Permohonan Salinan Sijil SPM Hilang Secara Atas Talian
Jika anda kehilangan sijil SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL atau sijil anda rosak. Anda boleh buat permohonan salinan di Lembaga Peperiksaan.
Anda perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti dibawah.
Baca juga:
Semakan Profil Kerjaya SePKM Untuk Lepasan SPMTarikh Penting SPM, STAM Dan UPBA Tahun 2022Cara Permohonan Secara Online:Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon secara online:
Langkah 1: Layari laman sesawang e-Lembaga Peperiksaan.
Langkah 2: Klik pada bahagian Daftar Akaun.
Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.
Langkah 4: Klik butang Daftar.
Langkah 5: Terima notifikasi seperti di bawah setelah PENDAFTARAN BERJAYA.
Langkah 6: Semak e-mail dan sila klik pada link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.
Langkah 7: Pergi semula ke Portal Lembaga Peperiksaan untuk login menggunakan e-mail dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
Langkah 8: Bagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.
Langkah 9: Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.
Langkah 10: Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.
Langkah 11: Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.
Langkah 12: Semak dan sahkan maklumat.
Langkah 13: Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
Langkah 14: Masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.
Langkah 15: Sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.
Langkah 16: Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.
Langkah 17: Selesai.
Cara Permohonan Secara Manual:Permohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh juga dibuat secara manual melalui 3 cara iaitu:
Langkah 1: Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP):
Bawa bersama salinan Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).
Langkah 2: Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik):
Pihak ketiga perlu membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil.
Langkah 3: Permohonan Melalui Pos:
Borang hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan dan dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.
Borang PermohonanBerikut merupakan borang permohonan yang perlu diisi:
Borang-Permohonan-Salinan-Keputusan-LPSIJILPin-106
Caj Yang Dikenakan:Berikut merupakan caj yang akan dikenakan untuk salinan keputusan:
Bayaran sebanyak RM30.00 bagi setiap permohonan.
Bayaran sebanyak RM10.00 bagi kiriman pos.
Cara Pembayaran:Berikut merupakan cara pembayaran yang diterima:
Bayaran boleh dibuat secara online.Wang tunai.Wang Pos (Postal Order).Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”.Cek persendirian tidak diterima.Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan:Berikut merupakan tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – 1 jam – 7 hari bekerja.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) – 1 jam – 7 hari bekerja.
Lain-lain peperiksaan – 7 hari bekerja.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Lembaga Peperiksaan atau hubungi di talian +603-8884 3785 / 3787.
The post Permohonan Salinan Sijil SPM Hilang Secara Atas Talian appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
