Permohonan Salinan Sijil SPM Hilang Secara Atas Talian

Jika anda kehilangan sijil SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL atau sijil anda rosak. Anda boleh buat permohonan salinan di Lembaga Peperiksaan.

Anda perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti dibawah.

Baca juga:

Semakan Profil Kerjaya SePKM Untuk Lepasan SPMTarikh Penting SPM, STAM Dan UPBA Tahun 2022Cara Permohonan Secara Online:

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon secara online:

Langkah 1: Layari laman sesawang e-Lembaga Peperiksaan.

Langkah 2: Klik pada bahagian Daftar Akaun.

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.

Langkah 4: Klik butang Daftar.

Langkah 5: Terima notifikasi seperti di bawah setelah PENDAFTARAN BERJAYA.

Langkah 6: Semak e-mail dan sila klik pada link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.

Langkah 7: Pergi semula ke Portal Lembaga Peperiksaan untuk login menggunakan e-mail dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

Langkah 8: Bagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.

Langkah 9: Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.

Langkah 10: Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.

Langkah 11: Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.

Langkah 12: Semak dan sahkan maklumat.

Langkah 13: Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.

Langkah 14: Masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.

Langkah 15: Sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.

Langkah 16: Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.

Langkah 17: Selesai.

Cara Permohonan Secara Manual:

Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh juga dibuat secara manual melalui 3 cara iaitu:

Langkah 1:  Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP):

Bawa bersama salinan Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

Langkah 2: Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik):

Pihak ketiga perlu membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil.

Langkah 3: Permohonan Melalui Pos:

Borang hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan dan dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.

Borang Permohonan

Berikut merupakan borang permohonan yang perlu diisi:

Borang-Permohonan-Salinan-Keputusan-LPSIJILPin-106

Caj Yang Dikenakan:

Berikut merupakan caj yang akan dikenakan untuk salinan keputusan:

Bayaran sebanyak RM30.00 bagi setiap permohonan.

Bayaran sebanyak RM10.00 bagi kiriman pos.

Cara Pembayaran:

Berikut merupakan cara pembayaran yang diterima:

Bayaran boleh dibuat secara online.Wang tunai.Wang Pos (Postal Order).Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”.Cek persendirian tidak diterima.Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan:

Berikut merupakan tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – 1 jam – 7 hari bekerja.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) – 1 jam – 7 hari bekerja.

Lain-lain peperiksaan – 7 hari bekerja.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Lembaga Peperiksaan atau hubungi di talian +603-8884 3785 / 3787.

The post Permohonan Salinan Sijil SPM Hilang Secara Atas Talian appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2022 19:12
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.