“Cakap Macam Orang Takde Iman!” – Netizen Kecam Sharifah Sakinah
Dalam satu perkongsian terbaru daripada selebriti kontroversi yang sentiasa hadir dengan pelbagai sikap dan juga keterampiannya yang sering mejadi kecaman para netizen yang tidak senang dengannya.
Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya dengan memaerkan kemewahan sebuah tandas yang telah diubah suai menjadi mewah dan sememangnya cantik.
Malah perkongsian seperti itu pernah disiarkan oleh Nabil yang juga pergi ke rumah tersebut untuk berhari raya pada beberapa hari sebelum kejadian .
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/05/279345189_2186530541505865_6221429640203189344_n.mp4Tandas berkenaan dikatakan sangat mewah dengan hiasan berwarna keemasan dan juga menggunakan barang mewah seperti LV dan juga Gucci bagi mencantikkan tandas berkenaan.
Namun tandas itu tidak menjadi pendebatan para netizen apabila mereka lebih tertarik dengan caption yang ditulis Oleh Sakinah yang menyamakan tandas itu dengan syurga.
Sakinah yang tidak pernah menghiraukan kritikan oleh lain hanya membiarkan netizen memberikan komen dan mengkritik dirinya tanpa membalas tindakan berkenaaan.
Pelbagai spekulasi daripada netizen yang merasakan caption itu tidak sepatutnya ditulis oleh Sakinah kerana merasakan Sakinah seakan-akan mempersendakan agama Islam apabila berkata sedemikian dan meminta agar wanita itu beristighfar dan bertaubat.
Malah tidak menerima apabila tandas disamakan dengan tempat suci dan syurga walaupun hanya bersenda dan mahu bergurau dengan orang ramai.
Namun masih terdapat netizen yang menganggap dirinya hanya bergurau dan tidak bermaksud begitu kerana Sakinah sememangnya sangat suka bergurau dan kelakar orangnya.
Terdapat juga netizen yang memuji kecantikan tandas mewah tersebut dan meluahkan rasa terpegun apabila melihat design dan juga peralatan yang digunakan dalam tandas tersebut.
Dalam satu kenyataan lain pula , tandas mewah itu dikatakan berada di rumah kakaknya iaitu Sharifah Shahira yang mana telah menjadi viral setelah didatangi rakan artis sewaktu Hari Raya tempoh hari.
Sakinah juga telah berada di Malaysia untuk meyambut Hari RAya bersama keluarga besarnya dan juga anak tunggalnya yang sememangnya berada di Malaysia .
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
