3 minutes, sir!

Pengalaman bekerja di Arab Saudi bermula belum pun kaki berpijak di sana. Perlahan-lahan saya mula menyuaikan diri. Ia budaya baru beserta dengan cabaran baru. Namun yang pasti, ia sangat-sangat menyeronokkan.


Sudah dua minggu kami membuat tempahan tiket penerbangan KUL – Madinah. Hari ini adalah hari terakhir. Jika tiket tidak dibayar, maka tempahan tersebut akan dibatalkan dan saya terpaksa membuat tempahan semula. Ia proses yang berulang.


Semalam saya membuat panggilan kepada pejabat kedutaan Arab Saudi (cultural section) yang menguruskan pemergian kami ke sana. Akhirnya, diberi nombor telefon pejabat agen di Jeddah.


Emmm… sayalah yang perlu membuat panggilan. Menarik, nada deringan berbunyi tetapi tiada yang menjawab panggilan. Setelah berkali-kali mencuba, seorang pemuda menjawab dengan ramah, "kawan saya menguruskan Malaysia, beliau masuk pejabat sejam lagi".


Pukul 12 (waktu Arab Saudi) saya membuat panggilan semula. Opps…. terdengar mesin memberi jawapan, "waktu solat, sila hubungi semula". Saya suka mendengar jawapan ini kerana saya dapat membayangkan yang saya tidak sukar untuk berjemaah di Masjid Nabi.


Wah… saya terus membuat semakan waktu solat di sana. Zuhur jam 12.28, jika waktu rehatnya bermula jam 12 tengahari, maka saya sempat bergegas ke Masjid Nabi daripada universiti. Waktu Asar pula bermula jam 3.52 petang, maka InsyaAllah, kuliah (difahamkan) akan tamat pada jam 3.00 petang.


Kemudian – maklumat awal – saya dan Amirul akan mula menghafal al-Quran yang katanya bermula selepas waktu Asar sehinggalah waktu Isya di dalam masjid bersama guru-guru yang perlu dipilih.


Subuhnya pula jam 4.17 dan InsyaAllah waktu dhuha akan bermula di sekitar 6.40 pagi. Saya sudah membayangkan suasana kehidupan kami di Madinah yang berkisar kepada Masjid Nabi.


Waktu solat di Madinah untuk hari ini mengikut susunan, subuh, syuruk, zuhur, asar, Maghrib dan Isya.





20
Wed
4:17
5:44
12:28
3:52
7:12
8:42



Akhirnya jam 2 petang (waktu Arab Saudi), pemuda yang menguruskan tiket penerbangan saya berkata, "Nombor order?". Jawapan saya, "G2005″. Lalu beliau memberitahu saya, "3 minutes, sir. Please check your e-mail after 3 minutes".


Alahai…. saya menunggu dua minggu untuk urusan yang boleh diselesaikan secepat itu. Dan benar, beberapa minit kemudian saya sudah menerima e-mel beliau yang mahu saya membuat pengesahan terakhir sebelum dikeluarkan e-tiket.


Aneh, saya melihat suasana seperti ini akan lebih merapatkan saya dengan Allah SWT. Agaknya saya kena banyak beristifar, berdoa supaya dipermudahkan dan melihat ketenangan kehidupan yang tidak berkejar-kejar dengan masa.


Agaknyalah… bila saya melalui realiti berada di sana akan saya catatkan di sini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2011 14:41
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.