Cam

Di sini hampir semua wanita Madinah hanya menampakkan mata. Dan hampir 100 peratus memakai Abaya hitam. Saya terfikir, agaknya bagaimana para suami mengenali isteri masing-masing apabila berada di kawasan Haram.


Tentu sekali saya tidak bermasalah.


Bila keluar daripada Haram, Sofealah yang menjadi tanda utama. Beliau sentiasa berkepit dengan mamanya. Ia untuk solat Maghrib dan Isya.


Sudah dua hari hanya saya dan Roza solat subuh di Haram. Pagi tadi saya ternampak wanita bertubuh kecil di celah-celah orang ramai. Lalu saya jerit satu kod rahsia…. yang saya tahu Roza sangat menyampah bila mendengarnya.


Terdengar sahaja kod tersebut, wanita itu terhenti seketika. Sah, isteriku!


No komputer


Roza mahu ke Raudhah. Lalu saya bawa komputer untuk menulis di Haram.


Tengah rancak menyudahkan bab-bab Travelog Kehidupan: Menghadapi Ujian, saya terdengar suara, "Sheikh… la. la.. komputer".


Allah.. tidak pula saya ketahui  yang tidak dibenarkan membawa komputer.


Tayib… Tayib… saya terus off dan masukkan ke dalam beg dan mahu meninggalkan dewan solat. Pegawai tersebut memanggil saya. Allah ya Allah, apakah mahu dirampas komputer saya?


"Ana al-Ustaz, Jami'att Taibah. Ana write kitab," puas memikirkan bagaimana mahu memberitahu yang saya sedang menulis buku.


Ustaz maknanya Dr, profesor. Maka dilepaskan saya. Lalu menyandarlah saya di pagar Haram untuk tempoh dua jam menanti Roza sambil menulis bab-bab baru.


Alhamdulillah, hujung cuti Raya nanti manuskrip ini  – insyaAllah – akan siap sepenuhnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2011 10:10
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.