Rindu

Absence makes the heart grow fonder, pepatah Inggeris yang mahu saya terjemahkan menjadi, "Kehilangan membuat hati bertambah rindu". Ia mungkin tidak tepat tetapi bersesuaian dengn apa yang kami sekeluarga alami.


Percutian ke Selatan bersama Roza dan anak-anak adalah bersama Mak. Kebiasaannya, susunan tempat duduk mengikut keadaan saya dan Roza, Mak dan Abah, Sara dan Amirul serta Sofea dan Azrai.


Kali ini ia nyata berbeza. Saya duduk berseorangan. Kami kehilangan Abah yang sentiasa "bersetuju" untuk mengikut kami berjalan-jalan. Ia sentiasa genap. Tidak ganjil.


"Ayah, kalau atok ada, pagi-pagi lagi Atok akan berjalan x-plore kawasan hotel. Lepas tu dia tunjuk terror dengan Azrai dan kakak," Azrai mengingati Atoknya apabila sama-sama bercuti.


Mak dan Abah agak kerap berjalan dengan kami sekeluarga. Mereka pernah berkunjung ke Amsterdam, London, Dublin, Medan, Doha serta beberapa tempat lain di Malaysia.


Saya teruja melihat mereka berdua gembira sesuatu yang tidak dapat saya lakukan kepada Wan dan Ayah.


"Mak, kalau abah ada, sudah pasti dialah yang paling suka kami berhijrah ke Madinah. Dan saya yakin mak dan abah akan berulang-alik ke Madinah macam pergi KL," saya tuturkan ingatan ini kepada Mak.


Benar, kami semua merinduinya.


"Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa ayah, Wan dan Abah dan kaum keluarga kami dan kaum muslimin dan muslimat yang sudah dipanggil oleh Mu. Perluaskan kubur mereka ya Allah dan temukan kami semua di syurga Firdaus".


TAPAH


Saya tiba di sini di sekitar jam 4.00 petang. Ia undangan UiTM Kampus Tapah. Besok dan lusa saya akan memberi pendapat selama 6 jam. Di sebelah malam saya akan menyampaikan kuliah maghrib – InsyaAllah – sebagaimana maklumat berikut:


Surau al-Mustaqim, Kampung Tersusun Batu 4, Tapah Road.


Inilah kali pertama saya bermalam di sini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2011 06:51
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.