Tetamu dari Jedah

Terima kasih kerana hadir ke rumah kami sekeluarga


Malam tadi hari terakhir saya mengawas peperiksaan di sebelah malam. Ia malam minggu di sini. Lega. Bukanlah ia satu tugas yang membebankan, apatah lagi  ia berbayar. Jika ada pilihan, saya lebih suka mengatur sendiri masa malam tanpa terikat dengan kerja rasmi.


Malam tadi saya menerima kunjungan 5 wanita dari Jeddah serta Yus sekeluarga dari Yanbo. Turut serta Ustaz Asri, pelajar sarjana pengajian Islam di Universiti Taibah.


Lalu saya maklumkan pada Ida dan geng (agak saya kesemuanya nurse yang bekerja di hospital tentera di Jeddah) supaya menunggu saya dan Roza di Haram pada jam 9.30 malam.


"Ida pergi Raudhah dulu dan tunggu kami di parking 11A, 9.30 malam," saya menyusun masa dan jadual. Saya juga maklumkan kepada Yus supaya tiba di rumah pada jam 9.50 malam.


Begitulah…


Pagi ini kami mengajak Uzair dan isteri untuk makan pagi bersama. Uzair merupakan pelajar di peringkat sarjana di universiti Madinah. Isteri Uzair sedang mengandung.


Kata Roza, "orang mengandung biasanya sangat gembira apabila dijemput makan. Tambah-tambah lagi apabila di perantauan". 


Malah beliau mempelawa rakan sekelas (Lebanon) yang baru sebulan dua  mengandung dengan kata-kata, "minta sahaja apa yang terasa hendak makan, saya cuba masak".


Opsss… "benar puan?," tidak mempercayai apa yang didengari oleh telinganya.


Di sebelah malam, kami menjemput Sheikh Khalid dan Iman untuk makan malam yang simple di rumah. Kami meraikan anak sulung mereka yang pulang bercuti dari Kanada.


Seronok menerima tetamu. Terima kasih pada Ida dan geng, Yus sekeluarga dan semua tetamu-tetamu kami yang lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2012 21:16
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.