Bilal Kumpul Duit Raya RM14,020

Lebih seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasangan selebriti, PU Riz dan Neelofa berkongsi kisah putera sulung, Muhammad Bilal yang sudah mengumpul duit raya lebih RM14,020.

Perkara itu dimaklumkan Neelofa atau nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi hantaran video di aplikasi TikTok di mana dia dan PU Riz , Muhammad Haris Mohd Ismail sedang  mengira duit raya yang diterima Muhammad Bilal sejak 1 Syawal lalu.

Baca juga:

Mira Filzah Timang Anak LelakiBerbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari BaliBerterima Kasih Pada Penyumbang:

Melalui perkongsian video itu, PU Riz berterima kasih pada semua penyumbang yang memberi duit raya kepada permata hati mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Sampai ada juga yang beri 1,000 Dirham.

PU Riz dan Neelofa berkongsi anak kesayangan mereka, Muhammad Bilal beroleh duit raya sebanyak RM14,020 melalui hantaran TikTok.

“Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020, Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Gambar Raya Bertiga:

Video yang dikongsi Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2,000 komen dan lebih 6,000 perkongsian semula.

Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram (IG).

Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka apabila meletakkan emoji pada wajah Muhammad Bilal yang dilahirkan akhir Januari lalu.

Sumber: Berita Harian

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2022 23:59
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.