Wardah Puteh's Blog, page 9

May 28, 2015

Mei, Bawalah Jantungku ke Pesisir Reda

Bismillah Bulan Mei ini saya bagai buih yang dilambung-lambung ombak takdir. Dalam kegembiraan rahmat Tuhan apabila menerima berita suami akan pulang bertugas di Politeknik berhampiran (dan bolehlah kami tinggal serumah seperti pasangan yang berkahwin lain), Tuhan menguji saya dengan kematian yang tersayang. Mei jugalah bulan karya saya nan satu itu dipamerkan di khalayak dan diberitakan […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2015 17:55

May 17, 2015

April 7, 2015

MALAM BACA PUISI PENA-ITBM-DBP

Bismillah Semua dijemput hadir ;)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2015 02:48

March 1, 2015

Haramain

Bismillah. Permergian ke Haramain kali ini terasa begitu berbeza. Kegembiraannya terasa melonjak-lonjak. Setelah dua tahun, kali ini kembara ke Tanah Suci ditemani Tuan Suami, yang pernah impian ini kudetikkan dalam nubari saat melangkah pulang usai solat di Kaabah. Baca: https://wardahputeh.wordpress.com/201... Debu padang pasir. Bau bayunya yang khas. Benderang sinar mentarinya. Langit paling indah dilatari menara […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2015 10:40

February 4, 2015

Pesan kepada yang sedang bersedih-sedihan…

Bismillah Dalam hidup ini kadang kita akan berada di atas,  kadang kita berada di bawah.  Kedua-duanya ada ujian dari Allah.  Pun begitu,  selalunya tidak semua akan tersedar saat diuji di atas.  Kesedaran cuma datang apabila berada dalam kesulitan dan kesusahan.  Keinsafan dan rasa hidup bertuhan hanya menyentuh hati insan yang betul-betul beriman. Setiap hari berdoa […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 04, 2015 12:47

January 23, 2015

Pengurusan masa

Bismillah.   Pada tulisan yang lalu, saya ada ceritakan tentang seorang anak didik, yang bertanya akan soal pengurusan masa.�� Beliau baharu sahaja menjawat jawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).�� Sebagai penasihat akademik mereka, saya tak pernah menganggap isu ‘time management’ sebagai satu hal yang boleh dipandang ringan… Sedari awal mereka menjejak kaki ke sini, saya sudah […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2015 18:06

January 18, 2015

2015: Antara mimpi dan kenyataan…

Bismillah. Tahun baharu menjengah sudah lama, saya pula baharu hendak menekan papan kekunci ini, meraikannya. Selamat datang tahun 2015. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang menyenangkan. Dalam catatan-catatan saya yang lalu, selalu saya rakamkan di blog sederhana ini tentang azam. Impian. Mimpi-mimpi.�� Ada antaranya kian jelas, banyak daripadanya tidak nampak-nampak, samar-samar dan berbalam. Semalam, […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2015 10:27

December 22, 2014

Fixi dan Selfie: Perakam Zaman Kini?

Bismillah. Dalam setahun ini, ada beberapa acara sastera/ seni yang saya hadiri.  Antaranya Baca Puisi PENA, Borak Buku, Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, dan yang terbaharu Forum Bersama Editor-Penulis.  Kalau berkelapangan, selalunya jika Tuan Suami ada, saya akan penuhi jemputan dengan rasa bahagia.  Dapat melihat dan mengkoreksi peribadi penulis dan anak seni, selalu membuat saya berfikir dan […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2014 01:30

November 8, 2014

Pesan pada diri

Bismillah. Beberapa bulan yang lalu, tiba-tiba terasa teringin menjahit. Sebetulnya belajar menjahit. Pengetahuan saya pada seni jahitan atau kemahiran ini sangatlah terhad kerana telah dirakam pada minda bahawa menjahit adalah susah sedari di awal sekolah menengah. Keinginan ini semakin membuak apabila tiba hari raya, atau mahu menempah baju untuk dijahit. Mahal upahnya. Sekali ganda harga […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2014 17:58

November 3, 2014

Sibuk

Sifat manusia suka berbantah-bantah. Menegakkan benang yang basah. 9 Muharram berlalu lagi. Dua tujuh tahun dahulu, pada duha damai, aku lahir ke dunia. Pada usia kecilku alangkah beruntungnya, jiwa yang putih dan tulus memandang manusia. Untungnya aku.. kalau pergaduhan sekecil manapun, atau dosa sebesar manapun, barangkali diampunkan Tuhan kerna aku si kecil yang tidak boleh […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2014 09:42