Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan Malaysia
Delima KPM atau dikenali sebagai Portal DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) merupakan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara online.
Kini, para guru dan murid boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian menggunakan Portal DELIMA.
Terdapat banyak aplikasi dalam portal DELIMA KPM yang boleh digunakan para guru dan murid antaranya adalah: Microsoft Office 365, Padlet, Canva, Digital Textbook, WolframAlpha, Plickers, Edpuzzle, Blendspace dan pelbagai aplikasi di bawah Google yang lain.
Baca juga:
Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 SeorangSenarai Cuti Sekolah Dan Cuti Umum Sepanjang Tahun 2022
Cara Log Masuk Portal DELIMA:
Guru dan pelajar akan dibekalkan e-mel ID dan Password MOE Digital Learning (DL) untuk mengakses platform DELIMA.
Langkah 1: Layari Portal DELIMA.
Langkah 2: Klik butang ‘Log Masuk.’
Langkah 3: Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Langkah 4: Klik butang ‘Login.’
Langkah 5: Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
Langkah 6: Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.
Nota: Sila rujuk admin/ penyelaras ICT di sekolah untuk reset ID/Kata laluan/Password DELIMA KPM.
Cara Mohon Buku Teks Digital:Berikut merupakan cara untuk memohon buku teks digital:
Jika anda telah berjaya login DELIMA KPM,
Langkah 1: Klik ikon BUKU TEKS DIGITAL.
Langkah 2: Pilih TAHUN/TINGKATAN.
Langkah 3: Kemudian pilih JENIS SEKOLAH(SK/SJKCSJKTKSSR).
Langkah 4: Pilih JUDUL BUKU TEKS yang ingin dimuat turun.
Langkah 5: Berjaya akses.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal LOGIN DELIMA KPM ini.
The post Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan Malaysia appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
