memasuki manuskrip sendiri
ada penulis yang menulis tentang pengalaman mereka sendiri ketika menulis sesebuah karya kreatif, misalnya cerpen. saya bukan maksudkan sebuah kisah autobiografi. apabila saya menulis cerpen Cerita Tentang Penulis Cerita yang terbit dalam majalah Dewan Sastera edisi Ogos 2008, saya sendiri ragu-ragu apakah ia sebuah autobiografi.
baharulah dalam tahun 2011, saya berkesempatan membaca novel Snow yang menggunakan pendekatan narator sebagai pencerita kepada watak utama untuk novelnya di dalam "novel" Snow itu sendiri. kemudian, Wan Nor Azriq menyebut tentang metafiksyen, istilah kesusasteraan yang sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam penulisan luar negara.
Etgar Keret menulis cerpen terbaharunya di dalam majalah New Yorker edisi Januari bertajuk Creative Writing. saya suka bagaimana Etgar Keret menulis kemelut penulis yang baharu hendak berkarya. bagaimana hendak menulis cerpen yang menarik dan apakah cara yang lebih mengejutkan untuk menamatkan kisahnya?
demikian dalam cerpen itu, Etgar Keret menceritakan bagaimana Maya, watak protagonisnya menghadiri kelas penulisan kreatif. Maya menyiapkan beberapa buah cerita kemudian tiga minggu berikutnya, Aviad turut melibatkan diri dalam penulisan kreatif tanpa pengetahuan Maya. pengajar kelas penulisan kreatif menganjurkan kepada para pelajarnya untuk menulis secara automatik. "Write whatever comes into you head," kata pengajar kelas penulisan kreatif dan menambah, "don't think, just write."
tetapi Ali Smith melakukan perkara yang sama. dalam buku kumpulan cerpennya, The First Person, Ali Smith menulis sebuah cerpen bertajuk True Short Story, yang lebih kurang cuba mendefinisikan takrifan cerpen. bahkan dalam cerpen tersebut disebut nama Jorge Luis Borges yang menyatakan bahawa "short stories can be the perfect form for novelist too lazy to write anything longer than fifteen pages." menulis sebuah cerpen tentang cerpen itu sendiri barangkali suatu pilihan yang menyeronokkan.
di AmcorpMall, saya membeli buku kumpulan cerpen Gabreil Garcia Marquez, Strange Pilgrim yang mengandungi dua belas buah cerpen. untuk bahagian prolog buku tersebut, pengarangnya menjelaskan keanehan kreativiti. dia menyatakan, "now i know: The effort involved in writing a short story is as intense as begining a novel, where everything is defined in the first paragraph: structure, tones, style, rhythm, length, and sometimes even the personality of a character. dan cerita tiada permulaan apalagi pengakhirannya. dari semasa ke semasa, penulis fiksyen akan memasuki ke dalam manuskripnya sendiri. sama ada bertujuan mengejek takrifan kesusasteraan itu sendiri atau sebagai usaha memperbaharui perspektif naratologi.
atas lesen kreatif, konon, saya menulis cerpen Mesej sebagai jalan keluar untuk mentertawakan kesempurnaan makna sesebuah karya kreatif itu sendiri.

Published on January 28, 2012 03:10
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.