Ada Bahagian Untuk Kamu


Ketika pensyarah sedang mengajar di hadapan, Abu yang duduk disebelah Alan membisik di telinga kawanya itu.


‘’Alan, habis waktu kelas ini, kau, Endi dan Syafik tunggu dalam kelas ni. Aku nak jumpa semua.’’Walaupun hanya berbisik, nada suara Abu tegas. Ini memberi tanda tanya kepada Alan.


‘’Baik, aku bisik kepada mereka pula ya.’’ Jawab Alan.


Kelas W-1-202 yang mereka belajar tadi, hanya tinggal Sir Kamarul sahaja. Pelajar lain sudah tidak kelihatan. Atas sebab itu, Sir Kamarul menyapa mereka,


‘’Kamu tak ada kelas ke lepas ini?


‘’Tak ada sir, kelas kami mula semula petang ini.’’ Ujar Abu.


‘’Oh, semua sekali. Bagus, macam ada hal penting saja nak jumpa?’’ Balas Sir Kamarul sambil jarinya tunjuk ke arah mereka.


‘’Hehe, kami nak buat postmortem fasal presentation tadi huhu,’’ tutur Abu.


Dengar saja Abu sebut ‘posmoterm presentation tadi’ riak muka Endi, Syafik dan Alan berubah. Endi yang sebelum ini badannya bersandar ke kerusi, terus betulkan kedudukanya. Manakala Syafik dan Alan yang leka bermain telefon pintarnya, terus masukkan telefon mereka ke dalam poket seluar masing-masing.


Sir Kamarul perasan perubahan mereka, bunyi suara Abu macam serius, lalu Sir Kamarul mengangkat punggung dan beredar dari situ. Syafik pula bangun dari tempat duduknya untuk tutup pintu, barangkali sir lupa nak tutup pintu.


Selepas Syafik tutup pintu, suara Abu bagaikan petir keluar daripada mulutnya.


‘’Sebab kau! Kami pun turut dipotong markah presentation. Ini semester terakhir kami, aku nak skor sehabis baik.’’ Berang Abu sambil jari tulunjukya tepat pada muka Endi.


‘’Betul tu, asal kau tergagap ha? Mana pergi suara kau tadi. Kalau macam inilah, lain kali kau carilah kumpulan lain. Cari yang sama-sama gagap macam kau.’’ Kata Alan.


‘’Entah-entah nak masuk kumpulan ni sebab kumpulan lain dah tahu perangai kau ya!’’ Jerit pula Syafik.


Endi tak balas walaupun sepatah, dia terus ambil begnya dan keluar daripada kelas itu.


‘’Ah, tak puas hati aku.’’ Ujar Abu sambil tangan kanannya digenggam kuat.


‘’Aku pun sama, dia beredar macam tu saja. Dasar budak gagap.’’ Kata Alan.


‘’Habis tu macam mana ni, kita nak beritahu sir yang kita nak buat semula presentation ke? Soal Syafik.


‘’Sir tu dari wajahnya nampak garang, boleh ke dia bagi kita buat semula? Macam tak ada saja.’’ Endi pula menyoal.


‘’Alah, kita cuba dahulu. Tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu.’’ Jawab Alan.


‘’Pandai pula kau bermadah-madah, haha.’’ Kata Syafik. Suasana tidak serius macam tadi, dek ketawa Alan dan Syafik. Abu pula wajahnya tidak lagi bengis macam tadi.


****


‘’Aku bukan sengaja nak bergagap macam budak junior baru pertama kali nak presentation tadi. Setengah jam sebelum presentation tadi, aku dapat khabar daripada mesej abang aku yang dia perlukan bantuan aku. Bantuan berbentuk wang, kerana dia sudah meminjam Ah long.


Dia terpaksa meminjam untuk membayar bil hospital dan rumah sewa. Tiga hari lepas, isterinya bersalin dan itulah satu-satu cara dia ada untuk pinjam secara cepat dan mudah. Nak salahkan dia? Aku rasa, itu bukan salahkan dia, sebab situasi gentir masa itu manusia boleh lakukan apa saja tanpa berfikir panjang.


Sekarang aku perlu bantu dia, kasihan dia.  Tapi aku sendiri buntu nak bantu abang aku ini.’’ Endi melepaskan suaranya di depan cermin singki tandas.


Keluar saja dari tandas, Endi terus menuju ke tempat makan utama. Pilihan lauk-pauk bermacam-macam. Tapi pilihannya cuma nasi putih separuh, berlauk ayam goreng kunyit dan air kosong.


Perutnya lapar, tapi selera tidak ada. Jadi, ini alas perut sahaja. Disuapkan ke dalam mulut sikit demi sikit nasi ini. Tiba-tiba Sir Kamarul duduk disebelahnya.


“Eh sir, jemput makan,’’ ujar Endi.


‘’Okay, mari sini nasi tu,’’ Bergurau Sir Kamarul.


Ketawa kecil Endi.


‘’Kamu okay Endi?’’ Soal Sir.


‘’Alhamdulillah okay.’’


‘’Betul ni,’’ ujar lagi sir buat kali kedua.


Habis satu suap nasi. Endi membalas,


‘’Okay sir,’’ kata Endi sambil memberi senyuman.


‘’Baiklah, sir ekori kamu dari pergaduhan mulut, kamu ke tandas sehingga sini. Maaf jika buatkamu tidak senang. Tetapi sir kesian lihat kamu. Kamu pelajar pandai, tetapi kamu banyak tak datang kelas. Waktu kelas, banyak dengan sir kan? Sebab itu sir tahu.


‘’Tak apa sir. Terima kasih puji saya pandai. Saya tidak datang kerana tiada kekuatan untuk melangkah ke kelas, kerana ada masalah keluarga.’’ Jawab Endi.


‘’Sir curi-curi dengar kamu bercakap di tandas tadi, ini masalah abang kamu kan?’’


‘’A’ah, saya harap sir tidak beritahu siapa-siapa ya? Kata Endi.


‘’Insya-Allah tidak. Boleh sir tolong kamu. Mari sini no akaun bank kamu, sir trasfer-kan.’’


‘’Eh, menyusahkan sir sahaja.’’ Ujar Endi.


‘’Huhu, rezeki yang sir terima ini, bukan untuk diri sendiri. Kadang ada bahagian untuk orang lain juga. Insya-Allah kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. Macam dalam surah Al-Maidah yang kita tadabbur kelas tempoh hari.


Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengejarkan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam kemasiatan. Bertaqwahlah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat seksanya bagi sesiapa melanggar perintahNya.’’


“Terima kasih sir, nanti ada wang kembali, saya pulangkan.’’ Tutur Endi dengan nada hiba.


‘’Tak perlu ganti dengan wang, tapi ganti dengan pointer 3.5 untuk semester in,i’’ pinta Sir Kamarul.


‘’Hehe, insya-Allah,’’ balas Endi. Baginya isu pointer 3.5 ini, dia boleh lakukan. Kerana setiap semester dia dekan kecuali semester lepas.


‘’Sir ada kelas lepas ni, minta diri dulu ya,’’ ujar Sir Kamarul sambil bangun dari tempat duduk itu.


‘’Terima sir, sekali lagi.’’


‘’Sama-sama.’’


 


 


 


 


 


 

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2018 18:07
No comments have been added yet.