70 tahun Umno, majoriti Melayu tak berduit…
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
BARU-BARU ini Umno menyambut 70 tahun penubuhannya tetapi dikritik hebat kerana gagal membawa golongan Melayu/Bumiputera keluar daripada kepompong kemiskinan. Umno didakwa tidak lagi berjuang untuk Melayu tetapi segelintir golongan yang digelar ‘Umno Putra’.
PM Najib Razak pada ulang tahun ke-70 parti itu pada 11 Mei lalu mendakwa selagi Umno berdiri teguh, orang Melayu akan kekal sejahtera dan membangun di Malaysia. Benarkah seluruh orang Melayu mendapat manfaat daripada ‘keberadaan’ Umno atau hanya golongan ‘Umno Putra’ seperti didakwa sesetengah pihak?
Adalah menarik untuk mengupas isu ini berdasarkan profil pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang laporan tahunannya berakhir 31 Disember 2015 dihantar kepada pelabur baru-baru ini. Kedua-dua skim ini adalah antara usaha kerajaan Umno BN untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu/Bumiputera dalam dunia pemilikan harta dan bisnes termasuk pasaran saham.
Berdasarkan laporan mengenai pegangan unit dalam kedua-dua skim (ASN dan ASB), dinyatakan pelabur dengan saiz pegangan paling kecil (sedikit) iaitu 5,000 unit ke bawah adalah paling ramai – bagi ASN adalah sebanyak 97.91 peratus daripada jumlah pelabur manakala bagi ASB adalah 72.1 peratus. Ini seolah-olah membayangkan bahawa orang Melayu/Bumiputera secara keseluruhannya (majoritinya) kurang berduit dan tidak mampu ‘melanggan’ saham yang diperuntukkan kepada mereka.
Mengenai profil pelabur ASN, laporan pengurusnya dalam Bahagian 1 (e) menyatakan: "Pada 31 Disember 2015, seramai 1,250,867 individu telah menyertai ASN."
Ada disertakan sebuah carta di bahagian ini; apa yang ingin difokuskan di sini daripada 1,250,867 pelabur ASN itu, 97.91 peratus atau 1,224,608 daripada mereka mempunyai pegangan 5,000 unit dan ke bawah. Bilangan unit yang dilanggan adalah 237,415,468 ataupun bersamaan hanya 13.58 peratus daripada keseluruhan jumlah unit sebanyak 1,748,716,297.
Bagi mereka yang mempunyai pegangan unit antara 5,000 hingga 10,000 adalah sebanyak 8,193 individu atau 0.65 peratus jumlah pelabur dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 57,494,552 atau 3.29 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Kumpulan berikutnya adalah yang mempunyai pegangan unit antara 10,001 hingga 50,000 unit iaitu sebanyak 11,734 orang (0.94 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 256,098,583 atau 14.64 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Kemudian bagi golongan memiliki 50,001 hingga 500,000 unit adalah seramai 6,047 orang (0.48 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 901,735,681 atau 51.56 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Mereka yang mempunyai pegangan unit paling tinggi (500,001 ke atas) hanya sebanyak 285 orang (0.02 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 295,972,013 atau 16.93 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Carta ini menunjukkan bahawa pelabur ASN sebahagian besarnya (97.91 peratus) adalah secara 'kecil-kecilan' saja. Mereka mempunyai saham yang sedikit sekali gus wang yang juga sedikit.
Bagi ASB pula, daripada jumlah 8,874,998 pelabur, 72.1 peratus daripada mereka (6,399,839) memiliki pegangan 5,000 unit (bersamaan RM5,000) dan ke bawah. Jumlah unit dilanggan kumpulan ini adalah 3,446,248,948 atau hanya 2.4 peratus daripada jumlah sepenuhnya unit dilanggan sebanyak 142,241,473,318.
Bagi mereka yang memiliki 500,001 unit ke atas (kumpulan memiliki pelaburan tertinggi) adalah hanya seramai 18,003 orang atau 0.2 peratus daripada jumlah pelabur dengan unit dilanggan mereka sebanyak 13,744,039,031 atau 9.7 peratus daripada keseluruhan unit dilanggan.
Berdasarkan profil pelabur kedua-dua skim ASN dan ASB ini bolehlah kita andaikan bahawa majoriti orang Melayu/Bumiputera sebenarnya ‘tidak berduit’. Apa tidaknya, 97.91 peratus daripada pelabur ASN dan 72.1 peratus pelabur ASB tidak memiliki lebih daripada 5,000 unit saham (lebih kurang RM5,000). Hanya sejumlah kecil saja yang mempunyai wang atau unit melebih 500,000; persoalannya apakah mereka ‘orang Melayu/Bumiputera biasa’ atau ‘orang Umno Putra’?
Cuba bayangkan bagaimanakah prestasi (pencapaian) usaha kerajaan Umno yang kini sudah mencapai usia 70 tahun dalam menggalakkan Melayu/Bumiputera melabur dalam skim amanah dan meningkatkan status mereka dalam bidang ekonomi termasuk perniagaan apabila hampir 100 peratus daripada pelabur ASN dan lebih 70 peratus pelabur ASB mempunyai kurang RM5,000 dalam akaun mereka!
Berdasarkan perangkaan daripada laporan tahunan ASN dan ASB kepada pelabur setiap tahun, bolehlah kita andaikan sebahagian besar Melayu/Bumiputera khasnya orang Melayu tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh. Ya, orang Melayu/Bumiputera sebahagian besarnya ‘tidak berwang’, yang ‘berwang’ mungkin orang Melayu ‘Umno Putra’! Mungkin ASN yang dilancarkan oleh PM Hussein Onn pada 20 April 1981 dan ASB kira-kira 10 tahun kemudiannya, sudah 'membantu' orang Melayu, persoalannya 'Melayu yang mana satu'?

Published on May 29, 2016 15:27
No comments have been added yet.
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.