan mereka turut mengalami keadaan sama, malah penjual ayam di daerah Kuantan juga mahu mendapatkan bekalan dari Jerantut.

“Kami penjual ayam di daerah ini merayu agar isu bekalan ayam daging dapat diatasi segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia, dan memohon maaf kepada pembeli di daerah ini kerana tidak dapat membekalkan ayam segar seperti biasa, ” katanya.

Seorang pembeli yang ditemui, Shaharuddin Hasim, 48, berkata dia terkejut apabila mendapati semua gerai menjual ayam di Pasar Jerantut ditutup hari ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini turut menghadapi masalah sama dan mendapati tiada ayam segar berada di bahagian kaunter jualan ayam.

 

Sumber: BERITA HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2022 05:29
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.