Dajjal: The False Messiah by
Sa'eed bin 'Abdus-SamadMy rating:
5 of 5 starsBuku ini ringkas namun mengandungi hadis-hadis penting Dajjal. Sewaktu baca kali kedua buku ini, ada beberapa wacana dan bicara tentang Dajjal dalam media bahkan dalam khutbah Jumaat. Ternyata pengetahuan umat Islam di Malaysia tentangnya semakin meningkat (tanda dinafikan wujud salah faham sebelum ini Dajjal persis gergasi atau raksasa jahat dalam kalangan orang Melayu khususnya).
Ciri-ciri Dajjal dijelaskan dengan rinci dalam berpuluh-puluh hadis Nabi SAW. Namun buku ini tidak senaraikan kesemuanya, sebaliknya membuat paparan hadis pilihan namun wujud keterangkuman untuk suatu kesimpulan yang baik. Selain ciri, fitnah Dajjal turut dijelaskan.
Apapun pengetahuan tentangnya semata takkan ke mana. Fitnahnya sudahpun wujud kini. Umat Islam harus semakin serius menjaga iman termasuklah serangan pemikiran menerusi wacana Ilmu aliran mulhid dan serangan nafsu menerusi pelbagai media khususnya dalam gajet-gajet yang kita miliki.
Baa al-Kahfi beserta kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Baca doa sebelum beri salam dalam solat. Sertai kumpulan yang punya misi 'amar ma'ruf nahi munkar'. Sama-sama kita saling mendoakan.
View all my reviews
Published on May 12, 2021 03:59